Cupcakes 1 – ‘Basik’
Suasana di dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) riuh-rendah dengan suara para pelajarnya yang tidak sabar untuk pulang ke rumah keluarganya mereka. Yang ternanti-nantikannya semestinya pelajar semester pertama, iaitu pelajar yang baru sahaja memasuki alam universiti. Pasti banyak kenangan ataupun pengalaman yang ingin diceritakan kepada yang tersayang. Tidak terkecuali, mahasiswi yang tinggal di Kolej Meranti. Mereka saling mengucapakan selamat tinggal antara satu sama lain. Manakan tidaknya, selepas ini mereka mungkin tidak akan bersua di antara satu sama lain selama lebih kurang dua bulan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang mendapat tawaran untuk belajar di tempat lain yang dianggap lebih baik.
Di hadapan pintu masuk ke Kolej Meranti, terdapat sekumpulan wanita yang berkumpul di situ. Mereka berpakaian tradisional berbaju kurung. Di sisi mereka, terletak beg besar yang mengisi baju-baju mereka. Mereka bergelak ketawa dan berbual di antara satu sama lain.
“Jadi, awak akan pergi balik ke Kedah ke?” soal salah seorang daripada mereka. Dia berpakaian baju kurung yang berwarna kuning krim dan bertudungkan warna merah jambu baju menyesuaikan diri dengan corak bunga pada baju kurungnya. Dia merupakan pelajar semester pertama untuk Diploma Kejuruteraan Makanan.
“Ya, saya akan balik Kedah hari ini. Keluarga saya sedang menantikan kepulangan saya kerana saya merupakan anak sulung yang berjaya memasuki universiti. Ibu bapa saya tidak berpeluang untuk memasuki universiti dulu. Sekarang mereka mengharapkan kepada saya,” jelas wanita membalas persoalan Iida Amna bt Karim.
“Wah, awak lah yang memecahkan tradisi itulah kiranya, Syukran?” soal rakan yang lain. Dengan kehadiran cermin mata bersegi empat tepat pada mukanya membuatkan soalan yang ditanyanya itu seolah-olah akan masuk dalam kertas peperiksaan. Julianne Aisyah bt Abdul Wahid namanya tertulis kemas pada beg bajunya bagi memastikan beg bajunya itu tidak hilang. Aisyah merupakan salah seorang pelajar terpilih kerana dia berpeluang untuk mengikuti kursus pra-ijazah dalam kejuruteraan elektrik selama setahun sahaja sebelum meneruskan pengajiannya dalam ijazah sarjana muda. Jikalau dilihat dari segi ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang.
“Ha, ha. Kiranya macam itulah agaknya,” Syukran Fitri bt Ahmad Ghani membalas persoalan Aisyah itu.
“Dalam masa dua bulan ini kalian nak buat apa pulak?” soal seorang lagi wanita yang membisu dari awal perbualan mereka bertiga. Berbanding dengan yang lain, dia kerap mendiamkan diri sepanjang perbualan mereke berempat. Namun begitu, ia tidak bermaksud dia tidak mendengar langsung perbualan mereka. Nurilliyana bt Mohd lebih gemar membisu dan mendengar sahaja perbualan kawan-kawan mereka. Ini selaras dengan latar belakang keluarganya yang terdiri daripada keluarga yang alim. Bapanya seorang imam di perumahannya manakala ibunya menjalankan perniagaan tudung. Namun, bapanya tidak membantah jikalau dia tidak ingin menjadi sepertinya, cukuplah sekiranya dia tidak melampaui batas. Tudung bawal yang dipakainya adalah daripada kedainya sendiri.
“Saya akan meneruskan pembelajaran saya untuk memperoleh lesen memandu, Yana,” jawab Syukran.
“Saya nak kembali membaca novel yang terpaksa saya tangguhkan kerana belajar ini. Banyak novel yang saya tidak habis lagi baca terutamanya yang ditulis oleh Stephenie Meyer itu!” ujar Aisyah.
“Oh, Twilight Saga ya? Cerita itu ‘best’ baca. Seronok, rasa macam nak habiskan satu buku itu dalam masa satu hari sahaja kan?” ujar Syukran.
“Eh, di Kedah ada jual ke?” tanya Aisyah.
“Mestilah ada. Jangan ingat kami yang duduk di Utara ini tak tau apa-apa! Kami bukannya seperti katak di bawah tempurung,” balas Syukran. Namun, memang tidak disangka masyarakat yang berasal dari kawasan jauh daripada ibu kota juga mengetahui arus perkembangan yang sama seperti yang tinggal di sekitar Selangor ini.
“Hm, saya pula nak terlibat dalam perniagaan tudung mak saya, nanti cuti ini saya nak tolong mak saya berniagakan itu sementara,” ujar Yana bagi menjawab kembali soalan sendiri yang ditanya. “Awak pula nak buat apa, Iida?” soal Aisyah sambil memandang kepada Iida yang hanya bersenyum mendengar rancangan kawan-kawannya itu.
“Tak taulah. Mungkin main, tengok tv, tidur agaknya,” balas Iida.
“Eh, takkan macam itu sahaja? Ini mesti ada plan apa-apa sampai tidak boleh bagi tahu kami ini,” ujar Syukran.
“Tak adalah. Memang saya tak tau,” Iida cuba mempertahankan kata-katanya.
“Ok, Oklah. Asalkan kita ada benda nak buat, dah cukup. Jangan asyik tidur 24 jam sudahlah ya?” jelas Yana bagi menamatkan perbualan mengenai ramcangan semasa cuti ini. Mereka kembali untuk berbual seperti biasa. Mereka berbincang bagaimana kes jenayah yang melibatkan wanita sebagai mangsa terus menjadi isu epidemik tanpa penyelesaian. Mereka saling memberi nasihat diantara satu sama lain supaya berhati-hati dengan jenayah tersebut kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja seperti malang tidak berbau.
Sambil mereka berbual, tiga buah bas telah tiba ke perhentian bas di hadapan kolej mereka. Masing masing berpisah di situ kecuali Aisyah dan Yana kerana mereka tinggal berdekatan dan merupakan sahabat karib semenjak tingkatan satu lagi. Dan mereka mengambil program yang sama. Mereka bersalam-salaman dan saling mengucapkan salam perpisahan. Sepuluh minit selepas itu, ketiga-tiga buah bas bertolak bersama-sama. Walau bagaimananpun, mereka akhirnya berpisah di pintu besar UiTM.
“Assalamualaikum,” Iida menyapa sesiapa yang berada di dalam rumahnya. Jikalau dilihat daripada suasana rumah tersebut yang gelap gelita semestinya tiada penghuninya. Iida membalas salam dia itu sendiri. Iida mundar-mandir di dalam rumahnya bagi mencari sesiapa yang mungkin berada di dalamnya. Tiada. Ibu pasti sedang sibuk bekerja mencari rezeki untuk mereka dua beradik. Dia tidak mencuba untuk mencari adiknya kerana adiknya berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh dan akan menghadapi SPM pada tahun depan seperti dia. Mungkin juga, cuti penggal ini dia tidak akan balik kerana ada kelas persediaan peperiksaan… Huh, rajin betul sekolah dia. Baru sahaja tingkatan empat, sudah buat persediaan untuk SPM. Namun, mungkin lebih tepat lagi, tidak balik bagi mengelakkan ‘itu’. Iida berhenti berjalan dan berdiri di depan dinding yang mengantungkan sebuah gambar. Dia tidak mendongak dagunya untuk melihat gambar tersebut. Dia terus berpaling dan pergi ke sofa di ruang tamunya dan melabuhkan dirinya di atasnya.
“Saya keseorangan lagi ke?” Iida bermonolog. Dia sedang memikirkan bagaimana dia hendak melupakan apa-apa yang dia fikirkan sekarang. Iida menutup matanya dan berfikir sejenak. Dia memikirkan akan cara untuk menghilangkan rasa sunyi yang wujud pada dirinya setiap kali berada di dalam rumah ini. Jikalau dulu, jikalau perkara yang sama inijuga berlaku, apa yang dia buat? Selepas SPM, perasaan ini memang tidak ketara kerana sepanjang masa dia berada di dalam rumah. Syukur kerana adanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), perasaan sebegitu dapat diketepikan buat sementara.
“Oh,”
Iida tersedar bahawa selepas SPM, sebelum dia memasuki PLKN, dia ada membuat satu aktiviti yang sedikit sebanyak meringankan kesunyian yang ada pada dirinya. Iida baru dari sofa dan menuju ke tingkat atas rumahnya. Dia memasuki biliknya. Biliknya lembut berwarnakan hijau muda dan berlantaikan parket. Katil queennya kemas di tengah-tengah bilik ini. Disisinya ialah meja bertulis dan almari yang berwarna coklat. Pada dindingnya, penuh dengan poster-poster kartun yang comel bagi dirinya.
Iida membuka lilitan tudungnya. Dia tersengih, dia tertinggal beg bajunya di tingkat bawah. Dengan perasaan berat hati, Iida membuka almari pakaiannya dengan meengharapkan ada baju dan jersi yang boleh di pakai. Dia menyelak setiap baju dan seluar yang teratur di dalamnya. Dia membawa keluar t-shirt yang berwarna putih dan mempunyai jalur merah dan seluar sukan berwarna hitam. Dia menyalin pakaian baju kurungnya.
Selesai bersiap-siap, dia turun ke bawah dan memasuki dapur seluas bilik tidur adiknya. Dia membuka peti ais mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat masakan tersebut. Ada. Dia kemudiannya membuka laci kecil kabinetnya dan membawa keluar bekas tupperware kecil. Dia membuka kotak tersebut dan membawa keluar beberapa botol kecil yang mempunyai cecair di dalamnya.
Sekarang, dia ingin mencari mesin itu pula. “Agaknya di mana saya saya simpan dulu,” Iida bermonolog lagi. Dia ingin mencari mesin yang sentiasa berada di sampingnya jikalau dia ingin memasak ini. Iida membuka almari kabinet itu satu persatu mengharapkan mesin itu ada bersembunyi di sebaliknya. Tiada. Semua almari di dalam dapur ini telah dibuka dan tiada barangan yang dicarinya. Tiba-tiba terlintas di dalam benak fikiran Iida. Stor. Itu adalah tepat terakhir di mana kemungkinan barangan yang dicarinya berada.
Iida terus berjalan menuju ke stor yang terletak disebelah dapurnya sahaja. Dia membuka pintu etor tersebut. Keadaan di dalam stor itu amat gelap. Dia kemudiannya keluar dan menutup suis lampu stor. Lampu stor terbuka dan Iida tersenyum melihat barangan yang dicarinya itu terdiri di dalamnya. Bahagian atasnya telah berhabuk tetapi masih boleh digunakan. “Pasti mama yang menyimpannya di sini,” Iida berfikir. Hal ini kerana setahu dia, barangan ini tersimpan di dalam kabinet.
Iida membawa barangan tersebut ke dalam dapur dan membawa keluar sehelai kertas dan sebatang pen. Dia mengarang sesuatu pada helaian kertas tersebut.
Resipi Cupcakes
275 gram tepung gandum
250 gram gula kastor/gula perang
250 gram mentega/butter
4 biji telur
2 camca kecil esen vanila
Iida terhenti buat seketika. Adakah apa-apa bahan yang saya tertinggal? Kalau tidak silap, ini ialah resepi untuk cupcakes yang ringkas. Lain-lain bahan rasanya boleh diletakkan bagi menambahkan rasa.
Iida kini bersiap sedia untuk membuat cupcakes. Dia menimbang segala bahan-bahan yang diperlukan. Iida menimbang dengan berhati-hati setiap bahan tersebut. Pada pendapat dia, dalam membuat manisan, ketepatan adalah elemen yang penting. Sisihan yang wujud akan memberikan kesan kepada cupcakes yang akan dibuatnya.
Dia cuba untuk mengingati akan prosedur seterusnya. Putarkan butter dengan gula kastor. Iida mengambil bahan tersebut dan meletakkan di dalam sebuah bekas besar. Dia mengambil barangan yang tersimpan di dalam setor, mesin pemutar. Iida memasang mesin tersebut pada sumber elektrik dan menutup suisnya. Iida meletakkan bekas besar pada mesin tersebut. Butter dan gula kastor telah pun bercampur di antara satu sama lain. Baiklah, tinggalkan adunan ini dan tunggu sehingga sebati.
Iida duduk di atas krusi yang terdapat di dalam dapur itu. Dia terfikirkan sesuatu. Aktiviti ini merupakan temannya ketika dia keseorangan tanpa kehadirannya. Mungkin dia sedang dibelenggu kesedihan ataupun tekanan sekarang. Dia terbayang-bayangkan balik akan kenangan silam dia.
Tiba-tiba terdengar bunyi loceng yang kuat. Iida tersentak daripada lamunannya. Jam loceng telah disetkan oleh Iida untuk memastikan dia tidak terleka dengan lamunannya. Perkara yang sama pernah berlaku padanya dahulu di mana dia terlalu leka dengan lamunannya sehinggakan adunan cupcakes dia tidak dapat digunakan lagi kerana terlalu lama dibiarkan.
Iida menjenguk pada adunan yang telah diputarkannya. Dia memasukkan empat biji telur ke dalam adunan tersebut dan meneruskan putarannya. Setelah sebati, dia menambahkan esen vanila kedalamnya bagi menghilangkan bau telur. Selepas selesai, dia mengambil tepung gandum dan mencampurkannya ke dalam adunan tadi. Dia menggunakan senduk kayu bagi mengacau adunan itu ke arah jam bagi memerangkapkan udara ke dalam adunannya bagi menjadikannya lebih gebu.
Selesainya mengadunkan adunan tersebut sehingga sebati. Dia mengambil cawan yang digunakan untuk mengisi cupcakes. Kemudian, dia mengambil dua camca kecil bagi mengisi adunan cupcakes ke dalamnya. Dia mengisi setiap cupcakes itu dengan berhati-hati. Pada pendapat dia, sesuatu perkara itu hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan di dalam jiwa yang tenang. Jikalau tidak, tiada keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Iida kemudiannya menyusun cawan tersebut kedalam dulang untuk dimasak di dalam ketuhar.
“Wah, dapat 25 buah cupcakes!” Iida tersenyum melihat cupcakesnya tersusun kemas di atas dulang. Cawan yang digunakan putih tanpa sebarang corak dikenakan. Ini ialah cawan yang dibeli oleh ibunya. Ibunya seorang yang menggemari sesuatu yang ringkas. Sebab itulah, jikalau dilihat rumah ini tidak dipenuhi dengan barangan hiasan. Melihat keadaan rumah yang bersih membawa ketenangan kepada dirinya dan Iida.
Iida setkan ketukar tersebut pada kategori ‘cakes’. 30 minit adalah masa minimum yang diperlukan untuk memasak cupcakes ini. Iida memasukkan dulang yang berisi cupcakes itu kedalam ketuhar dan memulakan proses ‘baking’.
Sementara itu, Iida mengambil sebiji telur ayam dan 250 gram gula icing bagi menyiapkan diri untuk proses menghias cupcakes dia.
Sementara itu, Iida berjalan ke ruang tamu untuk mengambil beg bajunya yang berwarna hitam pekat. Iida membawa menarik beg tersebut naik ke dalam biliknya. Bunyi beg tersebut ditarik kuat didengari namun tidak dia cuba untuk mengurangkan kekuatan bunyi tersebut. Pada pendapat dia, tiada siapa yang akan dengar akan bunyi ini biarpun kuat mahupun Iida menjerit. Tiada sesiapa yang akan mendengarnya. Bukannya kerana tiada orang disekeliling perumahan teres dua tingkat ini, tetapi penduduk di sini yang lebih suka untuk bersikap berdiam diri daripa mencampuri urusan kehidupan orang lain. Persatuan penduduk perumahan ini seumpama hidup segan mati tidak mahu dan tiada sesiapa yang ingin mengubahnya. Hal anda, hal anda, hal saya, hal saya menjadi rukun perumahan di sini.
Setibanya di biliknya, Iida membuka zip pada begnya. Baju-baju yang pelbagai warna dan corak tersusun rapi di dalamnya. Namun, di atas timbunan baju tersebut, terdapat sekeping gambar yang bersaiz 3R. Dalamnya terdapat 5 orang sedang berdiri sambil bersenyum keriangan. Di antara lima orang tersebut mempunyai dua orang dewasa lelaki dan perempuan dan dua orang kanak-kanak beserta seorang bayi. Bayi tersebut dipangku oleh salah seorang kanak-kanak tersebut. Iida merenung jauh ke dalam gambar tersebut yang seumpama mempunyai 1001 kenangan. Tiba-tiba, dia sedar daripada lamunannya dan segera menyambung kerjanya mengambil baju tersebut dan memasukkannya ke dalam almari pakaiannya.
Iida segera turun ke bawah untuk melihat cupcakes yang dimasaknya. Lagi lima minit baki masa sebelum cupcakes ini siap sepenuhnya. Sementara itu, Iida mengambil mesin pemutar yang telah dibasuhnya sebelum naik ke atas untuk menyusun pakaiannya. Dia memasukkan putih telur ke dalam mangkuk berserta 250 gram gula icing dan memutarkannya bersama-sama.
Ketuhar yang membakar cupcakes berbunyi menandakan cupcakes tersebut telah siap di masak. Iida mengambil sarung tangan yang bercorakkan bunga matahari dan menyarungkan pada kedua-dua belah tangannya lalu mengambil cupcakes yang telah di masak. Haruman cupcakes tersebut menghiasa sekeliling dapur. Iida meletakkan dulang tersebut di atas meja berlapikkan kain. Sementara itu Iida membawa bancuhan putih telur dan gula icing berdekatan dengan cupcakes tersebut. Iida mengambil pisau roti dan mengambil serba sedikit bancuhan tersebut pada pisau roti dan menyapukannya pada cupcakes yang siap dimasak.
Iida menyapu bancuhan tersebut dengan berhati-hati di atas cupcakes yang dibakarnya. Bahagian tepi cupcakes itu di sapu berkali-kali bagi mengelakkan bancuhan tersebut melimpah jatuh. Setelah selesai, Iida menuju ke dalam peti sejuk untuk mengambil cip coklat. Dia mengambil sebiji cip coklat tersebut dan meletaknya di tengah-tengah cupcakes yang bersalutkan dengan bancuhan gula icing dan putih telur. Urutan ini berulang untuk kesemua cupcakes yang telah di masak.
Setelah tiga puluh minit, Iida merasa permukaan cupcakes yang disaluti dengan bamcuhan tersebut. Keras. Keras menandakan cupcakes itu telah sempurna. Iida cuba mengambil sebiji cupcakes tersebut. Pelipatan pada kek cawan dibuka satu persatu untuk mengeluarkan cupcakes. Iida mnggigit pada bahagian tepi cupcakes tersebut.
“Habis, Alhamdulillah. Ingatkan telah terlupa resipi ini. Sudah setengah tahun tak buat,” getus hati Iida. Iida terfikir seketika, adakah nama cupcakes yang telah dihiasi ini tetap bernama cupcakes? Tiadakah nama lain yang boleh diberikan? Semenjak 15 tahun, apabila dia membuat cupcakes memang tidak pernah terdetik di hatiya untuk menamakan cupcakes tersebut yang telah dihiasi dengan campuran gula icing dan putih telur. Namun, nama apa yang patut diberikan.
Iida enggan untuk berfikir panjang untuk subjek itu. Dia cuba untuk memikirkan perkara lain. Tidak mungkin dia dapat menghabiskan kesemua 24 cupcakes yang tinggal ini. Apakah yang patut saya buat. Iida berfikir kembali, patutkah dia berikannya kepada orang ramai? Atau patutkah dia berniaga? Berniaga? Iida tersengih bersendirian. Semenjak dua tahun lalu, Iida telah menanamkan nekad untuk melupakan perniagaan. Perniagaan yang pernah menculik kebahagiaan keluarga, perniagaan yang menculik kehidupannya, dan perniagaan yang mengambil ‘mereka’.
Akhirnya, Iida merancang untuk memberi sahaja cupcakes yang dibuatnya kepada orang ramai. Iida mengambil beg kertas kosong di dalam kabinet dapurnya dan menyusun cupcakes tersebut satu-persatu di dalam beg kertas tersebut. Iida kemudiannya menjinjing beg kertas tersebut dan membuka suis lampu dapur. Dia memastikan sekeliling rumah sama ada terdapat apa-apa perkakasan elektrik yang tertutup. Dia mencapai tudung yang digunakannya untuk pulang ke sini dari UiTM dan membuka pintu rumahnya. Kasut sukan berjenama Adidas disarungkannya. Iida mengunci semula pintu rumah dia dan menutup ke luar.
Iida berjalan-jalan di kawasan perumahannya. Sama sahaja seperti sewakutu dia balik tadi sunyi dan seumpama tiada penghuni. Sedangkan jam baru menunjukkan 4 petang, tidak mungkin tiada langsung insan di sini. Iida terus berjalan keluar dari jalan perumahannya. Tiba-tiba, dia ternampak kelibat seorang wanita yang sedang mengambil pakaian yang dijemurnya. Wanita itu dilihat seperti berumur 30-an dengan rambutnya disanggulkan dan memakai baju kaftan. Iida menguatkan semangatnya untuk bertegur sapa dengan wanita tersebut.
“Selamat sejahtera…,” Iida mengucapkannya pada seorang wanita berbangsa India tersebut. Wanita itu berpaling dan melihat Iida yang sedang berdiri di hadapan pintu pagarnya.
“Ya, nak apa?” wanita itu menanyakan Iida dengan nada yang keras. Iida sedikit terkejut dengan reaksi wanita tersebut namun digagahkan mulutnya untuk berkata-kata.
“Saya ada buat cupcakes dan saya ingin memberikannya kepada mak cik,” Iida menyuarakan hasratnya.
“Tak, mahu, tak mahu. Saya tidak ada duit. Saya tidak mahu,” wanita tu membalas balik.
“Mak cik, saya bukan jual, saya nak bagi mak cik,”
“Tak nak, tak nak. Awak pergi cari orang lain,” wanita itu bertegas lalu mengambil bakul yang diisi dengan pakaian jemuran dan memasuki rumahnya.
“Ah,” Iida bersura perlahan. “Saya bukannya nak jual…,” Iida merungut perlahan supaya tidak didengari oleh sesiapa.
Iida terus melangkah pergi dari rumah tersebut dan menju kea rah perumahan lain. Kini, dia tiba kawasan perumahan lain. Iida cuba meneruskan perjalanannya namun bunyi dengusan kereta memaksanya untuk berhenti. Iida memandang belakang dan ternampak sebuah kereta menuju perlahan ke arahnya. Namun, kereta tersebut tidak melepasi Iida. Kereta tersebut membelok menuju ke sebuah rumah yang berkemungkinan rumah pemandu tersebut. Iida merancang untuk memberikan cupcakes ini kepadanya. Iida bercadang untuk memberikan tiga cupcakesnya kepada pemandu tersebut. Iida berjalan menuju ke rumah tersebut sementara pemandu tersebut membuka pintu pagar dan masuk semula kedalam kereta. Pemandu itu ternampak Iida lalu senyum dan tunduk kepadanya. Iida membalasnya dengan tunduk kembali.
“Assalamualaikum, encik,” Iida memulakan perbicaraan sebaik sahaja pemuda itu mamatikan enjinnya.
“Ya, adik. Ada apa?” pemuda itu bersuara.
“Saya ada buat cupcakes dan saya harap saya boleh bagi kepada jiran di sekeliling,” jelas Iida sambil menghulurkan 3 cupcakes pada tangannya.
“Oh, tidak mengapa ke? Berapa yang perlu saya bayar?” tanya pemuda itu.
“Tidak perlu bayar encik. Anggaplah ini saguhati kepada jiran saya,” Iida menjelaskannya. Suaranya perlahan tetapi jelas dan teratur. Perasaan gementar hilang apabila pemuda itu tidak bersikap garang seperti wanita tadi.
“Baiklah , terima kasih. Adik nama siapa dan tinggal di mana?” Tanya pemuda itu sambil mengambil cupcakes yang dihulurkan.
“Saya Iida dan saya duduk di Jalan Anugerah di depan ini,”
“Baiklah, saya Izham. Kalau Iida ada lagi cupcakes untuk diberikan, apa kata Iida ke taman permainan di Jalan Rezeki? Di sana, pasti ada banyak remaja mahupun dewasa dan mereka past boleh menerima cupcakes kamu,”
“Benarkah, Encik Izham? Baiklah saya faham. Terima kasih banyak-banyak,” Iida mengucapkan penghargaannya kepada pemuda tersebut.
“Baiklah, sama-sama,” sejurus Encik Izham mengucapkannya, Iida berpaling dan terus berjalan menuju ke Jalan Rezeki yang mempunyai taman permainan. Di belakang Encik Izham, Iida mengukir senyuman nipis. Dia berjaya memberikan cupcakesnya kepada seseorang.
Iida berjalan menuju ke Jalan Rezeki. Namun, sementara dia berjalan, Iida terdengar satu tangisan. Namun, tangisan itu tidak kuat seperti menangis. Iida cuba mencari arah di mana tangisan itu lahir. Iida menumpukan perhatiannya. Tangisan itu dari depan. Iida menguatkan perjalanannya. Tangisan itu semakin hamper dan dia ternampak seorang remaja berpakaian sekolah sedang duduk di di sembunyikan oleh pokok besar. Iida cuba mendekati remaja tersebut.
“Adik, kenapa dengan adik?” Iida bersuara.
“Huk, saya… tidak… apa-apa,” gadis tersebut bersuara dengan terketar-ketar. Iida tersenyum, tidak mungkin tiada apa-apa jikalau dia menangis. Iida duduk di sebelahnya. Beg kertas yang berisi cupcakes di alihkan ke ribanya. Iida tiba-tiba terlintas sesuatu, dia mengambil sebiji cupcakes dan menghulurkannya kepada gadis tersebut.
“Nah, akak bagi kek untuk adik, ambillah,”
Gadis tersebut perlahan-lahan mendongak dagunya dan melihat cupcakes Iida. Dia menggeleng tidak mahu menerima cupcakes Iida.
“Akak, akak umur berapa?” tanya adik tersebut.
“Akak 18 tahun,”
“Akak, SPM susah tak?”
“Eh, kenapa tanya macam itu?” Iida bertanya. Tiba-tiba Iida nampak slip peperiksaan yang sedang dipegang adik tersebut. Matematik Tambahan 9G… Iida merenung kertas tersebut. Kemungkinan adik ini gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Tiba-tiba Iida teringatkan adiknya. Bagaimanalah adik dia sekarang? Dia tidak pernah ambil tahu. “ SPM tidak sukar jikalau kita mempunyai persediaan, adik. Akak memang dah bersiap sedia semenjak form 4 untuk SPM. Alhamdulillah, akak mampu jawab. Walaupun, keputusan tidaklah cemerlang, tetapi akak berpuas hati kerana akak telah melakukan yang terbaik.”
“Akak rasa… Akak rasa sempat ke kalau saya baru nak bersiap sedia sekarang? Adik tidak pernah serius. Adik ikut pengaruh kawan-kawan adik bahawa semasa form 4 ialah honeymoon year. Adik tidak pernah mengulangkaji dengan serius. Adik selalu bawa barangan larangan ke sekolah dan menggunakannya dalam kelas…,”
Iida terkedu. Kalau tidak silap dia, dia pernah mengalami perkara yang sama. Adiknya pula… “Sempat. Masih sempat dan ada masa. Selagi kita tidak berhadapan dengan ujian tersebut selagi itu kita masih punya kesempatan untuk bersiap sedia,” Iida memberhentikan kata-katanya. “Sekarang baru bulan enam, adik ada lima bulan. Sedangkan percubaan adik belum hadapi, ini membawa maksud masih ada kesempatan. Jangan bazirkan setiap saat mulai sekarang dan berdoa. Allah SWT akan menolong adik untuk menghadapi SPM, akak percaya,”
“Akak…,” gadis tersebut memandang Iida. Gadis itu kemudiannya cuba untuk melemparkan senyuman walaupun tawar. “Akak, cupcakes, akak, saya nak rasa boleh?” adik itu bersuara. Suaranya tidak serak lagi.
Iida senyum. Dia menghulurkan cupcakes yang masih dipegangnya. “Nah,”
“Terima kasih,” gadis itu ucap. Dia memusingkan cupcakes tersebut. Lalu, dia menggigit cupcakes tersebut. “Sedap akak Apa nama ini?”
“Hm? Cupcakeskan?”Iida menyuarakan kehairanannya.
“Tidak, memanglah ini ialah cupcakes, tetapi mesti ada namanya, bukan?” gadis itu bertanya lagi.
Iida merenung ke tanah buat seketika. Nama. Nama. Nama. Apakah nama yang patut diberikan? Hm, hm, hm. Ini kali pertama dia buat cupcakes. Jadi dia tidak banyak sangat hias cupcakes ini. Cupcakes ini secara asas sahaja sebab dia baru buat ia setelah enam tahun. Asas? Basic... Basik.
“Nama cupcakes ini… Basik. B. A. S. I. K. Basik?”
“Hm, cantik. Sedap! Basik,” gadis itu mula melemparkan senyuman yang lebar.
“Aha, terima kasih adik,” Iida berkata.
“Eh, sayalah yang patut mengucapkan terima kasih!” gadis itu mula ketawa pula. Iida hanya mampu tersenyum sambil bangun. Dia memohon untuk pergi ke sesuatu tempat. Kedua-duanya saling berbalas lambaian. Selepas ini, ke taman permainan. Eloklah sekarang telah pukul 5.00 petang. Perlu cepat, nanti lambat pula hendak solat.
Iida meneruskan perjalanannya ke taman permainan. Kelihatan ramai orang bermain di sini. Iida mengukir senyuman dan dia berharap dia dapat memberikan Basik kepada semua orang.
Malam itu, kedengaran bunyi pintu rumah dibuka. Seorang wanita pertengahan umur berpakaian moden memasuki rumah tersebut. Dia membuka tudungnya dan meletakkan ‘briefcase’ pada sofa. Dia menuju ke dapur. Wanginya haruman ini. Wanita itu berfikir. Dia ternampak akan tudung saji berada di atas meja menutupi pinggan besar. Dia membuka tudung saji tersebut dan kelihatan empat biji cupcakes terhidang di atasnya.
Wanita itu mencapai sebiji cupcakes dan membuka pelipatan di bahagian tepi cupcakes itu satu persatu. Lalu, dia menggigit satu bahagian cupcakes tersebut. “Sedap,” wanita itu berkata. Dia membuang kek cawan ke tong sampah lalu keluar ke ruang tamu, mengambil ‘briefcase’ dan menuju ke atas. Di lihatnya, bilik Iida. Wanita itu menuju ke bilik Iida dan cuba memusingkan tombol pintu. Kunci. Akhirnya wanita itu menuju ke pintu yang bertentangan dengan pintu Iida.
Di dalam bilik Iida. Iida tidur nyenyak di atas katilnya. Dia menghadap ke arah tingkap rumahnya. Terdapat sebuat buku nota yang besaiz separuh daripada kertas A4. Tiada jalur mahupun corak pada helaian kertas tersebut. Namun, satu muka surat telah digunakan. Di atasnya terlukis cupcakes yang dibuat Iida tadi. Dan di bawah lukisan tersebut tertulis nama cupcakes tersebut. Basik.
Cupcakes 2 – Memoria
Pada tepat pukul 6.30 pagi, Iida bangkit daripada lamunan tidurnya. Rambutnya yang kusut akibat tidur dibiarkan begitu sahaja. Iida bangun dari katilnya dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudu’ bagi menunaikan solat Subuh. Bunyi muzik merdu yang kedengaran daripada telefon bimbitnya dibiarkan begitu sahaja. Selepas dia mengambil wudu’ barulah Iida mengambil langkah untuk menghentikan loceng pada telefon bimbitnya. Tanpa membuang masa, Iida menyarungkan telekungnya dan membuka cermin bagi memastikan tiada helaian rambut yang kelihatan.
Selesai menunaikan solat tersebut Iida menuruni tangga dengan hati yang berat. Terasa ingin tidur lagi tetapi mengenangkan kesan sampingan pada rezeki jikalau tidur selepas Subuh, hasrat itu dipendamkan begitu sahaja. Semasa Iida turun, dia terdengar bunyi sesuatu sedang dipotong. Agaknya ibunya juga telah bangun. Dia mempercepatkan langkahnya.
“Selamat pagi, mama” ucap Iida.
“Selamat pagi, Amna, dan selamat pulang,” ibunya membalas balik kata-kata anaknya.
“Terima kasih, mama,” Iida membalas ringkas ucapan ibunya sambil menarik keluar kerusi dan duduk di atasnya. Dia melihat ibunya memotong daun bawang untuk dimasukkan ke dalam nasi goring yang sedang dimasak. “Mama nak Amna tolong ke?”
“Tidak perlu, Na. Lagipun Amna baru pulang dari hostel, mesti tengah penat, bukan? Kalau nak juga lepas ini mama akan pergi kerja tolong jaga rumah ya?”
“Baik, mama’”
Ibu Iida memasukkan daun bawang yang dipotongnya ke dalam kuali yang berisikan nasi goreng. Dikauknya, nasi putih bagi sebati merah warnanya. Dibiarkan selama seminit, dan mengulangi proses tersebut. Kemudian, barulah ibunya meletakkannya pada pinggan besar.
“Mari makan, mama sudah masak nasi goreng untuk Amna,”
Iida hanya mengangguk pelawaan ibunya. Dia bangkit daripada kerusinya dan mengambil dua keping piring dan sudu. Dia meletakkan satu set tersebut bertentangan dari tempat duduknya dan satu lagi di tempat duduknya.
“Amna, terima kasih atas cupcakes semalam. Sudah lama mama tidak rasa cupcakes itu. Dan terima kasih sebab buatkanya tawar,” ibunya berkata.
“Tidak mengapa ibu Lagipun ibu memang tidak boleh makan manis, bukan? Nanti mama tidak mahu makan,”
“ … Pandai anak mama masak cupcakes. Turun mama ya? Tidak mengapa ke?”
Iida hanya tertawa perlahan mendengarnya dan hanya menggeleng akan persoalan ibunya. Teringat dia pada waktu semalam, dia sengaja mengasingkan sebahagian butter untuk membuat cupcakes dengan menggunakan kandungan gula yang sedikit. Tidak mahu dia membebankan ibunya. Dan tidak mahu pisang untuk berbuah dua kali. Iida terus makan nasi goreng yang dimasak oleh ibunya. Sungguh sedap. Ibunya memang pandai memasak. Bukan sahaja dalam bidang masakan berat, tapi juga manisan.
“Baiklah, mama nak pergi bersiap-siap dulu. Amna jaga rumah, ya?” ibunya telah menghabiskan nasi gorengnya dan segera bangkit untuk membasuh piring tersebut sebelum naik ke atas. Tidak lupa, ibu memberikan pelukan pada Iida.
Iida juga telah habis makan. Iida cuba mengemaskan tingkat bawah rumahnya sementara menunggu ibunya bersiap diri. Dia menyapu lantai untuk mengambil habuk-habuk halus ataupun sampah yang berkeliaran di atas lantainya. Sampah yang terkumpul di masukkan ke dalam tong sampah menggunakan penyodok. Selesai menyapu sampah, Iida melabuhkan punggungnya pada sofa di ruang tamu dan berada dalam posisi baring. Tanpa diduga, matanya kembali mengantuk. “Tidak, jangan tidur, baru makan…,” Iida berkata bersendirian.
Iida tersentak daripada lenaannya. Dia terus melihat pada halaman rumahnya. Kereta ibunya telah tiada. Ibunya telah pergi ke kerja. Iida tidak berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Lagi sekali, dengan hati yang berat, Iida melangkah naik ke biliknya untuk bersiap sedia untuk mandi.
Selesai memandikan dirinya, Iida menuju ke meja tulisnya. Dia melihat akan buku nota yang putih bersih helaiannya. Dia atasnya terlakar cupcakes yang dia buat semalam. Basik. Kenapa saya namakannya ‘Basik’ ya? Iida cuba mengingati apa-apa yang berlaku semalam.
Semalam, seorang gadis sedang dalam kesedihan kerana memperoleh keputusan yang tidak baik dalam peperiksaannya. Dan Iida menamakan cupcakes tersebut ‘Basik’ kerana gadis itu boleh berusaha kembali untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM dengan syarat, dia kembali ke langkah pertama. Susun atur segala perancangannya dan pastikan ada matlamat untuk dikecapi. Kemudian, barulah Iida menuju ke taman permainan di Jalan Rezeki.
Iida berjaya memberikan semua cupcakes yang dibuatnya kepada semua penduduk yang berada di sana. Kanak-kanak merupakan insan pertama yang menerima ‘Basik’ dan dia memuji Iida dengan reaksi yang comel. Gembira sungguh hati Iida apabila melihat kesemua cupcakesnya berjaya diberikan kepada penduduk di sana. Sekurang-kurangnya tidaklah dia membazir. Namun, sikap penduduk tetap sama, tetapi biarlah. Mungkin ada baiknya tidak busybody.
Iida duduk berhadapan dengan meja tulisnya. Bersama-sama dengan sebatang pen, Iida cuba menulis signifikan cupcakes yang dibuatnya semalam dinamakan ‘Basik’. Iida menulis bagaimana dia mendapat ilham nama tersebut. Serentak dengan itu, dia juga menulis bagaimana paten pada bancuhan gula icing dan putih telurnya menjadikannya ‘Basik’.
Iida menulis pada buku nota tersebut dengan leka sekali. Tanpa disedari, dia mendengar gegaran tiba daripa telefon bimbitnya. Iida melihat pada skrin tersebut. Ada mesej dating. Iida cuba membaca mesej tersebut.
Daripada:Aisyah
Assalamualaikum, macam mana hari pertama cuti sebagai mahasiswi, best?
Iida tersenyum melihat mesej daripada kawannya. Dia segera memikirkan cara untuk membalas balik mesej tersebut.
Kepada:Aisyah
Waalaikumussalam, OK la juga. Semalam buat cupcakes. Sempat juga bagi nama kat cupcakes itu. Namanya Basik.
Daripada:Aisyah
Basik? Peliknya nama itu tetapi unik! Nak rasa sikit boleh?
Kepada:Aisyah
Ahaha, boleh. Awak tengah buat apa itu?
Daripada:Aisyah
Tengah jaga kedai mak saya. Datang la kalau ada rezeki. Dekat Tesco Aman Perdana.
Kepada: Aisyah
Insya-Allah, datang kalau ada rezeki. Terima kasih!
Iida menekan butang hantarnya. Dia terfikir sejenak. Mungkin saya pun patut keluar jalan-jalan. Tidak mungkin saya ingin duduk terperap di dalam rumah sahaja. Sekarang baru pukul 10.00 pagi. Rasanya masih banyak lagi masa yang ada. Tanpa berlengah lagi, Iida mengambil baju blaus hijau dan seluar jeans daripada almari pakaiannya. Tidak dilupakan, dia memakai jam yang mempunyai corak bulatan yang besar.
Iida mengelilingi rumah bagi memastikan setiap elektrik telah dimatikan. Tiba-tiba, Iida berhadapan dengan bilik ibuIbunya kini tidur keseorangan semenjak dua tahun lalu. Sejak bapanya meninggal. Mata Iida tiba-tiba berair. Tidak. Dia teringatkan kenangan silam. Kenangan silam yang meragut nyawa dua orang yang disayanginya sekaligus. Kemalangan yang malang tidak berbau…
Iida berpaling daripada bilik tersebut dan terus menuruni tangga menuju ke pintu rumah. Kunci yang dipegang digunakan untuk membuka pintu tersebut. Dia melakukannya dalam keadaan yang gopoh-gapah kerana kenangan silam tersebut. Cepat, cepat, cepat. Saya nak keluar dari sini. Tanpa sengaja, kunci yang dipegangnya jatuh ke atas lantai. Iida jatuh tersungkur. Jangan ingat perkara itu…Iida memohon bersendirian. Tanpa sedar juga, dia telah mengalirkan air mata yang cuba ditahannya.
Setengah jam telah berlalu. Tiba-tiba, pintu rumah Iida dikuakkan secara perlahan-lahan. Iida memunculkan dirinya. Muka dan matanya tidak lagi merah dengan air mata. Dia telah memperoleh kekuatan kembali untuk tidak mengingatinya. Kasut sukan tidak lagi disarungkannya tetapi Iida menggunakan sandal yang menjadi temannya semenjak tingkatan 1. Tidak pernah dia mencuba rekaan kasut yang lain. Kasut ini amat menyelesakan. Tiada alasan untuk bertukar rekaannya kecuali jemu.
Iida melangkah keluar dari halaman rumahnya dan menuju ke Jalan Seni yang merupakan tempat jualan ataupun beriadah masyarakat di sini. Pelbagai kedai dan restoran yang berada di sini. Tempoh sepeuluh tahun diperlukan untuk memajukan perniagaan di sini. Iida berjalan melintasi setiap kedai. Kadang kala, dia masuk ke dalam kedai tersebut. Iida paling menggemari kedai-kedai serbaneka kerana terdapat banyak barang yang berlainan kegunaan dijual sini. Sambil itu, Iida membeli sampul surat untuk membolehkannya berbalas surat dengan adiknya.
Adiknya sungguh degil untuk membawa telefon bimbit ke sekolah biarpun sebenarnya digalakkan oleh ibu bapa walaupun dilarang. Sebabnya? Nak jaga peraturan sekolah sedangkan kawan-kawan dia sendiri pun ada membawa telefn bimbit tersebut ke sekolah. Dan jangan-jangan dia sendiri pernah menggunakannya di sekolah.
Iida mengucapkan terima kasih kepada jurujual tersebut lalu melangkah keluar dari kedai tersebut. Iida meneruskan langkahnya melihat kedai-kedai. Dia terhenti pada suatu lot kedai. Kedai tersebut merupakan kedai yang tidak pernah dilihatnya sepanjang dia duduk di sini. Rekaannya luarnya berwrna coklat dan disaluti dengan tile berbentuk jalur kayu. Iida mendongak dagunya ke atas, Perpustakaan Awam Taman Layar. Perpustakaan? Saya tidak tahu pun ada perpustakaan di sini.
Iida memang meminati buku lebih-lebih lagi buku novel. Dia suka melihat bagaimana novelis merangka jalan cerita yang unik dan pasti pernah di alami walau seorang pun di dalam dunia ini. Kalau cerita dia logik. Kalau cerita itu mengenai fantasi, semestinya mustahil ada insan di dunia ini yang mengalaminya melainkan yang diizin-Nya.
Iida melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Dilihatnya sekeliling perpustakaan ini. Penyaman hawa sejuk mengelilingi kedai ini. Biarpun hanya berdua tingkat. Banyak buku tersusun rapi. Ada buku yang kelihatan baru dan ada juga yang sebaliknya. Iida ternampak komersial yang memohon sesiapa untuk memberikan sumbangan buku pada perpustakaan ini.
Sambil leka melihat keadaan sekeliling. Tiba-tiba Iida dikejutkan dengan sapaan seseorang.
“Selamat datang, cik. Cik?” tanya lelaki itu.
“Oh, oh. Ya, terima kasih,” Iida berkata. Dia terkejut melihat lelaki yang berdiri di depannya. Mirip dengan kawannya di sekolah menengah dahulu. “Hei, awak kerja sini ke? Awak tidak masuk universiti ke?”
“Eh, eh, eh. Baru jumpa dah cakap pasal itu. Apalah kau ini, Kek,”
“Hei, jangan panggil saya Kek,”
“Haha, suka buat cupcakes panggil kek la,”
Iida tersengih dengar kawannya, Daniel bin Rozain. Daniel merupakan salah seorang daripada kawan karibnya di sekolah menengah, namun selepas SPM, kami terputus hubungan. Tidak sangka pula boleh bertemu kembali di sini.
“Ya, aku kerja di sini. Aku malas nak belajar. Nak cari duit,” jelas Daniel ringkas menerangkan sebab dia berada di sini.
“Oh, tetapi takkan selam-lamanya awak nak berada di sini?” soal Iida.
“Itu… Sesuatu yang susah nak cakap. Mungkin akan berpindah kerja pada masa hadapan kalau ada peluang, haha”
“OKlah, bagus juga macam itu. Nanti kalau ada hilang buku nanti, engkau tolong jaminkan aku, ya?” gurau Iida.
“Haa, ye lah itu. Tanggung sendiri,”
Sambil mereka rancak berbual, tiba-tiba seorang pelanggan masuk. Dia membawa beg berisikan buku. Pada pendapat Iida, mungkin itu adalah buku yang dipinjamkan di sini.
“OKlah, aku nak ronda-ronda kat perpustakaan ini dulu. Kau buatlah kerja kau,” jelas Iida.
“Baik, terima kasih,”
Iida lalu meninggalkan Daniel dengan pelanggannya itu. Dia menaiki tingkat atas perpustakaan ini.
Ramai juga orang datang ke sini. Iida memikirkannya dalam hati. Pelbagai golongan berada di tingkat atas yang lebih mengutamakan kewujudan kerusi dan meja berbanding buku-buku. Tidak kurang juga terdapat segolongan remaja yang sedang bersembang tetapi dalam intonasi yang masih baik. Iida berjalan ke rak buku bukan fiksyen. Dia mencari-cari buku yang dirasanya ingin dibaca. Tiba-tiba, mata Iida terlintas pada sebuah buku yang berwarna merah jambu. Dia tahu, itulah buku yang dicari-carinya, cupcakes. Dia mengeluarkan buku tersebut dan menbawanya bersama-sama ke sebuah tempat kosong.
Sebaik sahaja dia duduk, Iida terus membelek buku tersebut. Pelbagai corak paten cupcakes boleh dijumpai di sini. Tidak kurang juga resipi cupcakes yang lebih rumit tetapi pasti mendatangkan hasil yang lebih baik dan enak. Dia berterusan membaca dan menghayati setiap tulisan mahupun gambar yang terdapat di situ. Jikalau dilihat senang, mungkin dia sendiri akan mengaplikasikan dalam masakan dia sendiri.
Sedang leka Iida membaca buku tersebut, dia telah diganggu dengan bunyi telefon bimbitnya yang menandakan ada mesej baru masuk.
Daripada:Mama
Minta maaf, Amna. Mama terlupa beritahu adik awak akan pulang hari ini. Maafkan mama. Amna ada kat mana sekarang? Tunggu adik ya.
Iida terkejut dengan mesej yang diterimanya. Tidak, kemungkinan adiknya telah berada ataupun sampai di rumah. Adik pula tidak diberi kunci rumah kerana dia memang tidak pernah menjaga kunci dengan betul. Berapa kali ibu perlu menukar kunci rumah kerana adik hilangkan kuncinya. Takut juga jikalau berlaku kes kecurian. Banyak barang berharga di rumahnya terutamanya di bilik ibunya.
Iida teringin menyambung pembacaannya tetapi dia perlu pulang ke rumah sekarang. Iida segera bangkit dan menuruni tanggan dengan tergesa-gesa. Bunyi kasut sandalnya melompat-lompat pada anak tangga tidak diendahnya meskipun akan menganggu para pembaca di dalam perpustakaan ini. Minta maaf! Dalam pada itu, tidak dia sedari bahawa dia sedang membawa buku cupcakes tersebut.
Iida tersedar yang dia sedang membaca buku cupcakes tersebut, tanpa memikirkan apa-apa dia terus meletakkan buku tersebut pada kaunter perpustakaan. Iida tersengih, baru kali pertama memasuki perpustakaan ini telah mencipta masalah.
Iida berjalan laju menuju pulang ke rumahnya. Sementara itu, Iida menekan pad kekunci telefon bimbitnya bagi membalas mesej ibunya.
Kepada:Mama
Baiklah mama. Na akan tunggu adik di rumah.
Iida memyembunyikan posisi sebenarnya daripada ibunya. Dia tidak mahu ibunya bimbang akan adik yang tidak disambut kepulangannya nanti terutamanya dia akan mengambi SPM, perlu dijaga dihatinya. SPM ialah sijil penentu masa depan. Oleh itu, insan yang akan menghadapinya hendaklah berkeadaan tenang sentiasa.
Iida akhirnya tiba di depan pintu rumahnya. Nasib baik. Adiknya belum pulang. Dia segera membuka pintu pagar dan menghampiri pintu rumahnya. Kunci rumahnya dikeluarkan untuk membuka pintu tersebut. Pintu dikuak perlahan-lahan. Matanya terlintas ke dapur. Lampu dapur dibuka. Dia kelihatan hairan. Masakan lampu dapur terbuka. Dia telah pun memastikan kesemua elektrik telah dimatikan. Tanpa berfikir panjang, Iida berjalan menuju ke dapur tersebut. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Kelihatan kelibat bayang-bayang orang di hadapannya.
Jantung Iida berdegup cepat. Siapakah yang ada di dalamnya? Iida berjalan ke hadapan dengan perlahan-lahan. Tubuh badan orang itu telah jelas kelihatan. Dia berpakaian kemas berwarna biru tua. Rambutnya disemat kemas ditepi. Ditambah pula dengan seluar slacknya yang terurus. Dia kenal akan lelaki tersebut, Ilyas Amran bt Karim, adiknya.
"Eh, adik! Macam mana boleh masuk?" Iida bertanya denganpenuh kehairanan.
"Kak... Kakak ke yang buat cupcakes ini?" adiknya bertanya mengendahkan pertanyaan kakaknya.
"Erm, kak yang buat. Sedap tak?"
"Kakak bukan dah berjanji ke tak nak buat cupcakes? Kak, cupcakes. Kak tak ingat ke apa yang berlaku kepada papa dan Ika?"
"Itu cerita lama, Ilyas,"
"Cerita lama, kak?" Ilyas memandang kakaknya dengan wajah yang keliru. Iida mengerti bagaimana kekeliruan itu lahir.
“Ya, cerita lama. Dan kak tak rasa apa yang berlaku itu ada kaitan dengan cupcakes. Ilyas, cupcakes bukan makhluk hidup. Dia tidak boleh membunuh. Dan apa yang berlaku kepada papa dan Ika langsung tidak berkait dengan cupcakes. Masa… Masa mereka dah sampai masa itu…,” Iida menjelaskannya dengan perasaan yang berbelah bahagi. Jikalau boleh, dia ingin menyalahkan cupcakes juga kerana jikalau tidak kerana cupcakes, kemalangan ini mungkin boleh dielakkan.
“Kakak… Ilyas tak sangka kakak mementingkan diri. Mentang-mentang kakak gemar akan cupcakes, kakak mengabaikan punca ini!”
“Ilyas…,” Iida cuba menyambungkan kata-katanya, namun Ilyas pantas bergerak lari daripada kakaknya. Dia naik ke biliknya dan menghentap pintunya dengan kuat.
Iida turut sama menaiki ke bilik adiknya dengan harapan dapat memujuk adiknya.
“Adik?” Iida mengetuk pintu adiknya. Tiada balasan. Dia meneruskan ketukan beberapa kali namun hasilnya tetap sama. Dia teringatkan kenangan tersebut lagi.
“Nana, ada orang nak beli cupcakes Nana lagi,” ucap ibu.
“Eh, ya ke Mama? Seronoknya. Nana dapat jual banyak cupcakes,” balas Iida.
“Tahniah. Lepas ini Nana nak buat perniagaan cupcakes kan?”
“Ya, mama. Nana nak buka kedai cupcakes dan menjualnya dengan harga yang murah!” kata Iida lagi dengan gembira. Sambil itu dia menyusun cupcakes yang telah dihiasi ke dalam keg kertas. “Mama, Iida pergi hantar ya?”
Iida melangkah keluar dari rumah sambil diperhatikan ibunya. Kasut sandal telah disarungnya. Dia berjalan ke pintu pagar. Tiba-tiba, kedengaran bunyi hon yang lembut. Sebuah kereta Wira hitam menghampirinya. Iida kenal akan pemandu dan penumpangnya.
“Papa, Ika!”
“Pergi mana Amna?” tanya papa.
“Nak pergi hantar cupcakes kepada Pak Eusoff,” jawab Iida.
“Mari papa hantarkan. Papa pun rasanya nak berbual dengan dia. Ika ikut papa lagi ya?”
“Ala, papa…,” Ika menjawab manja.
“Nanti papa belanja makan lagi, nak?”
“Ais-krim, ais-krim!” Iika membalas riang.
“Terima kasih, papa. Tolong kirim salam juga dekat Pak Eusoff. Suruh Pak Eusof bayar RM5.00 sahaja ya?” pinta Iida untuk mengurangkan pembayaran harganya meskipun sepatutnya RM8.50.
“Oh, baik anak papa! Baiklah,”
Iida melambai kepada papa dan Iika yang telah pun bertolak meninggalkannya. Iida tidak sedar bahawa itu adalah kali terakhir Iida melihat kedua-dua orang yang tersayang.
Iida resah. Dia melihat pada jam dinding. Pukul 11.55 pm. Di manakah papa dan Ika? Tidak mungkin mereka masih di rumah Pak Eusoff. Mama dan Ilyas turut sama menemani Iida. Telefon bimbit papa telah berkali-kali dipanggil namun tiada balasan. Iida terbayang-bayangkan apa-apa yang mungkin terjadi kepada mereka. Suasana di ruang tamu sunyi. Tiada sesiapa yang ingin bersuara.
Iida cuba duduk di atas sofa apabila tiba-tiba telefon rumahnya berbunyi. Iida sambil berbalas pandangan dengan Mama dan Ilyas. Iida mengangkat telefon tersebut.”Hello?” Iida menyapa. “Ya, kami ahli keluarga Karim Abdullah…Ya… Ya…” Iida mendongak kepalanya memandang Mama dan Ilyas kembali.
Menurut sumber, kereta yang dipandu oleh pap telah menemui kemalangan dengan lori yang besar dan membawa muatan bahan binaan. Pemandu lori tersebut tidak menyedari akan kereta wira tersebut dan cuba melajukan lori. Tidak semena-mena ia mengenai kereta Karim bin Abdullah dan akhirnya kereta itu terbabas. Lebih memburukkan keadaan, keadaan jalan licin menyebabkan kecederaan yang lebih teruk.
Mama, Iida, dan Ilyas membisu sementara perihal-perihal kemalangan dibacakan. Apabila berakhir mereka cuba untuk pulang bagi menguruskan pengebumian papa dan Ika, tiba-tiba seorang wanita tua datang. Dia membawa sebuah beg kertas.
“Puan, saya ada semasa kemalangan itu berlaku dan semasa kereta itu terbabas, barangan ini keluar,”
Iida mengambil beg kertas tersebut dan membuka untuk melihat isi. Cupcakes. Kalau ia ada di sini, ini bermakna…
“Mama, cupcakes ini yang menyebabkan papa dan Ika mati,” Iida memandang Ilyas. Ibunya hanya memerhatikan kedua-dua orang anaknya.
“Ilyas... Adakah awak maksudkan akak yang menyebabkan mereka mati?” Iida menyoal Ilyas dengan nadanya yang tinggi.
“Iida, sabar,” mamanya cuba mengelakkan keadaan bertambah teruk.
“Yalah, kalau benda ini tidak ada. Benda ini tidak akan berlaku,” Ilyas bersuara lagi.
Iida berhenti mengingati kenangan tersebut lagi. Kenangan itu merenggangkan hubungannya dengan Ilyas. Tawaran ke sekolah berasrama penuh pula memparahkan lagi hubungan mereka. Kini, apabila Iida cuba untuk berbaik-baik dengan Ilyas, umpama bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Iida menghentikan hasratnya untuk memujuk Ilyas. Biarlah jiwanya tenang dahulu.
Mata Iida telah pun berair apabila terdengar bunyi loceng rumahnya dibunyi. Pasti ibu telah pulang. Iida turun untuk membuka pintu rumahnya. Sangkaannya meleset. Di hadapannya bukanlah ibunya tetapi pemuda perpustakaan yang juga merupakan kawannya, Daniel.
“Daniel, kau buat apa?” Iida bersuara. Dia cuba sedaya upaya untuk membunyikan bahawa dia sedang menangis.
“Aku bawa untuk kau sesuatu. Sinilah,” Daniel menjawab ringkas.
Iida terpinga-pinga akan apakah yang dibawa oleh kawannya. Dia masuk ke dalm rumah untuk ke dapur. Dia membasuh mukanya agar kesan dia menangis hilang. Kain tisu diambil untuk menyapu mukanya. Barulah dia mengambil kunci untuk membuka pintu rumahnya.
“Ada apa?”
“Nah, ambil ini,” Daniel bersura sambil menyerahkan sebuah buku kepadanya. Buku yang dia baca di perpustakaan tadi.
“Oh,”
“Janganlah ‘Oh’. Kau tinggalkan benda ini di perpustakaan. Kau biarkan ia terbuka. Aku agak engkau yang baca sebab kau salah seorang daripada 1% orang yang akan baca buku mengenai cupcakes ini. Aku juga dah proseskan keahlian kau. RM2.00 kena bayar. Tak payah bayar sekarang. Bila kau senang baru bayar,”
“Oh,”
“Hei!”
“Ha, ha, ha. OK. OK. Urm, terima kasih. Nanti aku bayar ya. Halalkan tak boleh?”
“Diberinya orang betis, diminta peha, tak kenang budi betul,”
“Relakslah. Aku bergurau sahaja. Terima kasih. Nanti aku bayar. Selamat tinggal,”
Daniel tersengih dengan layanan Iida. Namun, dia tahu yang Iida mungkin ada masalah sekarang.
“Iida, kalau tension, buat cupcakes itu. Dulu pun engkau cakap cupcakes menyenangkan kau. Selagi kau buat dengan penuh ikhlas, cupcakes macam terapi,” Iida hanya diam mendengar apa-apa yang Daniel katakan. Daniel perasan akan reaksi Iida lalu memohon untuk berundur.
“Agaknya aku tidak dialukan. OKlah, aku pergi dahulu,”
“Ok, selamat tinggal,”
Iida memerhatikan Daniel melangkah pergi. Dia tidak masuk ke dalam rumah. Hanya memerhatikan Daniel berjalan meninggalkannya tanpa menoleh belakang.
Iida terdiri di halaman buat seketika. Ingatannya kembali ke kenangan lalu. Memang, dia pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Sehingga kini, perkara tersebut masih benar baginya. Mama dapat menerima takdir akan pemergian papa dan Iika. Hanya dia tidak ingin mengingatinya dengan bekerja lama. Yang tinggal hanyalah adiknya.
Adiknya yang rapat dengan papanya memang sukar menerima kenyataan. Dia menerima pemergiannya. Namun, apabila mengingatkan kehadiran cupcakes yang menyebabkan mereka pergi. Agak sukar untuk diterimanya.
Di bilik Iida, helaian buku nota pada meja tulis telah dilukis dengan lukisan baru. Memoria, nama cupcakes terbarunya. Dia sempat menulisnya selepas terkenangkan kemalangan papanya selepas melihat pintu bilik ibunya. Sedikit sebanyak lukisan itu menenangkan dirinya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Pada helaian itu, juga terdapat kawasan yang kembung kertasnya seperti ada tangisan jatuh ke atasnya.
Cupcakes 3 – Impian
Iida memasuki ke dalam rumahnya sambil memegang buku cupcakes yang diberikan oleh Daniel tadi. Sejak bilakah dia meminati cupcakes? Iida cuba mengingatinya. Kalau tidak silap dia, dia mula mengetahui cupcakes selepas melihat ibu bapanya membuat cupcakes tersebut bersama-sama. Dari situ, timbulnya minat Iida pada cupcakes juga lebih-lebih lagi apabila melihat wajah kegembiraan ibu bapanya yang tersayang apabila melakukannya. Dari situ, dia tahu bahawa membuat cupcakes adalah salah satu cara untuk membawa kebahagiaan kepada seseorang.
Insan yang membuat cupcakes tersebut akan menemui kepuasan dalam dirinya kerana berjaya membuat cupcakes yang amat cantik dan comel. Daripada itu, secara tidak langsung, ukiran senyuman akan lahir daripada penatap ataupun tuannya.
Iida menaiki tangga rumah. Direnungnya bilik adiknya, Ilyas lama-lama. Di hatinya terfikir, bagaimanakah caranya untuk dia memujuk adiknya untuk menerima cupcakes. Kelihatan lucu apabila seseorang itu tidak suka akan cupcakes. Namun… Punca adiknya membenci cupcakes juga ialah parah. Ia menyebabkan kehilangan dua insan yang tersayang. Semenjak bapa dan Ika meninggal, ibu kelihatan kesunyian. Dan kesunyian itu diatasi oleh ibunya dengan bekerja keras sehinggakan beliau berjaya ditawarkan posisi teratas dalam pekerjaannya di salah satu syarikat swasta yang mengeluarkan produk kecantikan tempatan. Walaupun syarikat yang ibu bekerja mengeluarkan produk kecantikan, beliau tidak pernah menggunakan produk tersebut. Kata ibu, dia tidak mahu menggunakannya kerana beliau lebih selesa menggunakan produk kecantikan yang telah diakui keberkesanannya. Namun, beliau tidak memberitahu rahsia ini kepada sesiapa kerana takut akan menggugat kedudukannya.
Iida tahu, ia memerlukan masa untuk kita lupakan sesuatu tragedi. Dia pun dulu serik untuk mengambil tempahan cupcakes apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku kepada bapanya dan Ika. Walau bagaimanapun, entah mengapa, tiba-tiba kebencian yang sama seperti adiknya itu beransur pudar selepas dia memasuki universiti dan membuat cupcakes buat pertama kali selepas setengah tahun. Mungkin dia dapat menerima takdir kini. Peranan masakan ini dalam punca yang menyebabkan kemalangan bapa dan Ika adalah tidak major. Punca kemalangan tersebut ialah kerana kecuaian lori itu sendiri. Jikalau dia tidak memperlahankan lori tersebut, mungkin…
“Hm, rasanya kalau nak pujuk dia sekarang, lagi memburukkan keadaan adalah,” Iida bermonolog. Lantas, dia memutuskan untuk membiarkan sahaja. Mungkin, lama-kelamaan adiknya akan sedar akan kesilapannya atau kesilapan Iida?
***
Tiga minggu telah berlalu semenjak Iida datang ke sini. Minggu depan, dia akan pulang ke universiti semula. Semester kedua akan bermula. Dia sedang bersiap sedia untuk mengemaskan kembali barangnya. Melihakan keadaan biliknya seolah-olah dia telah duduk di sini selama setahun. Iida bernasib baik kerana biliknya tidak pernah dimasuki orang lebih-lebih lagi ibunya sendiri memandangkan ibunya sibuk di tempat kerja. Jikalau tidak, pasti dia akan dimarahi kerana tidak menjaga kebersihan bilik. Kontra dengan adiknya, Ilyas, adiknya mementingkan kekemasan. Apabila memasuki tingkatan empat, dia memohon ibunya untuk mengecat biliknya putih. Biarpun putih dikatakan senang kotor, namun, dia pandai menjaga kebersihan biliknya.
Pada pagi itu, Iida turun ke bawah seperti biasa. Dia mendengar bunyi bising televisyen dari ruang tamu dan bunyi seseorang sedang memotong sesuatu dari dapur. Dia menjenguk melihat keadaan sebenar, adiknya, Ilyas sedang menonton televisyen, di ribanya ialah buku Biologi. Buk itu hanya terbuka sahaja pada muka surat persenyawaan manusia. Dia sedang menonton Grey’s Anatomy ulangan.
Adiknya, Ilyas berhasrat untuk menjadi seorang pakar bedah. Iida mengetahuinya apabila Ilyas memilih untuk memasuki bidang sains tulen. Sedangkan, sebelum dia dia amat teringin untuk menjadi seorang jurutera. Apabila ditanya kenapa tiba-tiba dia ingin menjadi seorang pakar bedah, adiknya membalas untuk menyelamatkan insan. Iida terfikir, mungkin sebab sebenar adiknya memuruskan untuk menjadi surgery adalah berpunca daripada kamalangan yang berlaku kepada bapa dan Ika.
Iida berjalan menuju ke dapur. Dia melihat ibunya sedang memasak lauk untuk dimakan tengah hari ini. Bukan senang untuk beliau ke dapur, hujung minggu merupakan masa yang ada untuk untuk berbuat sedemikian. Dan pastinya, dia akan memasak sesuatu untuk santapan kami.
“Mama nak Amna tolong apa-apa?” Iida menanyakan ibunya jikalau mama memerlukan sebarang pertolongan.
“Oh, ya. Iida tolong ambil bawang merah dan cili padi di dalam peti ais. Hari ini ada orang nak datang,”
“Eh, ada orang nak datang? Siapa mama?” tanya Iida sambil menuju ke peti ais untuk mengambil bahan-bahan yang diminta oleh ibunya.
“Uncle Jamal dan Aunty Suzie, Na. Saja mereka datang. Terima kasih, Na,” balas ibu sambil mengambil bahan-bahan tersebut daripada Iida. “Dah, pergi siap-siap, nanti mereka nak datang, tidak mungkin Iida nak bertemu dengan mereka dengan berpakaian macam ini pula, bukan?”
“Tapi, mama, Amna nak tolong,”
“Tidak apa. Pergi beritahu Ilyas sama suruh pergi siap,” arah ibunya.
Akhirnya Iida terpaksa bersua dengan adiknya. Selepas tiga minggu, adiknya telah kembali kepada normal. Namun, dia menjadi lebih pendiam daripada dulu. Lebih suka berdiam diri dan bertanya apabila perlu ataupun berperap di dalam biliknya sahaja. Hari ini dia berada di ruang tamu. Iida berjalan ke tempat di mana adiknya berada.
“Yas, mama suruh siap. Ada orang nak datang,” tegur Iida.
“Erm,” Ilyas membunyikan mulutnya malas.
Iida hanya mengangguk mendengar jawapan adiknya itu lalu beredar terus daripada situ. Dia perlu pergi untuk bersiap. Apakah yang patut saya pakai, jubah? Baju kurung? Baju tidur? Berpakaian seperti biasa sahajalah.
Sejam telah berlalu selepas Iida naik ke atas untuk menyiapkan diri bagi menantikan kedatangan Uncle Jamal dan Aunty Suzie. Iida yang sedang berada di dalam biliknya dapat menghidu haruman masakan yang dibuat oleh ibunya. “Em, wanginya! Ini mesti mama sedang buat Laksa Johor untuk tetamu nanti,” Iida berfikir sambil mentikat rambutnya yang ikal sedikit tepai pendek itu. Walaupun rambutnya sebenarnya tidak perlu disikat, Iida yang mementingkan penampilan akan memastikan dia dalam keadaan yang kemas dan selekeh biarpun perwatakan tidak seperti penampilannya. Sambil dia menyikat rambutnya, tiba-tiba kedengaran suara ibunya menyahut namanya.
“Aman, Ilyas, turun, Uncle Jamal dan Aunty Suzie sudah datang,”
“Baik, mama,” Iida menjawa sahutan ibunya. Dia segera membuka pintu biliknya dan menutupnya dengan tergesa-gesa. Sudah menjadi rutinya, jikalau ada tetamu yang bertandang, dia akan menjadi penyambut tetamu yang tidak rasmi. “Mama pergilah bersiap, Amna akan melayan mereka,”
“Baiklah, terima kasih, Na! Mama pergi siap dahulu, jangan lupa buatkan jus limau untuk mereka dan jemout mereka untuk makan kuih-muih yang sedia ada dahulu ya?” pesan ibunya
“Ya, ma,”
Sementara ibunya menaiki tangga, Iida bergegas mengambil kunci rumah dan membuka pintu rumahnya bagi menjemput Uncle Jamal dan Aunty Suzie masuk.
“Assalamualaikum,” kata tetamu lelaki yang sampai itu.
“Waalaikumusalam, Uncle Jamal, Aunty Suzie. Jemputlah masuk,” pelawa Iida sambil tunggu di sisi pintu rumah tersebut. Dia menunduk kepada Uncle Jamal yang mausk ke dalam rumahnya dan menghulurkan tangannya kepada Aunty Suzie. Seperti yang disangka, mereka berpakaian sedondon seperti perayaan hari Raya. Uncle Jamal memakai baju kemeja berwarna hijau mendatar manakala Aunty Suzie memakai baju kurung sutera bercorakkan abstrak berlatarbelakngkan hijau lumut.
“Amboi, Amna! Sudah lama tidak jumpa. Nampak dah besar dah. Ada iras-iras ibunya!” tegur Aunty Suzie bagi memulakan perbualan. Memang betul, telah lama tidak mereka bersemuka. Dengan ibunya yang sibuk di tempat kerja, memang jarang mereka menerima tetamu semenjak dua tahun dahulu. Iida hanya tersenyum mendengarnya.
“Terima kasih, Aunty Suzie. Jemputlah duduk. Nanti Amna nak buatkan jus limau untuk Uncle Jamal dan Aunty Suzie ya?” kata Amna sambil memohon mengundurkan dirinya untuk ke dapur untuk menyiapkan air seperti yang dipesan oleh ibunya.
Iida menuju ke dapur untuk menyiapkan air seperti yang diminta oleh ibunya. Dia kemudiannya meletakkan kedua-dua buah gelas di atas dulang sebelum membawanya ke ruang tamu. “Jemputlah minum, ya?” Iida berkata.
“Terima kasih, Amna,” ucap kedua-dua ibu bapa saudaranya itu. “Mama mana?”
“Oh, mama kata dia pergi bersiap,” Iida menjawab sambil mengambil tempat untuknya duduk di atas salah sebuah sofa itu. Dalam hatinya terfikir, “Ilyas pula mana ini? Perlukah saya memanggilnya?” Dalam kesibukan Iida berfikir tiba-tiba Uncle Jamal mengatakan sesuatu kepadanya.
“Amna ambil kejuruteraan makanan? Amna nak jadi apa lepas itu?” Aunty Suzie berkata. Raut wajahnya sentiasa tenang seperti tiada kekusutan dalam kehidupannya. “Tidak mungkin. Semua orang ada masalah, sedangkan saya yang baru berusia 18 tahun ini pun telah ada masalah yang sebegini banyak, masakan Aunty Suzie tiada,” fikir Iida.
Iida terdiam seketika. Sebenarnya dia tidak tahu apa-apa yang dia ingin jadi. Jikalau semasa kecil dahulu, ibu bapa banyak memberi bimbingan akan kerjaya apa-apa yang patut saya jadikan matlamat, doktor, jurutera, arkitek, dan sebagainya. Namun, apabila umur semakin meningkat, dirasakan akan kerjaya itu terlalu hebat untuk dirinya. Akhirnya, dia mengambil bidang pengajian kejuruteraan makanan tanpa mengetahui apakah kerjaya yang ada di dalam bidang ini. Iida tertunduk seketika, apakah kerjaya dia, ya?
“Uncle Jamal tak perlu tanya Kak Amna nak jadi apa. Setiap hari, Kak Amna bertemankan cupcakes sahaja!” kata seseorang dari belakang. Iida tersentak seketika. Dia cuba berpaling ke belakang tetapi adiknya, Ilyas, telah berada disisinya. Apabila Ilyas berdiri dan Iida sedang duduk, kelihatan seperti Ilyas merupakan abangnya manakala dirinya merupakan adik.
Iida terkejut seketika dengan jawapan adiknya. Cupcakes? Sebentar, dia rasa seperti pernah mengalami keadaan ini. Pernahkah dia terfikir macam itu? Dia cuba menggali ingatannya tentang kerjaya yang dikatakannya.
“Amboi, Amna. Seronok buat cupcakes ya?” ujar ayahnya.
“Em! Cupcakes yang Kakak buat semuanya nampak cantik-cantik belaka! Kakak memang suka dan pandai buat cupcakes! Ika tak nak makan cupcakes orang lain selain kakak punya!” kata adiknya pula, Ika.
“Ha, ha. Kalau Ika nak makan cupcakes Kakak sahaja, nampaknya kenalah kakak buka kedai cupcakes yang jual manisan ini sahaja. Nak?” jawab Iida.
“Nak, nak, nak! Baiknya kakak nak buka kedai untuk Ika!”
“Sebab akak sayang dekat Ikalah Akak nak buka kedai itu,” kata Iida sambil memegang kepala Ika dan menggosoknya berkali-kali.
“Eh, mana tahu, Ilyas?” tanya Iida. Setahunya, semasa dia berkata perkara yang macam itu, adiknya ini tidak berada di sisinya.
“Entah,” jawab Ilyas ringkas.
“Ya agaknya, Uncle Jamal dan Aunty Suzie. Kalau Ilyas sudah kata macam itu, jadi penjual cupcakes nampaknya.
“Eh, jangan cakap penjual. Jadilah ahli perniagaan cupcakes. Boleh memperkembang perniagaan Amna, biar satu Malaysia tahu yang Amna ni pakar buat cupcakes,” kata Uncle Jamalnya pula.
“Taknak Uncle. Rasa susah pula nak kawal nanti. Nanti bankrupt lagi susah,” jelas Iida. Pada pendapatnya, pasti ada orang lain yang lebih pandai dalam hal membuat cupcakes. Oleh itu, biarlah dia membuka sebuah kedai sahaja. Dia belajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, penjual dan ahli perniagaan adalah dua buah kerjaya yang berbeza.
“Uncle Jamal, Aunty Suzie, Kak Iida sebenarnya…,” belum sempat Ilyas hendak berkata, ibunya telah turun menyertai Iida dan yang lain-lain. Akhirnya, topik perbualan ini terkubur seperti itu sahaja. Mungkin pada pendapat Uncle Jamal dan Aunty Suzie, perbualan seperti itu hanya sebagai warm-up sahaja sebelum berbual dengan ibu yang berlanjutan sehingga 3 jam diselikan dengan makan Laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.
Namun, bagi Iida. Perbualan itu membuka matanya sedikit. Dia sendiri memang telah terlupa bahawa dia pernah mengatakan sebegitu kepada arwah bapa dan adiknya. Iida sedang berada di dalam biliknya pada malam itu selepas tetamu tersebut datang. Dia sedang duduk di atas kerusi pada meja belajarnya. Tangannya memegang sebuah pensil mekanikal.
Iida terkenang balik perbualan pada waktu petang itu. Entah mengapa. Tiba-tiba dia asyik teringatkan akan apa yang dikatakan oleh adiknya Ilyas. Buka kedai cupcakes? Boleh tahan juga kerjaya itu. Memang hobi Iida adalah membuat cupcakes dan padanlah dia dengan kerjaya tersebut. Mungkin juga, perkara yang Iida sebut kepada arwah bapa dan Ika adalah… Impian Iida.
Iida cuba melakar cupcakes asas pada buku cupcakesnya. Pada mulanya, dia melukis secara ringan. Umumnya, untuk melukis bentuk asas cupcakes. Kemudian barulah dia akan menekan tekanan yang lebih pada lakaran bagi meninggalkan kesan yang lebih ketara. Di atas cupcakes tersebut, Iida terfikir bentuk apakah yang patut dilukisnya? Apakah tema yang ingin diketengahkan oleh dia kali ini?
Hari ini dia sedar akan seperkara, dia ada impian sebenarnya. Dia tidak sedar yang cupcakes merupakan impiannya. Manisan ini telah menjadi sebahagian daripada hidupnya tanpa disedarinya.
Namun, betulkah dia ingin membuka kedai cupcakes? Jikalau dilihat pada pandangan masyarakat, cupcakes adalah sesuatu yang manis kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi. Lantas untuk mengatakan bahawa perniagaan ini mampu berkekalan selagi hayatnya dikandung badan mungkin mustahil. Tambahan pula, kebanyakan masyarakat sekarang menghidap penyakit kencing manis. Lantas, mereka pasti akan mengetatkan dirinya untuk makan makanan manisan lebih-lebih lagi cupcakes.
“… Kenapa saya terfikirkan semua ini? Hei, saya baru sahaja dalam semester satu di universiti! Perjalanan saya masih panjang. Ilmu pun tidak penuh di dada, ada hati nak fikir buka kedai cupcakes!” Iida cuba melawan apa-apa yang difikirkan. “Lucu, kenapa saya terfikirkan semua ini? Lebih baik tidur,” monolog Iida sambil bangun daripada kerusinya dan menuju ke katil. Dia akan pulang tidak lama lagi. Tidak patut dia kusutkan kepalanya.
Seminggu telah berlalu, kini tiba masanya untuk berangkat pulang ke kampus UiTM. Kerja-kerja assignment yang diberikan oleh pensyarahnya telah dia siapkan. Kini dia hanya perlu tunggu untuk menyerahkannya sahaja. Adiknya, Ilyas pula telah lama pulang ke sekolah berasrama penuhnya. Selepas ini, rumah ini akan didiami oleh ibu seorang lagi. Patut tidak ada masalah kerana ibu banyak menghabiskan masanya di tempat kerja.
Iida membawa turun segala beg-beg untuk dibawa pulang ke sana. Dilihat bagasinya semakin bertambah. Pasti terdapat banyak barang yang dibelinya di kompleks membeli-belah. Sedang Iida sedang membawa turun beg-beg tersebut. Dia terdengar loceng rumahnya dibunyikan. Dia cuba untuk membiarkan loceng itu kerana mungkin ia hanyalah penjual door-to-door. Ibunya pernah berpesan biarkan sahaja mereka. Namun, kerana loceng rumahnya itu dipanggil berkali-kali, Iida tidak mempunyai pilihan selain menjenguk akan siap yang datang.
Iida melihat kelibat orang yang datang melalui tingkap rumahnya yang telah ditinted. Ini memastikan privasi didalam rumahnya dipelihara.
“Oh!” Iida terkejut dengan sesiapa yang datang itu. Dia tidak menyangka pula dia akan datang. Kenapa dia datang?
“Daniel, selamat datang! Jemputlah masuk, tidak sangka pula awak akan datang,”
“Ehem, saya dengar awak nak balik hari ini. Itu yang saya datang,”
Iida terdiam seketika. Ada sebab ke Daniel datang ke sini. Atas sebab apa ya? Sambil dia berfikir tiba-tiba dia teringat. Dia ada meminjam buku daripada perpustakaan yang Daniel kerja dan dia belum membayar yuran keahliannya.
“Ah, saya baru teringat!” Iida kelihatan serba salah kerana telah lama dia menangguhkan perjanjian dia. Tidak mengapa, dia tidak akan mungkir janji. “Sebentar ya, Daniel,” teriak Iida sambil bergegas naik ke atas meninggalkan Daniel di luar pintu pagarnya. Iida teringat akan keadaan Daniel lalu turun semula,” Bukalah pintu pagar itu tidak terkeunci pun,” jelas dia sebelum naik semula ke atas rumahnya.
Daniel tersengih melihat gelagat Iida lalu membuka pintu pagar rumahnya. Dia berdiri di hadapan pintu pagar tersebut untuk menanti Iida.
Iida bergegas naik untuk mengambil duit RM5 dan buku cupcakesnya. Buku cupcakesnya hilang.
“Eh, mana? Mana? Mana buku itu???” Iida mula panik. Setahunya buku itu sentiasa berada di atas meja belajarna tetapi sekarang hilang.
Iida mula mencari di sekeliling biliknya. Dia menyelak satu persatu buku-buku yang tersusun di atas mejanya bagi mencari buku itu jikalau ia ada terselik di dalamnya. Tiada. Iida meneruskan pencariannya di dalam almari pakaiannya. Perkara yang sama terjadi pada baju-baju formal yang tersusun dalam almari tersebut. Tiada juga. Dia meneruskan pencariannya dengan berbaring di atas lantai bagi mencarinya di dalam katil pula. Tiada lagi.
Iida mula panik. Buku itu bukan murah. RM100.00 lebih begitu. Jikalau hilang, dia perlu membayar buku tersebut. Mana dia ada diut sebanyak itu. Kalaupun duit perbelanjaan pengajiannya, duit tersebut mampu menampung kehidupannya di sana cukup-cukup sahaja. Dia tidak berputus asa. Dia meneruskan pencariannya. Mungkin dia ada membawa turun buku tersebut? Iida keluar dari biliknya dan menuruni tangga.
Iida menjenguk di diluar bagi melihat Daniel. Dia masih berdiri di situ. Dia memandang langit, bawah, dan apa-apa sahaja untuk menghabiskan masanya. Dia tidak boleh beritahu Daniel bahawa dia menghilangkan buku tersebut. Iida bergegas meneruskan pencariannya. Setiap sofa di ruang tamu dialihkan bagi mencari buku tersebut. Laci-laci yang terdapat di tingkat bawah rumahnya dibuka untuk mencari buku tersebut. Tiada. Seluruh tingkat bawah telah dicarinya dan tiada apa-apa pun.
Tempat mana yang belum dicari oleh Iida? Iida berfikir. Yang tinggal hanyalah bilik ibunya dan Ilyas. Ilyas? Mungkin Ilyas yang mengambil buku tersebut. Namun, bukankah dia tidak suka cupcakes Iida? Oh, tidak! Janganlah dia tidak suka, dia merosakkan buku tersebut.
Iida bergegas naik untuk menuju ke bilik adiknya, Ilyas. Dia terhenti didepan pintunya. Dia tidak pernah masuk kedalam bilik adiknya. Malah, adiknya pasti akan marah kalau sdia masuk lebih-lebih lagi semasa kehadirannya. Walau bagaimanapun, adiknya telah pulang te asrama. Pasti tiada masalah.
Iida memusingkan tombol pintu itu perlahan-lahan. “Minta maaf, adik. Akak masuknya,” monolog Iida.
Bilik adiknya masih seperti dulu, kemas dan tersusun. Dia langsung benda yang terselerak ada di dalam bilik tersebut. Katil berangkai hitamnya tersusun kemas. Langsir tingkap dibiarkan dibuka bagi membiarkan cahaya matahari menyuluh ruang ini.
Iida berjalan ke dalam bilik tersebut. Rasa takut menyelubungi dirinya. Adiknya begitu pembersih. Berbanding dengan dirinya yang mempunyai banyak benda berselerak di dalam bilinya. Sepatutnya dia yang menunjukkan contoh yang baik kepada adiknya.
Nanti, Iida terlintas sesuatu. Kalau adiknya seorang pembersih, macam mana dia hidup di sekolah berasrama penuh? Di sana, pelbagai ragam manusia berkumpul. Ada yang kaya, bersih, cerewet, dan pelbagai lagi. Macam mana adiknya menanganinya? Malah, adiknya tidak pernah mengatakan apa-apa mengenai keadaannya.
Tiba-tiba, mata Iida terlintas pada sesuatu benda yang berwarna-warni di ats meja Ilyas. Ia mempunyai warna merah jambu sebagi latar belakang dan benda yang berbentuk bulat di atasnya. Buat seketika, Iida terlupa yang dia sedang mencari buku cupcakesnya dan Daniel sedang menunggunya di luar rumah. Dia segera mengambil buku tersebut.
“Jumpa pun,” Iida bersuara keriangan. “Alhamdulillah,” Iida terfikir lagi, kalau dia terhilangkan buku ini , mahu duit perbelanjaannya melayang begitu sahaja.
Namun, kenapa adiknya membaca buku ini? Bukankah dia tidak suka akan cupcakes? Mungkin adik sudah boleh menerima manisan ini. Iida tersenyum sendirian lalu keluar dari bilik Ilyas.
Iida menuruni tangga dengan langkah yang laju tetapi tidak tegesa-gesa. Dua puluh lima tetangga yang dilaluinya dengan berhati-hati. Di tangan kanannya memegang buku cupcakes dan not RM5.
“Minta maaf menunggu, Daniel,” Iida menyapa.
“Hah, ini dia orangnya. Biarkan tetamu berdiri di luar memang habit engkau ke?” Daniel membalas sapaan Iida.
“Minta maaf lagi. Adalah perkara yang terjadi tadi. Nah, ini buku cupcakes yang aku pinjam dan ini duit bayaran keahlian. Yang lebihnya, aku bagi engkau sebagai… Upah?”
“Ceh, ya ke? Terima kasihlah. Aku sangat menghargainya,”
Iida melihat pada Daniel yang sedang memastikan buku cupcakes tersebut berada dalam keadaan yang elok. Tersengih Iida melihat Daniel menyelak satu persatu muka surat buku tersebut. Jikalau boleh, ingin dia jerit ‘sempurna’ kat dia. Namun, dia berkata sesuatu yang lain kepada Daniel.
“Daniel, engkau tak boring ke kerja kat perpustakaan itu? Sampai bila?”
“Em? Kenapa cemburu ke orang ini dah boleh dapat gaji? Ha ha. Kalau kena kerja di situ sampai bila-bila, takpe agaknya. Tengoknya spek aku ini. Dah tebal sangat sebab asyik dikelilingi buku,” kata Daniel sambil menunjukkan cermin matanya.
“Ha ha. Tak adalah. Engkau memang suka buku?”
“Suka? Ha, ha, kegemaranlah cik kak oi,nak guna suka pula. Keperempuananlah perkataan itu,”
“Tetapi, kalau awak pergi masuk universiti, lagi banyak buku awak akan jumpa tahu?” jelas Iida. Daniel mula perasan bahawa Iida ingin mengajaknya untuk ke universiti.
“Oh, ya?” Daniel bertanya. Dia tidaklah memberikan respons yang ketara akan persoalan Iida. Daniel habis menyelak buku cupcakes yang dipinjam oleh Iida. “Ok, buku ini dalam keadaan sempurna. Jadi, engkau akan pulang sekarang, bukan? Jaga diri baik-baik ya. Belajar bersungguh-sungguh, Chow!” ucap Daniel sambil berpaling daripada Iida dan membuka pintu pagar rumah Iida. Sebelum dia pergi, dia berkata sesuatu kepada Iida.
“Sebenarnya, aku masih lagi gemar akan buku, Iida. Aku berkerja di situ sebab aku nak mengumpul ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Pelik, kan? Aku ingat aku ingin membuka sebuah perpustakaan awam yang lebih baik daripada yang ada ini. Perpustakaan yang mengumpulkan beratus ribu buku dan tidak terhad kepada buku sahaja. Perpustakaan di mana semua orang dapat mencari buku yang dicarinya dan meluangkan masa. Sebab itu, sebelum itu aku ingin mengumpul pengalaman sebanyak yang mungkin dan mungkin seperti yang engkau katakan, aku akan menjejakkan kaki ke universiti seperti engkau, mana tahu kan?” Daniel menjelaskan sambil tersenyum dan meninggalkan Iida.
Iida tersenyum mendengar penjelasan yang panjang lebar daripada Daniel. Tidak sangka dia ada impian yang macam itu. Dia pun ada impian. Dan impian dia ialah membuka kedai bakeri yang juga menempatkan pelbagai jenis manisan daripada seluruh dunia dan tidak dilupakan, cupcakes. Dia akan menjadikan impian dia ini sebagai matlamat untuk dia mencapai kejayaan yang sama. Dia percaya.
Setelah Daniel berlalu pergi, Iida mengambil telefon bimbitnya dan menelefon ibunya yang kini berada di tempat kerja.
“Mama, Amna nak pulang sekarang, mama jaga diri ya?” pohon Iida.
“Baiklah, Amna. Jaga diri baik-baik. Belajar bersungguh-sunggu sampai cita-cita Amna tercapai ya?”
“Ya, mama. Amna sudah ada impian tersebut, mama. Dan insya-Allah, Amna akan belajar bersungguh-sungguh untuk mengecapi nya. Mama doakan kejayaan Amna ya?”
“Mama akan sentiasa mendoakan Amna,”
“Terima kasih, mama. Assalamualaikum,”
Iida menutup telefon bimbitnya. Dia kini sedang menunggu teksi sepupu yang dipanggilnya untuk dihantar ke kampus UiTM. Sambil itu, dia sempat memohon doa agar perjalanan dia ini dilindungi. Dan juga berdoa semoga dia dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semester kedua pangajian dia ini.
Dalam beg Iida, dia ada membawa benda yang tidak pernah dia bawa. Ya, buku putih yang tertulis segala cupcakes yang direka leh Iida sepanjang tempoh dua bulan bercuti. Walaupun baru tiga lukisan berjaya dibuat. Dia ingin menyambung di dalam UiTM. Dia tidak mahu menangguhkannya. Dia kini ingin impiannya hidup bersama disampingnya sehinggalah dia dapat merealisasikan impian ini.”
Cupcakes 4 – Norma
Teksi yang dinaiki oleh Iida akhirnya tiba ke destinasinya, kampus UiTMnya. Dia memberi sejumlah wang kepada sepupunya atas kesudiannya menghantarnya pulang ke sana biarpun wang yang diberikan tidak cukup jikalau dikirakan. Dia keluar daripada teksi tersebut dan melihat sekeliling kolejnya.
Iida mencari-cari jikalau terdapat rakanya yang tiba bersama-sama dengannya. Apabila puas melihat sekeliling dan tiada satu pun kelibat yang dikenalinya melainkan pelajar-pelajar lain, dia membuat keputusan untuk terus ke biliknya. Beg bagasi yang besar separuh daripada ketingiannya itu disorong masuk ke dalam kawasan kampus.
Sepuluh minit berjalan menuju ke biliknya, bunyi hingar-bingar semakin menjadi-jadi. Manakan tidak, setelah dua bulan, barulah para pelajar di kolej ini berupaya untuk menjumpai di antara satu sama lain. Sedangkan Iida sendiri tidak bersemuka dengan rakan-rakannya melainkan berbual melalui system pesanan ringkas, apalah lagi mereka yang tinggal jauh luar daripada negeri ini sendiri.
Tombol pintu bilik Iida dipulas perlahan-lahan. Kedengaran suara yang berbaur kegembiraan di dalamnya bercampur dengan teriakkan. Mereka berada di sinikah? Monolog Ida.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusalam. Eh, Iida! Mari, mari, lihat apa yang Yana bawa ini!” kata Syukran sambil menunjukkan barangan yang dipegangnya, tudung. Terdapat banyak tudung berselerakkan di atas lantai berlapikkan tikar menkuang di biliknya yang dikongsi dengan beberapa senior di universiti ini. Oleh itu, selalunya rakan-rakan Iida jarang sekali berkumpul di dalam biliknya. Namun, hari ini mungkin kerana para seniornya masih belum pulang, mereka mengambil keputusan untuk berlepak di sini.
“Wah, lawanya tudung ini? Untuk beli ke ini, Yana?” soal Iida sambil membiarkan beg bagasinya di depan pintu biliknya dan terus duduk di atas lantai untuk melihat tudung-tudung tersebut. Memang tidak dinafikan tudung yang dibawa oleh Yana ini berkualiti. Pelbagai jenis tudung yang dibawa oleh Yana sama ada tudung bawal, tudung sarung, mahupun selendang. Ibunya memang bijak memilih corak yang menjadi pilihan para wanita pada masa ini. Yana pula menjadi penasihat ibunya dalam memilih paten yang digemari oleh para remaja pada masa kini. Usaha mereka tidak sia-sia, perniagaan yang telah lima tahun beroperasi, akhirnya membuahkan hasil dengan mendapat tempat di hati masyarakat.
“Ya, mak saya suruh saya pilih beberapa buah tudung untuk diberikan kepada kalian. Jadi saya pilihlah dan jangan bimbang. Tidak perlu dibayar. Mak saya cakap pemberian ini sebagai tanda pengahargaan kerana… Err, macam mana ya? Sebab jaga saya dengan baik?” Yana berkata dengan ragu-ragu.
“Eh, ada ke kami jaga awak?” Aisyah mencelah. Pada pendapatnya, tidak pernah terfikir untuk melayan setiap daripada rakan-rakannya secara berbahagi. Baginya, setiap insan patut dilayan secara sama rata dan tidak pernah berlebih-lebihan. Kata orang, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
“Ya, ada. Biarpun mak saya tidak nampak, mungkin melihat kepada badan saya yang sudah berisi ini agaknya,” ujar Yana.
“Apalah awak ini, yang itu sebab awak banyak makan di sini!” teriak Syukran. Seluruh rakan-rakan Iida tertawa dengan gurauan Syukran. Untuk dikatakan sedap makanan di kantin sini, tidaklah juga. Mungkin tubuh Yana memang semakin berisi kerana kewujudan restoran-restoran di luar kawasan pengajian yang menjuadahkan hidangan yang sedap.
“Bolehkah saya pilih tudung di antara semua ini?” tanya Iida. Dia rambang mata melihat semua corak-corak pada tudung ini. Jikalau boleh, mahu sahaja dia memiliki semua ini. Namun, dia tidak boleh tamak. Dia perlu memikirkan insan belakangnya juga.
“Ya, pilihlah, tetapi tinggal sikit sahaja sebab yang lain sudah dipilih oleh mereka,” jelas Yana. Iida memandang pada setiap tudung tersebut dan merasa kelembutan setiap tudung tersebut. Akhirnya dia berjaya juga memilih tudung pilihannya. Biarpun bukanlah secantik yang lain, memandang tudung ini sendiri telah memberikannya ketenangan dengan warna pastelnya yang lembut. Dia juga ingin cuba memakai tudung sarung yang kini menjadi kegilaan para wanita tidak kira usia. Dengan rekaan tudung yang telah siap dan tidak perlu memakaikan keronsang, ramai yang menggemarinya kerana mudah. Namun, dia masih belum tersedia. Dia lebih selesa memakai tudung yang memerlukan pin. Pelikkan dia?
Iida cuba melihat kepada wajah Yana untuk menyatakan bahawa dia telah memilih tudung yang dikehendakinya dan ingin mengucapkan terima kasih. Namun, apabila dia memandang wajah Yana, sahabatnya itu mempamerkan raut wajah yang kesedihan. Dirinya tersenyum, tetapi senyuman itu ditafsirkan untuk tidak menunjukkan kegembiraan tetapi kesayuan. Yana memandang lembut kepada tudung yang tinggal. Iida terfikir, adakah dia sebenarnya tidak membenarkan Iida dan rakan-rakannya yang lain memilihnya?
Tiba-tiba Yana tersedar daripada lamunannya tanpa gangguan daripada sesiapa. Dia memandang sekeliling dan ternampak saya sedang merenung ke arahnya.
“Kenapa, Iida? Awak nak itukah?” tanya Yana dengan melemparkan senyuman lari daripada raut kesedihannya tadi.
“Ah, ya! Saya pilih yang ini. Saya tidak perlu bayar ke, Yana?”
“Tidak perlu, Iida. Saya berikannya sebagai hadiah,” jelas Yana.
“Jadi, saya pilih yang ini ya? Terima kasih,” ucap Iida.
“Sama-sama,” jelas Yana seterusnya cuba berbual-bual dengan rakannya yang lain. Mereka kembali bersembang mengenai aktiviti yang dibuatnya sepanjang cuti dua bulan tersebut. Pelbagai warna aktiviti yang dilakukannya. Ada yang mengikuti kelas bahasa untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam berbahasa dan ada juga yang sekadar duduk di rumah dan menolong apa-apa yang patut.
Mereka berbual sehinggalah terdengar bunyi pintu bilik Iida diketuk-ketuk. Para senior telah pulang. Mereka sedang marah kerana mereka tidak dapat memasuki bilik tersebut. Iida tersedar bahawa beg bagasinya telah menghalang para senior tersebut daripada memasuki biliknya. Rakan-rakannya yang lain pantas mengemas barangan yang berselerakan di atas tikar mengkuang. Tudung-tudung itu dilipat baik-baik oleh Yana. Dia berbisik, “Kakak itu mesti tengah marah sebab kita tak bagi mereka masuk. Hehe, tak mengapa, kita beri tudung ini,” Satu bilik itu terdengar ketawa yang perlahan-lahan. Tiba-tiba pintu itu diketuk lagi. Iida memberikan isyarat untuk diam dan buat selamba.
Beg bagasi Iida dialihkan dan pintu itu terus terbuka dan para senior itu memandang tajam kearah setiap junior yang terdapat di dalamnya. Yana berjalan ke depan untuk memohon laluan keluar dari bilik itu sambil menyuakan tudung yang terlipat kemas kepada senior tersebut. Senior tersebut melihat tajam pada tudung tersebut dan mengambilnya sebelum mengarahkan para juniornya keluar. Seorang demi seorang rakan Iida keluar diikuti dengan Iida.
“Hei, awak nak ke mana? Bilik awak di sini,” Iida tersentak. Dia sebenarnya ingin melarikan diri. Pastiya seniornya akan menyuruhnya melakukan kerja-kerja mereka. Dia mengeluh. Bilalah kakak ini nak graduate? Iida mengeluh lagi.
Suasana bilik kuliah tersebut bingit dengan perbualan para pelajar di dalamnya. Iida duduk di bahagian depan kuliah itu. Rakan sekuliahnya, Rohaiza, duduk bersebelahan dengannya. Rohaiza merupakan salah seorang pelajar yang rapat dengannya di dalam kuliah ini. Namun, setakat itu sahajalah. Mereka jarang kelihatan bersama apabila tiada kuliah yang sama, namun jikalau ada mereka akan duduk bersebelahan. Mereka banyak kali bertukar pendapat akan kerja universiti yang diberikan pensyarah mereka bagi memperbaiki kelemahan sendiri. Sementara menunggu ketibaab pensyarah untuk mengajar mereka Matematik, Iida dan Rohaiza berbual sesama sendiri.
Tiba-tiba, suasana bising yang tadi menyelubungi bilik kuliah itu terhent. Kini, bilik kuliah ini menjadi sunyi sehingga bunyi jarum terjatuh boleh didengari. Itu menandakan pensyarah telah tiba di bilik kuliahnya. Para pelajar mula mengemaskan diri dan meja dihadapan mereka. Beg-beg yang diletakkan di atas meja diletakkan di sisi.
Ya, memang betul. Tenaga pengajarnya telah tiba ke dalam bilik kuliah itu. Dengan berpakaian kemeja putih dan berseluar hitam, Encik Mahmud bin Jaafar memulakan perbiacaraan dengan menyuruh para pelajar menghantar assignments yang dimintanya dua bulan lepas. Iida kelihatan tenang membawa keluar assignments yang dimintanya. Alhamdulillah, dia berjaya menyiapkannya dalam waktu yang terdekat ini. Sambil Iida mencari-cari, dia terjumpa akan buku putih yang diisikan dengan lukisan cupcakesnya. Dia terlupa bahawa dia ada membawa pulang buku tersebut bersama-sama dengannya.
Iida merancang untuk menyambung melukis cupcakes pada buku tersebut nanti selepas dia selesai belajar pada petang ini. Iida akhirnya membiarkan sahaja buku tersebut di dalam beg dan bangkit untuk menghantar assignments.
Pembelajaran Iida tamat pada jam 2 petang. Namun, pada waktu tersebut hanya sejam masa diberikan kepada Iida untuk berehat di dalam biliknya sambil menyiapkan apa-apa yang patut. Pada jam 3 petang, aktiviti kokurikulum pula yang harus dihadirinya. Iida yang menjawat jawatan setiausaha bagi Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) memaksanya untuk menghadiri setiap perjumpaan agar dapat menyiapkan laporan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan dia didenda oleh pengerusi persatuan tersebut. Lantas, Iida berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam penglibatannya. Tambahan pula, tanpa keputusan yang baik dalam markah kokurikulum, dia tidak akan dapat duduk di kolej. Dia akan terpaksa mencari tempat tinggal di luar kawasan UiTM. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelakkannya.
Aktiviti Iida tidak hanya terhad pada penglibatan di PBSM sahaja. Pada waktu lain, dia perlu menghadiri Kelab Kesenian dan Kebudayaan dan juga Kelab Bola Jaring. Anehnya, semasa semester pertama, dia tidak menyangka dia sibuk sehingga sebegini. Agaknya apabila semakin lama kita berada di sini, semakin sibukkah kita?
Selesainya setiap aktiviti tersebut, pada waktu malamnya, Iida terpaksa menyiapkan assignments yang diarahkan oleh pensyarah-pensyarah untuk setiap subjeknya. Namun, waktu malam itu tidak cukup kerana dia perlukan masa untuk menggosok baju yang dijemurnya pada waktu petang pula. Kadang-kadang kerana telah terlalu terbiasa, badannya sendiri yang bergerak mengikut irama yang selalu dilakukannya pada tiap-tiap hari. Akhirnya, apabila selesai tugas Iida, pada saat dia terbaring di atas katil dua tingkatnya, matanya terus terlelap sehingga keesokkan harinya.
Rutin ini berjalan setiap semester. Jadi adakah dia akan menjadi sebegini sahaja setiap semester? Tahun baru tidak dapat dirasainya kerana telalu asyik dengan aktiviti universitinya.
Sedar tidak sedar, sebulan telah berlalu. Di bilik kuliah di mana Encik Jaafar bin Mahmud akan masuk. Iida duduk termangu di atas meja. Dia kelihatan termenung sahaja. Rakan-rakannya banyak menegur mengenai badannya yang semakin kurus. Rohaiza yang duduk disebelahnya juga menegur mengenai saiz badannya yang semakin kecut.
Encik Mahmud bin Jaafar masuk ke dalam bilik kuliahnya. Dia akan mengajarnya topik Matematik yang baru dan memohon para pelajar yang ada dihadapannya untuk mengambil nota akan apa-apa yang akan ditulisnya.
Iida menyelongkar begnya untuk mencari kertas kosong untuk menulis nota yang akan diberikan oleh pensyarahnya. Dia terlintas akan buku putih di dalam beg itu. Beg itu kelihatan bersih dan tetap pada kedudukan. Iida telah lupa akan kewujudan buku tersebut. Dia terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti universiti yang banyal sehinggakan dia sendiri terlupa akan kewujudan buku tersebut. Adakah ini bermakna dia hanya sambil lewa sahaja.
Iida berasa sebak apabila mengenangkan dia meninggalkan buku tersebut buat sekian lamanya. Dia memang tidak pernah terfikir akan kewujudan buku tersebut langsung. Dia terlalu sibuk dengan tugas university sehinggakan mengabaikan buku tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan pula impiannya. Impiannya ingin membuka sebuah bakeri di mana tumpuan utamanya ialah penjualan cupcakes yang…
“Iida Amna bte Karim!”
Iida tersentak apabila namanya dipanggil di melihat kehadapan. Kelihatan pensyarahnya sedang memandang ke arahnya dengan pandangan tegar. Dia tersedar bahawa dia leka dengan memikirkan mengenai cupcakes sambil melihat kedalam beg galasnya sehinggakan dia terlupa bahawa dia sekarang berada di dalam bilik kuliah dan pensyarahnya ingin mengajarkan sesuatu.
“Iida Amna bte Karim, kalau you tak nak belajar di dalam bilik ini, boleh keluar sekarang. Saya tidak mahu ada pelajar yang tidak menumpukan perhatian atas apa yang saya nak ajar ini,” tegas Encik Mahmud sambil menyambung pembelajaran di dalam bilik kuliah tersebut.
Sejurus selesai mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya, Rohaiza. Iida kembali semula ke biliknya. Pada pemikirannya, dia tekad untuk membuka buku putih yang telah ditinggalkan buat satu jangka masa yang lama.
Sampainya Iida di biliknya, dia menangguhkan segala perancangannya untuk mandi. Dia terus duduk diatas katilnya dan membawa keluar buku putihnya. Buku itu sudah kelihatan kekuningan kerana selalu berada di dalam begnya. Iida membuka helaian pertama buku tersebut dan meneruskannya sehingga tiada apa-apa contengan pada buku tersebut.
Setakat sebulan ini hanya tiga paten cupcakes yang berjaya dilukisnya. Malah dia sendiri telah tidak membuat cupcakes selama sebulan lamanya. Malah impiannya hanya terkubur sahaja pada pemikirannya tanpa langsung tiada bibit-bibit permulaan.
“Minta maaf,” hanya itu sahaja ucapan yang mampu diucapkan oleh Iida apabila melihatkan impiannya itu seumpama sesatu yang sukar untuk dilaksanakan.
Iida terus menutup buku tersebut dan menyimpannya di dalam beg. Dia segera bersiap sedia untuk menghadiri perjumpaan PBSMnya.
Dalam perjumpaan itu, Iida duduk di hadapan melihat kepada wajah-wajah ahli persatuan yang hadir. Setiap kali perjumpaan mereka perlu berpakaian lengkap dan Iida perlu menulis nama-nama mereka yang gagal untuk berpakaian lengkap. Namun, pada hari itu, Iida kelihatan tidak bermaya. Pengerusi sedar akan tindakan Iida lantas dia bermuka dengan Iida selesainya aktiviti perjumpaan pada hari itu.
“Awak ada salin apa-apa aktiviti yang telah dilakukan pada hari ini?” pengerusi itu menanyakan Iida. Pengerusi tersebut bernama Mohamad Haikal bin Mohamad Jailani dan merupakan mahasiswa dalam pengajian di fakulti Sains Gunaan. Dia merupakan seorang yang berkepimpinan dan menjadi idaman setiap pelajar untuk bekerja disampingnya. Iida merupakan salah seorang yang bertuah tetapi dia tidak terlalu memikirkannya.
Iida melihat pengerusi tersebut dan melihat semula pada kertas laporan yang direka formatnya dan digunakan semenjak lima tahun dahulu. Kosong.
“Oh, minta maaf, tuan pengerusi! Saya terlupa untuk mencatat apa-apa yang berlaku tadi…,” jelas Iida. Dia terlalu leka dengan masalahnya sendiri seperti tiada insan lain yang mempunyai masalah sebagaimana yang dihadapinya.
“Saya faham keadaan awak. Mungkin awak terlalu sibuk menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan. Malah, sebenarnya salah seorang daripada rakan awak, Syukran, datang berjumpa dengan saya memohon agar awak diberikan pelepasan. Jikalau difikirkan memang betul memandangkan awak sendiri semakin kurus,”
Rakan? Iida terfikir seketika. Tidak pernah dia terlintas dalam pemikirannya rakannya bimbang akan dia sehinggakan sanggup bersemuka dengan pengerusi ini sendiri. Perasaan terkejut yang dialaminya tadi bertukar menjadi sayu. Dia tidak sedar yang rakannya prihatin akannya.
“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak menyangka ybahawa kawan saya akan bersemuka dengan tuan,”
“Tidak mengapa. Mungkin salah saya juga kerana saya langsung tidak menyedari akan betapa awak melaksanankan tugas ini dengan baik sehinggakan mengabaikan diri awak. Malah saya tidak pernah terfikir untuk membuat jawatan naib setiausaha kerana saya sangkakan awak seorang yang melaksanakan tugas ini sudah memadai dan saya memang tidak sangka yang kita akan jadi sesibuk sebegini,”
“Oleh itu, saya akan membuka jawatan naib setiausaha pada perjumpaan akan datang. Dan saya berharap awak akan ambil kesempatan ini untuk meringankan beban awak. Namun, awak perlu bimbing bakal naib setiausaha nanti agar dia dapat melaksanakan tugas dengan cekap,”
“Tuan… Terima kasih, tuan pengerusi. Saya amat menghargai jasa baik tuan. Insya-Allah, selesainya sesi pemilihan nanti, saya akan membimbing mahasiswa tersebut untuk melaksanakan tugas sebaik yang mungkin,”
“Baiklah, dan jangan lupa untuk menjaga diri awak. Jikalau awak sibuk, tidak mengapa jikalau awak menyuruh naib setiausaha sahaja yang menjalankan tugas pada minggu-minggu tertentu. Boleh kira kita cari apprentice,”
Iida pulang ke biliknya pada petang itu dengan perasaan lega. Dia sendiri tidak menyangka bahawa sahabatnya sedar akan kesihatan dirinya kerana terlalu sibuk dengan aktiviti persatuan. Dia pun tidak pernah terlintas untuk berlaku aktif dalam setiap aktiviti yang diadakan. Tiba-tiba, Iida terasa seperti ingin berjumpa dengan mereka dan mohon terim kasih dan minta maaf akan keprihatinan mereka.
Iida berehat di dalam biliknya sementara menunggu solat Asar. Dia terlihat akan tudung pastel pemberian kawannya Yana. Baru dia sedar yang dia sendiri tidak lagi memakai tudung tersebut. Kebanyakkan tudung yang kerap dipakainya kelihatan lasam. Dia bercadang untuk memakai tudung tersebut pada keesokan harinya. Atau pun hari ini?
Selesai solat Asar, Iida memaki tudung yang diberikan oleh Yana dan bercadang untuk bertemu dengan mereka. Jikalau selama ini, mereka kerap juga bertemu untuk berlepak-lepak, tetapi kini dia ingin bertemu untuk mengucapkan terima kasih. Terutamanya kepada Syukran. Dahulu, dia memang pernah terfikir untuk mencadangkan akan diwujudkan jawatan Naib setiausaha tetapi Iida bimbang akan disalah anggap sebagai malas untuk mengahadiri perjumpaan PBSM. Walaupun Syukran berada di persatuan lain, dia tetap mengambil berat akan dirinya. Jadi, dia patut mengucapkan terima kasih.
Iida menuruni tangga di tingkat bilikya untuk menuju ke bilik kawannya Syukran. Dia berkongsi bilik dengan Aisyah. Oleh itu, kebanyakan masa, apabila terserempak dengan SYukran pasti bersebelahan dengannya ialah Aisyah.
Iida megetuk pintu bilik rakanya, Syukran.
“Assalamualaikum, Syukran? Ini Iida. Saya nak berkata sesuatu dengan awak,”
“Assalamualaikum… Syukran? Aisyah?”
“Ya, Iida. Minta maaf. Sebentar,” teriak Syukran. Kedengaran bunyi tombol pintu dipulas.
“Kenapa Iida?” jelas Syukran.
“Boleh saya masuk?” tanya Iida.
Syukran kelihatan seperti dia dapat menganggak akan apa-apa yang ingin dikatakan oleh Iida. “Boleh, masuklah,”
Iida berjalan masuk kedalam bilik Syukran. Aisyah kelihatan tidak berada di sini dan tinggal Syukran berseorangan di dalam bilik ini. Bilik ini sungguh kemas berbanding dengan bilik Iida yang dikongsi dengan senior. Berlainan dengan Iida, Syukran duduk di dalam bilik dengan junior yang sebaya dengannya.
“Syukran, saya rasa awak mesti dah tahu, bukan?” Iida memulakan perbicaraan, “ Saya sebenarnya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi bersemuka dengan Abang Haikal tempoh hari kerana keadaan saya yang susut ini. Jadi awak nak saya berisi ya?”
“Eh, mana ada! Saya cuba bimbangkan awak. Aisyah dan Yana pun cakap macam itu. Tak suka ke?”
“Tidak, saya amat menghargainya dan saya akan berterima kasih. Saya tidak sangka yang awak sedar akan keadaaan diri saya ini,”
“Iida, awak seperti tiada kehidupan sebagi seorang remaja. Kita baru 19 tahun. 19 tahun. Banyak lagi perkara yang belum kita buat. Tidak bolehlah awak lepaskan peluang ini. Bukannya saya tidak mahu awak aktif, tetapi secara bersederhanalah. Saya lihat awak terlalu serius,”
“Ya, saya tahu dan saya baru sedar sekarang. Sebab itulah saya berterima kasih dengan awak. Malah benda saya nak buat, memang ada tetapi cuba tiada kesempatan…,”
“Benda awak nak buat? Ada ya?”
“Em, ada. Tetapi menakjubkanlah awak mampu bersemuka dengan Abang Haikal macam itu. Orang lain macam takut sahaja. Saa sendiri pun,”
“Ha, ha. Itu… Adalah rahsianya…,” ujar Syukran dengan pandang nakal. Iida sedar akan pandangan itu.
“Oh, awak Abang Haikal punya… Dia kan tua umur pun sudah 21 tahun!”
“Entah,” Syukran jawab ringkas menandakan dia tidak mahu meneruskan perbualan tersebut. Malu!
“Ha, ha. Oklah. Saya mendoakan awak berbahagialah… Apa pun, terima kasih ya? Apa-apa boleh saya buat untuk balas jasa awak?”
“Abang Haikal itu abang angkat sahaja…,”
“Ya, ya. Awak nak kirim apa-apa kepada kita tidak?”
“Oh, apa-apalah. Sweets ke,” Syukran jawab.
“Ok, saya nak pergi main bola jaring ini. Jumpa awak bila senang,”
“Jumpa awak bila senang,”
“Assalamualaikum,”
Iida keluar daripada bilik Syukran untuk menuju ke padang sukan di mana aktiviti bolaj jaring akan diadakan. Di hatinya, dia berasa amat gembira.
Pada malam itu, seniornya di dalam bilik tidur nyenyak. Pasti mereka letih memandangkan ini adalah semester terakhir mereka. Barang-barang telah siap dikemas menandakan mereka akan keluar dari bilik ini. Iida memandang ke atas dengan senyuman.
“Yeah, lepas ini tiada lagi kakak-kakak buli,” Iida bermonolog dalaman takut didengari seniornya.
Iida kini sedang memandang buku putih yang telah ditinggalkannya lama. Tadi dia telah berterima kasih kepada Syukran yang juga merupakan adik angkat Abang Haikal. Iida baru sedar, kesibukan yang dialaminya ialah sesuatu perkara yang berlau di bawah sedar dia. Dia tidak sedar kesibukannya ini menyebabkan rakan-rakannya bimbang akan dirinya. Mereka kini umpama keluarga dia sendiri. Saling mengambil berat.
“Keluarga?”
Tiba-tiba Iida terfikir mengenai keluarganya. Telah lama dia tidak mendengar khabar akan keluarganya. Bagaimanakah ibunya? Adiknya? Arwah? Iida terdiam. Sudah berapa lama juga dia terlupa untuk menyedekahkan al-Fatihah terhadap arwah yang disayanginya?
Betapa kesibukannya di universiti melalaikan dirinya daripada mengingati keluarganya yang tersayang.
Tanpa membuang masa, Iida mengambil telefon bimbitnya yang hampir kehabisan bateri dan mendail nombor telefon ibunya. Sementara itu, dia bangkit daripada katilnya menuju ke luar bilik bagi mengelakkan daripada mengejutkan seniornya.
Setelah beberapa ketika, kedengaran suara seorang wanita menanyakan gerangan yang menelefonnya.
“Assalamualaikum, siapa ini?” suara wanita itu kelihatan masih cergas walaupun telah waktu tengah malam.
“Waalaikumussalam, ma, ini Amna,” kata Iida sambil bersandar pada tiang koridor.
“Oh, Amna! Kenapa?”
“Er, Amna nak mohon maaf kerana selama sebulan ini, Amna langsung tidak menelefon mama,”
“Tidak mengapa. Kadang-kadang Mama bimbang juga kenapa Amna tidak menelefon selama sebulan ini macam adik Amna. Namun, mama berpegang pada pepatah Inggeris, No news is a good news. Mungkin Amna sibuk dengan aktiviti di sana, jadi Mama tidak boleh buat apa. Mama harap Amna dapat buat yang terbaik, ya?”
“Mama…,” sangkaan Iida meleset. Dia menyangkakan ibunya akan memarahinya kerana tidak menelefonnya selama sebulan lamanya, tetapi ibunya tetap seorang yang lembut hatinya dan cekal sebagaimana cekalnya ibu semasa menghadapi kematian arwah bapa dan adiknya, Ika.
“Terima kasih, Mama. Insya-Allah, Amna akan buat yang terbaik dan membawa pulang diploma dengan cemerlang,” kata Iida.
“Baiklah, sudah. Pergi tidur nanti macam mana Amna nak bangun esok?” kata ibunya.
“Faham, mama. Amna pergi sekarang, jaga diri,”
“Amna pun,”
Iida menekan butang untuk membatalkan panggilan yang dibuat. Perasaan bersalah tetap menyelubungi dirinya meskipun dia telah pun menelefon ibunya bagi menanyakan khabar. Dia berharap selepas ini, dia akan kerap menelefon ibunya selalu.
Semasa di semester pertama, mungkin kerana ia semester pertama, kesusahan yang dialami tidak seteruk yang dialaminya sekarang. Agaknya beginilah rutinnya selama dua tahun lagi di sini. Dia berharap dia dapat berpegang pada janji ibunya untuk membawa pulang segulung diploma dengan cemerlang. Dua tahun ialah suatu tempoh yang lama dan dia berharap agar dapat mengasah dirinya untuk menjadi cemerlang.
Cupcakes 5 – Support
Setelah sebulan daripada peristiwa tersebut. Iida kini kelihatan lapang dan lega. Dia tidak perlu lagi bergesa-gesa untuk menghadiri aktiviti-aktiviti persatuan yang dianjurkan. Adakalanya juga, dia hanya menghadirkan diri dalam perjumpaan tetapi tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang dibincangkan. Menjadi pendengar nescaya lebih baik daripada menjadi seorang yang perlu berkata-kata kerana kata-kata ialah kepercayaan manusia. Apabila kita tidak mampu melaksanakan apa-apa yang telah kita ucapkan apalah yang ada kepada manusia. Pada saat kita menyesal kerana tidak mampu melaksanakan janji yang termeterai, tiada gunanya untuk kita menyesal. Kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Selain itu, Iida kini juga mempunyai masa yang lebih banyak untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Kini, mereka sering menyiapkan kerja-kerja universiti yang diberi bersama-sama berbanding dengan dulu, perjumpaan mereka sering tidak lengkap kerana Iida sering kali gagal untuk menghadirkan diri. Kini, jarang sekali mereka gagal untuk bersemuka bersama-sama.
Pada petang itu, usainya menunaikan solat Asar. Iida menyiapkan dirinya untuk berjumpa dengan rakan-rakannya di pondok wakaf yang telah dijanjikan. Dia tidak lupa juga untuk membawa buku-buku yang perlu digunakan untuk menyiapkan kerja-kerja universiti dia. Biarpun dia dan rakan-rakan adalah daripada bidang pengajian yang berbeza, mereka sering kali cuba mebgambil tahu mengenai bidang pengajian di antara satu sama lain. Ia merupakan sesuatu yang unik kerana biarpun berlainan pengajian, tetapi masing-masing mempunyai masa depan yang tersendiri kepada para pelajarnya.
Selesai menyiapkan perkara yang perlu disiapkan, tanpa membuang masa, Iida mula keluar daripada biliknya. Dia berjalan turun daripada bloknya untuk berjumpa dengan rakan-rakannya yang juga di dalam kawasan yang sama. Apabila dia hampir ke tempat di mana dia berjanji dengan rakan-rakannya untuk berjumpa, Iida kedengaran suara para pelajar sedang berbual. Ia pastinya rakannya telah sampai dahulu daripadanya biarpun mereka berjanji untuk bersemuka pada pukul 5 petang sedangkan sekarang baru pukul 4.50 petang.
“Assalamualaikum, kalian,” tegur Iida apabila melihatkan Aisyah dan Syukran sibuk bersembang di antara satu sama lain. Masakan tidak mereka berdua tiba awal, mereka tinggal di bilik yang sama, Oleh itu, setiap rancangan yang dibuat, mereka pasti akan tiba bersama-sama dahulu. Nampaknya Yana masih belum juga tiba.
“Waalaikumusalam, Iida. Awalnya awak sampai. Selaunya awak lewat sikit daripada masa yang ditetapkan,” ujar Aisyah. Dia sedang memegang pensil mekanikal untuk melakar sesuatu litar elektrik. Dia hampir lupa maksud apa-apa symbol yang dilukisnya.
“Alhamdulillah, hari ini perancangan semuanya lancar jadi datang awallah sedikit. Lagipun, kakak senior tak ada di bilik jadi tiadalah apa-apa kerja tambahan yang perlu dibuat,”
“Eh, tak sangka ada lagi senior yang bersikap suka buli-membuli ini ya?” kata Syukran. Dia pula sedang membaca sebuah novel bahasa Inggeris. Mungkin dia tiada buku kerja untuk dibuat dan dia memang suka akan membaca novel terutamanya yang berbahasa Inggeris.
“Ya, dan saya adalah salah seorangnya,” jelas Iida sambil mengambil tempat duduknya bersebelahan dengan Syukran. Dia mula membawa keluar segala buku-buku yang dikemasnya. Dia merancang untuk menyelesaikan soalan Matematik yang diberikan oleh pensyarahnya itu. Jikalau tidak siap, memang tidak dapat dijangka apakah denda yang akan diberikan.
“Amboi, banyaknya buku!” kata Syukran melihat Iida membawa keluar pelbagai jenis buku keluar dari begnya sama ada yang bersaiz besar ataupun kecil.
“Ha, ha. Nak siapkan soalan Matematik ini. Sungguh rumit. Nasib baik di perpustakaan ada banyak buku rujukan. Bolehlah pinjam sedikit. Soalan ini berlainan sikit dengan yang kita belajar di sekolah dulu,” jelas Iida. Selepas dia berjaya membawa keluar semua buku, dia membawa keluar pula kertas kajang untuk menulis jawapan. Kotak pensil kainnya yang berwarna hitam dibawa keluar untuk mengambil pen di dalamnya.
“Hari ini Yana datang lambat sedikit ya?” kata Aisyah. Syukran dan Iida saling berpandangan. Jam menunjukkan 5.15 petang. Memang benar, dia sedikit lewat. Biarpun Iida sendiri, dia hanya terlewatkan sehingga 10 minit sahaja. Tidak pun, dia akan terus tidak datang. Pada keesokannya, dia akan bersemuka dengan rakan-rakannya untuk memohon maaf kerana tidak dapat datang.
“Mungkin dia sibuk jadi tidak jadi?” tanya Iida dengan mengambil kira dirinya dalam keadaan yang sama seperti Yana.
“Hm…,” Aisyah berdiam diri tidak tahu untuk berkata apa. Berlainan dengan Iida, Yana jarang sekali tidak hadir ke perjumpaan mereka.
Iida melihat rakan-rakannya buntu untuk menjawab. Lantas, dia juga mengambil langkah untuk berdiam diri juga. Dia menulis pada kertas kajangnya beberapa jalan penyelesaian tetapi tidak betul. Penyelesaian yang dilakukan tadi terus dipangkah dan ditulis yang baru. Aisyah pula meneruskan lakaran litar elektriknya. Kadang kala, diambilnya pemadam untuk membetulkan kesilapan yang sipi-sipi sahaja. Syukran pula meneruskan pembacaan novel Inggerisnya. Pada masa yang tertentu, Syukran tertawa perlahan-lahan sehingga Iida dan Aisyah sedar akan perlakuannya. Mereka kemudian sama-sama tersengih melihat Syukran yang begitu. Jarang sekali dia ternampak pembaca yang dapat menjiwai ke dalam novel yang dibacanya.
Selang beberapa ketika, pada pukul 5.45 petang, Iida, Syukran dan Aisyah terdengar bunyi tapak kaki yang sedang berlari ke arah mereka. Mereka bertiga melihat ke arah insan yang sedang menujui mereka. Kelihatan Yana berlari-lari anak ke arah mereka. Mukanya sedikit merah mungkin kerana berlari. Dia menjinjing beg galasnya.
“Kalian, minta maaf. Saya terlewat sangat. Ada hal sedikit,” jelas Yana.
“Yana, kalau awak ada masalah tidak mengapa kalau tidak datang. Rasa macam kami ini menganggu perancangan awak yang sedia ada pula,” kata Syukran.
“Tidak… Tidak mengapa. Minta maaf. Saya pun ada kerja yang perlu disiapkan. Kalau tak buat sekarang, bila lagi?” kata Yana yang masih tercungap-cungap.
“Tidak mengapalah. Marilah duduk. Kasihan awak kelihatan macam tergesa-gesa datang ke sini,” balas Aisyah pula sambil menunjukkan tempat duduk Yana yang juga bersebelahan dengan Iida.
“Ya, terima kasih dan minta maaf. Ibu saya panggil tadi. Bersembang sampai terlupa dah terlambat. Ha, ha, ha…,” kata Yana sambil melabuhkan punggungnya pada kerusi yang tersedia.
“Ada apa-apa ke Yana?” kini tiba giliran Iida pula. Dari tadi, dia hanya mendiamkan diri melihat Yana. Tiba-tiba dia teringatkan ekspresi wajah Yana pada awal semester kedua yang dahulu. Adakah ini berkaitan dengan masa itu?
“Tidak, tidak ada apa-apa. Cuma mak saya telefon untuk menanyakan khabar saya sahaja,” kata Yana sambil memandang kanan. Tiba-tiba Iida ada teringat. Dia ada melihat suatu rancangan di televisyen yang menyatakan apabila seseorang itu memalsukan maklumat yang ingin disampaikan, dia akan melihat ke arah kanan. Apakah yang dilakukan oleh Yana tadi benar atau hanya kesilapan Iida?
“OK,” Iida menjawab ringkas akan jawapan Yana itu. Rasa sangsi mula timbul tetapi dibuangnya jauh-jauh. Dia berhasrat untuk mempercayai Yana kerana dia merupakan salah seorang rakan karibnya.
Masing-masing meneruskan kerja mereka. Sesekali mereka akan berbual bagi menghilangkan kebosanan yang timbul kerana membuat kerja mereka. Yana juga telah kembali sperti biasa. Dia telah mampu tersenyum melihat kami berbual-bual. Malah sesekali akan disampuknya. Namun, kebanyakan masa dia masih mengekalkan kebisuannya,
Setelah satu jam setengah mereka duduk di pondok wakaf itu. Mereka berpakat ingin menghentikan perjumpaan mereka pada hari itu. Mereka perlu pulang ke bilik masing-masing untuk menyiapkan diri sebelum makan malam. Mereka juga perlu bertindak awal bagi mengelakkan diri daripada perlu beratur untuk mandi.
Masing-masing mengucapkan salam di antara satu sama lain sebelum beredar ke bilik masing-masing. Iida dan Yana masih bersama-sama tetapi Aisyah dan Syukran hilang ke bilik mereka. Pada kesempatan itu, Iida bercadang untuk menanyakan Yana akan perkara yang sebenar sama ada dia ada masalah ataupun tidak. Biarpun dia bukanlah seorang yang bijak untuk menyelsaikan masalah yang ada. Namun, dia berharap apabila mendengar masalah Yana dia boleh menenangkan fikirannya walaupun sedikit.
“Yana, boleh tak saya tanya sesuatu?” tanya Iida. “Saya lihat awak seperti ada masalah. Kalau awak ada masalah, beritahulah kami. Mngkin kami akan dapat menolong awak,”
“Oh, tidak, Iida. Saya tidak ada apa-apa… Be… Betul…,” kata Yana, dia seperti sukar untuk membenarkan kata-katanya tersebut.
Iida terfikir, patutkah dia memaksa Yana untuk menjelaskan keadaannya yang sebenar? Namun, dia takut, apabila dia memaksa Yana, ia akan merenggangkan hubungan diantara mereka berdua.
Akhirnya, Iida dan Yana tiba di sesuatu tempat di mana mereka akan berpisah untuk menuju ke bilik masing-masing.
“Baiklah, kalau awak tiada masalah, tidak mengapalah tetapi jikalau awak betul ada masalah, jangan ragu-ragu untuk memberitahu kepada kami. Kami ini bukanlah kaunselor yang hebat, tetapi kalau sebagai seorang kawan, saya akan melakukan yang terbaik,” kata Iida. Rasa kekok pula apabila dia berkata sebegini. Selalunya, hanya drama yang menggunakan kata-kata yang sebegini.
“Terima kasih, Iida. Saya amat menghargainya,” kata Yana. Akhirnya, masing-masing mengucapkan salam dan berpisah menuju ke bilik masing-masing. Mereka akan bertemu kembali di dewan makan. Namun, sukar untuk mereka bersama-sama kerana dewan makan itu sentiada dipenuhi dengan para pelajar dan jarang sekali ada empat tempat duduk kosong untuk mereka secara serentak.
Pada waktu malam itu, setelah selesai menelefon ibunya menanyakan khabar, Iida kembali memikirkan mengenai Yana. Sungguh, dai kelihatan seperti mempunyai masalah. Namun, dia tidak tahu apakah yang patut dilakukan. Esok ialah hari Jumaat yang bermaksud kelasnya akan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.
Jikalau diingatkan, telah lama dia tidak memasak cupcakes. Rakan-rakannya sendiri tidak tahu bahawa dia minat pada cupcakes. Menjadi impiannya umtu membawa kata-kata arwah adiknya, Ika kepada sesuatu yang nyata, iatu membuka sebuah kedai bakeri. Dia berhasrat untuk memberikan cupcakes kepada rakan-rakannya. Dia ingin mendengar pandangan rakan-rakannya mengenai cupcakes yang dimasaknya. Dia berharap sebarang pendapat yang akan diterimanya dapat membaiki segala kelemahan yang sedia ada.
Namun, hanya satu masalah yang dihadapi olehnya. Di manakah patut dia memasak cupcakes tersebut? Iida berfikir seketika. Jikalau untuk pulang ke rumah, dia mungkin akan mengambil masa yang lama. Untuk beli yang baru pula mustahil kerana pasti ia memakan wang yang besar. Kantin? Guna kantin punya? Kantin ada ke ketuhar untuk membakar cupcakes ini? Mungkin dia patut bertanya pada keesokannya.
Seperti yang difikirkan, keesoakannya, Iida menuju ke kantin pada waktu awal pagi. Para pelajar masih lagi belum turun untuk bersarapan. Melihat pada jamnya yang baru menunjukkan 6.30 pagi, semestinya tiada pelajar yang turun sekarang ini. Iida mengambil kesempatan ini untuk memohon izin untuk menggunakan ketuhar mereka. Perasaan malu menyelubungi dirinya tetapi dia nekad untuk membakar cupcakes. Biarlah insan lain mengatakan bahawa dia mementingkan diri tetapi dia memang inginkan membuat cupcakes.
Iida menuju ke kaunter kantin untuk bertemu dengan tuanya. Mereka kelihatan sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk para pelajarnya yang bakal tiba dalam beberapa minit lagi.
“Adik, adik nak beli apa?” tanya seorang pekerja wanita itu.
“Saya nak tanya di sini ada ketuhar tidak?” tanya Iida. Sebenarnya dia gugup untuk menanyakan soalan ini. Dia berharap ada.
“Ketuhar? Pastilah ada. Macam mana kami nak masak sebahagian makanan di sini kalau tiada ketuhar?” balas pekerja wanita itu.
“Saya sebenarnya ingin memohon kebenaran cik untuk guna ketuhar itu, boleh tidak?”
“Em, saya tidak tahulah adik. Kena tanya bos dahulu. Adik duduk sini sebentar ya? Kakak tanya mereka sekejap,”
Iida menantikan kakak itu untuk pergi menanyalan akan permohonannya. Iida memohon agar dia diizinkan untuk menggunakan ketuhar. Pelikkah apabila seseorang pelajar tiba-tiba ingin menggunakan ketuhar? Dia menunggu lamanya di kaunter itu sehinggalan para pelajar mula membanjiri dewan makan. Iida mengambil tempatnya di kaunter bagi mengelakkan dirinya daripada tidak dapat mengambil tempat di kaunter. Pasti dia perlu berebut nanti.
Setelah beberapa minit, pekerja wanita itu memunculkan diri. Dia sedang mencari-cari Iida yang telah bertukar tempat. Iida cuba mengambil pekerja wanita itu tetapi dia sendiri telah ternampak akan dirinya lalu menuju ke arahnya.
“Boleh adik. Bos kami beri tetapi sejam sahaja adik boleh guna iaitu pukul 1.00 sehingga 2.00 kerana masa itu tidak ada pekerja lelaki di sini. Mereka pergi menunaikan solat Jumaat.
Iida tersenyum secara tidak sengaja, “Jadi saya boleh gunalah?” tanya Iida. Pekerja wanita itu hanya mengangguk kepalanya. Serta merta Iida mengucapkan terima kasih kepada pekerja wanita tersebut sambil membayar untuk makanan yang diambilnya untuk sarapan pagi dan beredar daripada kaunter. Kelihatan dewan makan telah penuh dengan para pelajar. Iida terpaksa makan diluar di atas tangga.
Dia berhasrat untuk menuju ke kedai borong bakeri yang ada di luar kawasan UiTMnya. Sepatutnya tidak jauh tempat itu. Dia pernah nampak kedai tersebut semasa ronda dengan ibunya pada hari pertama dia tiba di sini. Agaknya kedai itu masih dibuka atau tidak?
Selesainya pembelajaran pada pukul 12.30 tengah hari itu, Iida terus beredar keluar daripada bilik kuliah untu menuju kedai tersebut.
Kedai yang ditujui Iida ini penuh dengan kelengkapan untuk memasak manisan yang menggunakan ketuhar seperti kek, biskut, dan semestinya cupcakes. Bahan-bahan di sini meskipun ditawarkan dengan harga yang sedikit mahal, amat berbaloi untuk dibeli kerana kualitinya. Malah sebenarnya jikalau kita ke kedai runcit ataupun pasar raya yang lain, harganya lebih mahal daripada di sini. Hal ini kerana, kebanyakan kedai borong membeli sesuatu secara pukal, oleh itu, harga yang ditawarkan juga dapat dikurangkan.
Iida mengambil bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat cupcakes, dia tidak boleh membuang masa dengan melihat keseluruhan kedai ini kerana ditakuti dia tidak aka nada masa untuk masak pula. Tepung gandum, gula kastor, mentega, esen vanila, telur, gula icing dan cawan cupcakes tidak lupa untuk dibeli. Agaknya di sana ada mangkuk untuk letak adunan ini? Iida terfikir, patutkah dia membeli mangkuk dan juga barangan untuk meletak semua ini? Patutkah dia pinjam mereka punya? Adakah dia dibenarkan?
Selesai membayar atas apa-apa yang dibelinya, Iida segera pulang ke kantin UiTM. Tibanya di sana dimulakan dengan pertanyaan sama ada boleh menggunakan atau tidak barangan tersebut.
“Boleh, tidak mengapa. Cuma jaganya dengan baik-baik,” kata salah seorang pekerja tersebut. Iida mengucap syukur kerana dia dibenarkan untuk menggunakan barangan yang ada tetapi tanggungjawab barangan tersebut berada di tangannya. Ia bermaksud dia bertanggungjawab untuk menjaga barangan tersebut, dia perlu mengunakannya dengan berhati-hati dan membasuhnya apabila selesai digunakan. Iida bercadang untuk tidak menggunakan mesin pemutar. Cukuplah setakat dia menggunakan ketuhar. Malu untuk meminta yang lain. Dia juga tidak boleh terlebih-lebih. Dia perlu menghormati kantin ini.
Iida memulakan kerjanya dengan mengukur bahan-bahan. Sekali lagi, Iida terpaksa mengunakan ukuran cawan untuk membuat cupcakes tersebut. Nampaknya, dia perlu main teka akan ukuran cupcakes.
Resipi Cupcakes
2 1/4 cawan tepung gandum
• 1 1/3 cawan gula kastor
• 3 sudu kecil tepung naik sendiri (tidak beli!)
• 1/2 cawan mentega
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2 biji telur ayam
“Hm, betul ke tidak ini?” tanya Iida. Namun pertanyaan itu biarpun dijawab tidak berguna kerana Iida telah selesai membuat adunan tersebut. Tinggal dia perlu memasukkannya ke dalam cawan kek yang dibeli sahaja.
Iida memasukkan adunan itu ke dalam kek cawan sehingga habis lalu memasukkannya ke dalam ketuhar untuk dimasak pada suhu 350’c selama lebih kurang 30 minit ataupun sehingga masak.
Sementara menuggu cupcakes tersebut masak, Iida membasuh segala barangan yang telah dia gunakan. Dia tidak mahu biadap terhadap pemilik kantin ini. Sudahlah membenarkan dia menggunakan ketuhar ini, tidak mahu pula basuh? Tidak boleh, tidak boleh.
Usai membasuh barangan tersebut, Iida kembali melihat pada cupcakes yang dimasaknya.
“Oh, tidak!” Iida menjerit.
Cupcakes yang dimasak oleh Iida terkembang secara berlebihan. Cupcakes tersebut ternaik melebihi ketinggian yang sepatutnya. Namun begitu, rupa cupcakes yang dimasak masih elok.
Apabila ketinggian cupcakes tersebut berlebihan, Iida tidak mampu membuat icing. Nampak cupcakes perlu dimakan kosong sahaja, Memang boleh untuk biat icing, tetapi itu bermakna dia perlu memotong kek yang keluar daripada kedudukan itu.
Selesai cupcakes itu dimasak, Iida membawa keluar cupcakes tersbeut daripada ketuhar. Nampaknya dia tidak mempunyai rezeki untuk meletakkan campuran gula icing dan putih telur di atasnya.
Selesai mengemas apa-apa yang patut, termasuklah memasukkan cupcakes yang dibakat oleh Iida ke dalam beg kertas yang telah khas disediakan, Iida mengucapkan terima kasih kepada pemilik kantin tersebut. Dia sempat menyuakan wang yang termampu baginya bagi membalas jasa mereka namun ditolak oleh pemilik tersebut.
“Jikalau terhutang budi, datanglah menikmati juadah kami selalu selepas ini,” kata pemilik kantin tersebut. Pekerja wanita yang menolong Iida itu hanya tersenyum apabila mendengarnya. Iida memang terasa terhutang budi kepda mereka dan dia berharap dia dapat berbuat demikian pada masa akan datang.
Iida beredar daripada kantin tersebut menuju ke kawasan dorm para pelajar. Sementara Iida sedang berjalan, dia ternampak akan kelibat seseorang yang dia kenali.
“Nampak seperti Yana…,” monolog Iida. Dia dapat mengecamnya kerana dia duduk di t\pondok wakaf, iaitu tempat mereka selalu berkumpul untuk belajar bersama-sama bagi mengeratkan ukhuwah sesame mereka. Dan hanya mereka sahaja rajin berkumpul di sana. Jarang ada pelajar lain yang akan berlepak di sana. Tambahan pula, tubuh Yana memang senang untuk dikenal pasti.
Iida menuju ke arah Yana yang sedang mendongakkan kepalanya melihat ke langit. Langit kelihatan biru bersama-sama dengan awan seperti berarak sama-sama. Yana hanya melihat pemandangan tersebut tanpa tergerak tubuhnya seumpama dia kini berada di dunia lain. Dunia pemikirannya.
“Yana?” Iida bersuara bagi memastikan sama ada benar atau tidak tekaannya. Tiada jawapan. Yana kelihatan leka melihat langit. Iida melangkah kehadapan bagi memastikannya sendiri. Memang benar, ia yana. Apakah yang dia lakukan di sini?
Iida melangkah ke hadapan lagi. Pada saat itu, barulah Yana sedar bahawa Iida berada disebelahnya. Dia sedikit tersentak dan hanya mampu tersenyum sejurus kemudian.
“Nak duduk sebelah awak boleh?” Iida bertanya kepada Yana.
“Silakan Cik Iida Amna bte Karim,” ujar Yana. Iida hana tersengih mendengar kata-kata Yana itu. Jarang sekali dia mampu bergurau memandangkan dia sering kali membisu apabila kami bersama-sama.
“Bau apa itu, Iida? Bau wangi,” tanya Yana. Iida terlupa seketika yang dia baru sahaja memasak cupcakes dan dia bercadang ingin memberinya kepada rakan-rakannya.
“Oh, ini ialah cupcakes! Saya baru buat tadi. Saya buat untuk kalianlah,” jelas Iida sambil membuka beg kertas itu dan mengambil salah satu cupcakes yang ada dan menyuakan kepada Yana. “Nah, ambillah! Saya buat banyak cukup untuk kita berempat,”
“Terima kasih,” kata Yana. Dia mengambil cupcakes tersebut daripada tangan Iida dan cuba satu cubitan. “Em, manis. Jarang saya makan cupcakes sejak akhir-akhir ini, terima kasih, Iida,” ucap Yana.
“Sama-sama. Saya memang minta buat cupcakes tahu?”
“Lihat pada muka seseorang itu pun tahu. Senyum sehingga telinga semacam,” Mereka berdua ketawa sesama sendiri.
“Mana awak belajar buat cupcakes ini?” tanya Yana.
“Ibu bapa saya yang ajar. Mereka berdua memang sama-sama minat akan cupcakes jadi bakat itu diturunkan kepada saya. Inheritance!”
“Oh, kiranya turun-temurunlah ya? Keluarga saya pun macam ini. Awak tahu kan yang kami mengusahakan tudung semenjak generasi nenek saya lagi walaupun hanya secara kecil-kecilan. Daripada nenek saya diturunkan kepada mak saya…,”
“Kemudian kepada awak?”
“… Entahlah, Iida. Susah nak cakap…,”
Iida hanya mendiamkan diri apabila Yana berkata sebegitu. Adakah emosinya pada awal semester lepas bersangkut paut dengan ini?
“Sebenarnya, perniagaan tudung keluarga kami susah. Persaingan semakin kuat dan pelanggan yang berkunjung ke kedai kami semakin berkurangan. Akhirnya, setiap bulan kami tidak dapat untung melainkan rugi sehingga hampir setengah tahun. Kalau berterusan macam ini, susah,”
“Bagaimana dengan bapa awak?” tanya Iida.
“Bapa saya… Dia bercerai dengan ibu saya setahun lepas. Dan jarang sekali dia menjenguk kami…,” Yana kelihatan sebak apabila mengatakannya, “Dan saya tidak mampu berbuat apa-apa. Sekarang saya meninggalkan ibu saya dan dialah yang menguruskan perniagaan. Kami cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan insan di sekeliling kami, tetapi nampaknya mustahil,”
“Yana…,” Iida kelihatan serba salah apabila rakannya menceritakan masalahnya.
“Minta maaf, Iida. Saya tidak sepatutnya menceritakan kisah kami kepada awak. Lebih-lebih lagi dugaan awak lebih kuat,” Iida mengangguk, dia faham apa yang hendak disampaikan oleh Yana. Dis kehilangan dua insan yang tersayang secara serentak, sekelip mata, atau in a blink of eyes.
“Yana, kita kena ingat. Dugaan yang datang ini adalah dugaan yang mampu untuk kita hadapi. Saya percaya, kita berdua mampu mengatasinya. Biarlah lama, tetapi kita kena kuat, tabah, dan tidak mudah berputus asa,”
“Terima kasih, Iida. Saya simpan semua ini. Kepada mak saya pun tidak saya luahkan kerana saya tidak mahu mak saya tertekan lagi,”
“Sama-samalah kita berdoa agar kita dapat menempuhi masalah ini dengan baiknya…,” jelas Iida. Yana hanya mengangguk. Selepas itu, mereka hanya berdiam diri sehingga kedengaran para pelajar bising. Pelajar lelaki telah habis menunaikan solat Jumaat. Iida memujuk Yana untuk balik ke bilik masing-masing.
Iida mengeluh sambil melihat awan berarak ke arah Timur berlatarbelakangkan langit biru. Dia kini ada bersama dengan rakan-rakannya. Mereka semua duduk berbaringkan padang rumput hijau yang kosong tidak digunakan orang. Hari ini genap tiga bulan dia berada di UiTM bagi semester yang kedua. Jikalau diingatkan pelbagai juga onar yang dihadapi yang semestinya mencabar dirinya sebagai seorang mahasiswi dan anak.
Tiba-tiba Iida teringatkan pada hari pertamanya melangkah masuk ke universiti ini. Hal ini sebab pada hari tersebut juga, langit kelihatan cerah seperti pada hari ini. Pelbagai masalah yang berlaku. Dia datang ke sini bersama-sama dengan keluarganya, ibunya dan juga adik lelakinya, Ilyas yang kini bakal menghadapi SPM yang sebenar pada tahun ini. Oleh sebab dia merupakan anak sulung yang berjaya memasuki sebuah universiti, maka pelbagai masalah timbul misalnya, barang apakah yang patut dibawa kerana semuanya kelihatan sungguh penting baginya sehinggakan ingin membawa bantal sendiri.
Namun, atas nasihat ibunya, dia perlu menganggap tinggal di universiti seperti tinggal di hotel. Bawa sahaja keperluan dan mengetepikan kehendak. Terdapat sesuatu jurang besar diantara dua perkara ini. Itu adalah pelajaran Iida yang pertama dalam melangkah masuk ke universiti.
Rakan-rakannya juga mempunyai kisah masing-masing dalam mengahadapi hari pertama mereka ke universiti. Setakat ini, tidaklah dia mendengar kisah tersebut dari setiap rakanya.Biarlah kita sama-sama merahsiakannya sebagai sesuatu kenangan yang sungguh manis.
Iida dan rakan-rakanya, Syukran, Aiysyah dan Yana berbaring di sisinya. Hari ini merupakan hari hujung minggu dan kebetulan pula semua insan yang dikenali Iida lapang. Maka, mereka berhasrat untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Jadi, terancanglah pelan untuk berkelah di Tasik Shah Alam. Jam menunjukkan 4 petang. Mereka berada di sini semenjak puluk 3 petang lagi.
Iida tidak lupa membawa cupcakes yang dibuatnya semalam. Mereka makan bersama-sama sambil berbual panjang. Iida dan Yana pula kini lebih rapat. Yana pula telahmampu melibatkan dirinya dalam perbualan mereka bertiga. Apa-apa yang berlaku apa hari yang lepas seolah-olah merapatkan hubungan mereka dan mematangkan pemikiran mereka.
“Sedap cupcakes Iida. Nanti ajarlah saya ya?” tanya Syukran. Dia amat tertarik dengan trend membuat cupcakes. Di Utara, perkara ini belum menjadi sesuatu kegilaan tetapi di sini, telah banyak produk berasaskan cupcakes di pasaran sama ada kedai cupcakes, kelengakapan cupcakes yang berwarna-warni dan lagi.
“Terima kasih! Saya memang memerlukan sokongan kalian sebab saya nak buka kedai bakeri cupcakes!” kata Iida dengan jelas dan lantang. Syukran kelihatan kagum dengannya dan menyambung makan cupcakesnya. Aisyah juga tidak ketinggalan. Yana terdengar akan apa yang dikatakan oleh Iida itu. Dia berhasrat untuk memberitahunya bahawa cabarannya mungkin besar. Namun, dia percaya.
“Iida, awak mampu melakukannya!” teriak Yana.
Iida, Syukran, dan Aisyah terkejut dengan Yana. Dia tidak pernah lagi menjerit sekuat sebegitu biarpun tidaklah terlalu kuat. Yana tersedar akan perbuatannya dan tunduk malu.
Hari ini mereka berempat memakai tudung kepunyaan kedai ibu Yana. Pemakaiannya sungguh menyelesakan dan mereka tidak terasa panas. Angin sepoi-sepoi bahasa berlanggar dengan tudungnya menyebabkan mereka terasa nyaman. Mereka menikmati cupcakes yang dibuat oleh Iida sehingga kedengaran azan Asar berkumandang sebelum mengemas untuk menunaikan solat Asar di masjid berdekatan.
Cupcakes 6 – Pertemuan
Iida memandang kea rah jam dinding yang berada di biliknya. Dia kini berada di semester tiga, iaitu pada semester June sehungga Disember. Pantas netul masa berlalu. Tiba-tiba, kini roda berputar kembali kepada kedudukan asal. Hari ini pelajar baru yang kebanyakannya lepasan SPM lepas akan mendaftar ke university. Dan apabila ada yang masuk, ada yang keluar. Senior yang duduk bersama-sama dengan dia kini juga telah keluar daripada biliknya meninggalkan dia keseorangan.
Namun, dia tidak akan keseorangan buat suatu tempoh yang lama. Dia akan menerima pelajar baru pula. Kini, dia pula bertindak sebagai seorang senior. Jikalau satu tahun setengah lepas, dialah junior. Iida terfikir, patutkah dia melayan junior yang bakal dating ini seperti seniornya.
Iida masih lagi ingat bpengalamannya menjadi seseorang uang paling tua. Kita boleh ambil contoh semasa dia berada di sekolah menengah. Apabila dia berada di tingkatan lima, semua orang terutamanya pelajar tingkatan satu akan menghormati kita dan sebagai seorang senior, kita perlu menunjukkan contoh yang baik.
Akhirnya, Iida merancang untuk melayan bakal pelajar yang akan berkongsi bilik dengan dia secara adil sahaja. Tidak patut membezakan hanya kerana perbezaan umur. Iida masih lagi memandang jam dinding. Kini, ia menunjukkan jam 10.12 pago. Kawasan luar bising kerana pelajar-pelajar baru dating dan mereka seumpama rusa masuk kampong. Tidak pernah mengalamu kehidupan di university sebelum ini, dan tibe-tibe mereka yelah melangkah masuk ke sini. Iida juga tidak terkecuali untuk mengalaminya semasa hari pertama dia di sini. Perasaan berdebar dan terasing terasa di dirinya kerana dia sendiri tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Iida yersengih, agaknya bagaimana pula apabila adiknya, Ilyas, masuk ke sini? Adakah dia akan bersikap sepertinya? Hanya kerana Ilyas seorang yang cool, Iida tidak pasti apakah reaksi adiknya apabila memasuki university.
Pada cuti semester lepas, adiknya betul-betul tidak berpeluang langsung untuk pulang ke rumah mereka kerana tahun inilah barulah dia akan betul-betul menghadapi SPM, jadi sekolahnya mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi para pelajarnya walaupun pelajar-pelajar yang sekolah di situ bukanlah yang calang-calang orangnya. Memandangkan adiknya tidak mampu ppulang ke sini, ibunya dan Iida perlu menelefon mereka setiap malam bagi memberikan sokongan kepadnya bagi mengahadapi SPM, adiknya bertuah. Dia tidak dapat peluang ini kerana semasa dia menghadapi SPM, ibunya masih lagi bersedih atas kehilangan arwah bapa dan Ika, kini ibunya kelihatan lebih tabah daripada dahyly. Itu merupakan sesiatu yang menenagkan Iida sendiri.
Aduh! Kenapa dia memikirkan semua ini? Iida ermonolog. Dia tidak sepatutnya fikir semua ini. Adakah dia perlu berada di sini sepanjang hari sehinggalah acara pendaftaran pelajar selesai? Kalau macam itu, nampaknya dia perlu berada di sini, melihat jam sehingga p lima petang.
Iida kembali berfikir, kali ini dia mengubah posisinya daripada duduk di atas katil ke berbaring pula. Dia sempat memeluk bantal empuknya. Iida berfikir mengenai cypcakesnya. Di dalam buku putihnya, telah 17 lakaran corak cupcakes yang telah dilukis oleh Iida. Semuanya mempunyai maksud-maksu tersirat yang tertentu pada setiap corak. Ada yang dilukis berdasarkan pengalamannya sendiri ayaupun terlintas semasa dia senggang. Buku itu kini amat penting baginya. Hasratnya untuk membuka kedai bakeri yang mejoritinya menjual cupcakes masih belum pudar. Itulah tujuan dia belajar. Dia ingin mengumpul ilmu sebanyak yang mungkin dahulu.
Sedang Iida termenung itu, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
“Iida, awak ada di dalam ke?” Tanya Syujran. Iida terbangun daripada katilnya dan menuju ke pintu biliknya.
“Ya, ada. Kenapa?” Tanya Iida.
“Jom pergi jalan-jalan. Duduk sini tak seronok, bingit dengan sura para pelajar rasanya tidak akan tamat dalam tempoh yang terdekat ini. Yana dan Aisyah pun ada ini,” jelas Syukran lagi.
“Oh, boleh! Saya pun bosan duduk sini, asyik termenungsahaja. Sebentar, saya ingin memakai tudung,” jawab Iida. Dia terus mencapai tudung sarung yang dibeli ibunya semasa mereka bersama-sama membeli-belah semasa cuti lepas.
“Iida membuka pintu biliknya dan kelihatan rakanya telah tercengat disitu menanti dia.
“Ha, minta maaf. OK, jom,!”
“Kita nak pergi mana sebenarnya?” tanya Yana. Mereka beremnpar dari tadi hanya melihat gelagat para pelajar mendaftar masuk. Kadang kala mereka akan memberikan komen. Dan daripada komen tersebut pasti ada melintas kenangan mereka mendaftar ke sini.
“Entahlah, kita ini dari tadi asyik duduk di sini sahaja,” jelas Aisyah pula. Jelas mereka kelihatan bosan. Iida dan Syukran hanya memerhatikan sahaja mereka berdua. Mereka pun tidak tahu ke mana harus mereka pergi.
“Oh,ya! Saya ada idea. Apa kata kita pergi perpustakaan? Di sana nyaman dan semestinya tidak bising seperti yang ini,” Tanya Syukran untuk mendapatkan kepastian daripada mereka bertiga.
“Boleh juga kerana di sana ada bilik kecil. Boleh kita berkumpul di situ. Lagipun saya selalu ke sana berseorangan,” jelas Iida. Mereka tidak pernah pergi ke perpustakaan bersama-sama sama melainkan keseorangan kerana kebanyakan masa mereka pegi ke sana adalah untuk mendapatkan bahan pengisian untuk kerja rumah mereka.
“Boleh juga,” kata Aisyah.
Setelah mendapatkan persetujuan bersama, tanpa membuang masa lagi, mereka terus menuju ke destinasi mereka. Merka sebelum itu menaiki bas yang memang bertugas untuk membawa para pelajar di sekeliling UiTM ini.
Setelah tiba di perhentian bas seterusnya, mereka berjalan kaki untuk ke perpustakaan. Sementara mereka berjalan, Iida kembali termenung. Dia teringatkan rakannya, Daniel yang bekerja di perpustakaan kecil di rumahnya. Pada cuti semester yang lepas, Iida tidak berpeliang untuk bertemu dengan Daniel. Bukanlah bermaksud, dia tidak pergi ke perpustakaan itu, tetapi apabila dia pergi, pasti Daniel tidak bekerja lagi ataupun apabila Daniel ada, dia pula sibuk dengan kehidupannya.
Semasa cuti yang lepas juga, dia berpeluang untuk meminjam buku megenai cupcakes lagi. Namun, kali ini buka yang dipinjamnya menceritakan mengenai cupcakes itu sendiri dan bukannya resipi. Buku itu menceritakan mengenai pengalaman pelbagai manusia di seluruh dunia yang meminati cupcakes. Semua yang disampaikan di dalam buku tersebut menggambarkan bagaimana kewujudan cupcakes ini boleh membawa keceriaan dalam kehidupan mereka kerana coraknya ataupun paten yang tidak bersempadan.
“Iida!” jerit Syukran dan Aiysah. Iida terssentak. Apabila dia memandang hadapan, kelihatan rakan-rakannya tiada disebelahnya. Iida terpinga-pinga, ke manakah mereka pergi?
“”Kami disebelah kanan awak,” kata Yana. Iida memalingkan mukanya kea rah kanan, dan dia tenamapk rakan-rakannya sedang tertawakannya. Iida mula terasa malu, Dia terlalu termenung sehinggakan dia tidak sedar yang dia melalui kawasan yang salah. Dia segera berjalan ke arah mereka bertiga. Dan sebenarnya, tempat di mana mereka bertiga berdiri itulah perpustakaan yang mereka ingin pergi itu.
Mereka berempat mengeluarkan pas UiTM untuk masuk ke dalamnya. Ia seperti tanda pengenalan diri mereka. Tanpa kad ini, kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini pasti tidak digunakan sepenuhnya.
Dalam perpustakaan tersebut penuh dengan pelajar dan pensayarah. Ada pelajar menanyakan kepada pensyarah beberapa soalan. Biarpun begitu, mereka akan memastikan suara mereka pada tahap yang perlahan. Pustakawan yang berada di kaunter kadang kala akan menjeling kepada mereka yang berbuat bising. Dan sesiapa yang terkenanya pasti akan terasa seperti ada sesuatu yang memandang ke arahnya.
Iida, Syukran, Aisyah, dan Yana mencari sama ada bilik kecil yang kosong untuk mereka berkumpul di dalamnya. Apabila mereka menjumpainya, salah seorang daripada mereka berempat segera menuju ke bilik tersebut supaya tiada insan lain yang mengambil tempat tersebut.
Aisyah terus duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di dalamnya. Lalu dia membawa keluar fon telinga dan memasangnya pada telefon bimbitnya. Dia mendengar lagu Inggeris kesukaannya sambil menutupkan matanya. Sementara itu, Aisyah dan Yana memberitahu kepada Iida bahawa mereka ingin mencari buku mata pelajaran bagi membuat persediaan akan topic-topik yang akan diajar pada semester ini. Iida hanya mengangguk dan kini tinggal Iida dan Aisyah di dalam bilik tersebut.
Aisyah tidak menunjukkan tanda-tanda dia akan keluar mengambil buku untuk dibacanya. Lantas Iida membuat keputusan bahawa dia ingin keluar untuk mencari bahan-bahan bacaan yang bermanfaat. Iida memanggil Aisyah tetapi dia tidak membalas. Muzik yang didengarnya menghalang suara Iida untuk tercapai kepadanya. Akhirnya, Iida menyapa Aisyah dan menggunakan bahasa isyarat untuk memebritahunya bahawa dia ingin keluar untuk mencari bahan bacaan. Aisyah menunduk tanda faham akan apa-apa yang ingin disampaikan oleh Iida.
Iida berlalu untuk keluar dari bilik itu. Dia tidak tahu untuk membaca buku apa. Jikalau ada buku fiksyen tidak mengapalah, tetapi di sini majoritinya terdapat buku bukan fiksyen iaitu buku pelajaran. Cupcakes di bawah fiksyen atau bukan fiksyen? Rasanya, dia patut ke bahagiana buku masakan. Mungkin di sana ada buku berkaitan dengan cupcakes.
Iida mencari-cari bahagian masakan di dalam perpustakaan tersebut. Akhirnya, dia terjumpa juga tempat yang ingin dicarinya. Bahagian tersebut tidak besar. Sekadar memenuhi satu rak buku yang tetap. Iida mencari-cari buku yangmenarik untuk dibacanya. Tiada buku cupcakes di sini tetapi Iida menemui sebuah buku yang agak menarik perhatian dia. Ia bertajuk Baking oleh Wayne Gisselin.
Iida mengeluarkan buku tersebut daripada rak. Dia membaca muka hadapan dahulu. Muka hadapan dilakarkan dengan gambar bekas aluminium yang sering digunakan untuk memasak. Buku ini sungguh tebal seperti tebalnya fail syarikat-syarikat korporat seperti ditempat di mana ibunya bekerja. Iida membelek-belek muka surat di dalamnya. Terdapat banyak resipi masakan ditulis di situ. Walau bagaimanapun, kebanyakan resipi tersebut pasti ada bahan yang sama ada tidak pernah didengarinya ataupun sukar untuk memperoleh. Oleh itu, agak terhad untuk memasak berdasarkan buku ini. Namun, apa yang menarik perhatian Iida ialah gambar-gamabr di dalamnya. Kek, biskut, puding, malah semua masakan yang dibuat dihiasi dengan cantik sehinggakan kita terasa ingin memakannya biarpun di dalam gambar.
Iida tidak bercadang untuk berdiri sambil membaca buku tersebut. Buku itu agak berat dan pasti akan member bebanan kepadanya. Oleh itu, Iida bercadang untuk menyambung pembacaannya di bilik. Iida berjalan menuju ke bilik tersebut. Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergegar. Iida terkejut kemudian menarik nafas lega kerana dia telah pun menukarkan telefn bimbitnya ke fungsi ‘diam’. Jikalau tidak, pasti dia akan dikerling oleh pustakawan. Namun, biarpun ia hanya bergegar, ia tetap menghasilkan bunyi yang boleh didengari di dalam perpustakaan tersebut.
Iida berjalan menuju ke tempat yang tersembunyi supaya tiada orang yang akan terganggu dengan bunyi tersebut. Iida mengeluarkan telefon bimbitnya. Tertera pada skrin tersebut ialah nombor yang tidak dikenalinya. Iida terasa ragu-ragu sama ada untuk menjawabnya ataupun tidak. Dia takut akan kemungkinan panggilan trsebut ialah panggilan prank, silap nombor, dan lain-lain. Oleh itu, Iida mengambil langkah untuk membiarkan sahaja. Dia menekan butang batal dan memasukkan nombor tersebut ke bahagian nombor yang tidak perlu dilayan. Itu ialah nombor pertamanya kerana selama ini dia tidak pernah berbuat begitu.
Akhirnya, Iida kembali ke bilik di mana rakan-rakanya semua telah berkumpul di dalamnya. Aisyah masih di dalam posisinya mendengar muzik melalui telefon bimbitnya manakala Syukran dan yana sedang membaca buku bersama-sama. Iida tidak pasti buku apa yang dibaca oleh mereka berdua.
Tiga jam telah berlalu. Kini, masa menunjukkan jam 1.30 petang. Perut Aisyah mula berkeroncong dan dia menghentikan pemain lagu pada telefon bimbitnya.
“Kalian, tidak mahukah kita pergi makan tengah hari?” tanya Aisyah. “Saya sudah lapar. Jom pergi makan?”
“Dah petang ke?” tanya Syukran dan melihat pada jam tangannya. Dia kelihatan terkejut sedikit dengan waktu pada masa itu. “Betul juga kata Aisyah. Nak pergi makan?”
“Boleh, saya tidak kisah. Jom kita pergi makan di tempat lain selain kantin?” tanya Aisyah.
Syukran mengangguk ke arah Aisyah sebelum berpaling kepada Iida dan Yana. Yana sekadar tersenyum tanda setuju manakala Iida berbisik OK.
“Baiklah, marilah kita kemaskan dulu bilik ini. Habis terumbang-ambing kedudukan meja dan kerusi ini,” tegas Syukran. Dia menyusun kerusi yang diduduknya pada kedudukan yang betul dan perbuatannya diikuti oleh rakannya yang lain.
Mereka berempat melangkah keluar daripada perpustakaan tersebut apabila segala perkara telah diselesaikan. Mereka berjalan menuju ke Kafe Anggerik. Mereka pernah makan di sana sekali iaitu pada semester pertama. Makanan di situ memang sedap malah ditawarkan pada bayaran yang agak murah. Namun mereka tidak berkesempatan untuk makan di sana kerana penuh sesak dengan pensyarah yang juga gemar untuk makan di situ. Sekarang juga mereka bimbang jikalau tempat itu akan penuh dengan orang.
Mereka tunggu di sebuah kawasan yang lapang untuk menantikan kedatangan bas UiTM untuk membawa mereka ke pintu belakang UiTM kerana disitulah Kafe Anggerik terletak.Apabila mereka tiba di pintu belakang, mereka tidak terus ke Kafe Anggerik, tetapi menuju ke Akademi Bahasa yang bertentangan dengan Kafe Anggerik untuk menunaikan solat dahulu. Biarpun mereka lapar, tetapi mereka sekadar minum air yang disediakan di kawasan kaki lima dahulu.
Kelihatan tidak ramai orang solat di sini. Mungkin kebanyakan pelajar lebih selesa untuk menunaikan solat di masjid yang terdapat di tengah-tengah UiTM. Mereka berempat masuk ke dalam bilik itu, Iida tidak boleh menunaikan solat kerana dia keuzuran namun dia juga tidak melepaskan peluang untuk berzikir sepanjang rakan-rakannya solat. Setelah 15 minit, akhirnya mereka semua telah bersiap sedia untuk menuju ke Kafe Anggerik.
Sementara mereka berjalan, tiba-tiba Iida terserempak dengan Abang Haikal, pengerusi PBSM persatuan yang disertai oleh Iida. Abang Haikal yang diikuti oleh dua orang sahabatnya yang lain menyapa mereka berempat untuk berkata mengenai sesuatu kepada Iida, lebih kepada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada semester baru dan inginkan Iida untuk membuat laporan bagi setiap aktiviti yang akan berlangsung.
Setelah tamat berbincang dengan Iida, Abang Haikal beralih pula kepada Syukran. Abang Haikal menyapa dia pula dan menanyakan khabarnya. Iida seakan-akan memahami mereka dan bertindak untuk menjauhkan diri daripada mereka. Iida duduk di atas bangku yang tersedia berdekatan dengan kawasan itu.
“Iida, kami nak pergi ke bilik air sebentar. Kami ingin membetulkan tudung kami,” kata Aisyah bersama-sama dengan Yana di sebelahnya. Iida sekadar mengiyakan sahaja tetapi dia tidak berhasrat untuk mengikuti mereka. Dia hanya terus duduk di bangku tersebut dan menunggu semua rakan-rakannya habis menyelesaikan perkara mereka.
Sambil menuggu mereka, tanpa disedari oleh Iida, tiba-tiba terdapat seseorang yang sedang menghampirinya. Iida tidak sedar kerana pemuda tersebut berada di belakangnya. Apabila dia menghampiri Iida seinci daripadanya barulah Iida sedar seperti ada seseorang yang berada dibelakangnya. Apabila dia menoleh kebelakang, dia terkejut dengan pemuda yang dilihatnya.
Iida tidak sangka akan bertemu dengan dia di sini. Pelbagai soalan terpacul pada pemikirannya. Bagaimanakah dia boleh berada di sini? Mengapakah dia berada di sini? Dan siapakah dia? Eh, tidak! Soalan yang ketiga itu sudah terjawab. Dia sendiri mengenali pemuda tersebut. Belum sempat Iida untuk berkata-kata, pemuda tersebut menyapa dia dahulu.
“Assalamualaikum, Iida! Kenapa terkejut ke?” soal pemuda itu.
“Tidak, tidak, tidak!” kata Iida berkali-kali untuk menyangkal pertanyaan Daniel sama ada dia terkejut atau tidak. Sebenarnya dia terkejut namun tidak mampu mengiyakannya. “Apa yang engkau buat di sini, Daniel?” Iida seolah-olah tidak percaya rakannya di perumahannya berada di sini.
“Terkejut, bukan?” soal Daniel lagi sebelum meneruskan perbicaraannya,” Secara rasminya, aku ialah pelajar di UiTM ini,”
“Betulkah? Macam tidak percaya sahaja engkau akan berada di sini. Baru tadi sahaja aku terfikir apalah khabar kau sebab tidak jumpa langsung semester lepas. Tengok-tengok, awak telah jadi pelajar di sini,” kata Iida.
“Ya, aku belajar di sini selama tiga tahun. Dozo yoroshiku,” kata Daniel.
“Oh, sudah lama tidak dengar kau kata dalam bahasa Jepun,”
“Aku boleh ambil satu subjek bahasa untuk dipelajari di semester ini jadi aku pilih bahasa Jepun. Sebenarnya, ada banyak lagi bahasa lain tetapi ambil Jepun sebab memang sudah ada asasnya. Jadi boleh further sedikit,” kata Daniel.
“Engkau ambil pengajian apa?”
“Pengurusan Perniagaan…,”
“Oh, betul juga! Kau nak buka perpustakaan tersendiri ya?”
“Ya, tapi banyak belajar akaunlah pengajian ini,”kata Daniel. “Kau pula macam mana? Cupcakes,”
“Oh, aku? Erm… Tidak tahulah, Daniel. Masuk ke universitinya amat sibuk. Setiap hari ada sahaja perkara yang perlu saya buat ataupun bila saya lapang, tidak teringat untuk buat cupcakes ini,” jelas Iida sambil terfikir seketika,” Nak kata banyak kerja taklah juga tapi tak tau lah kenapa boleh sibuk,”
“Minat akan cupcakes tidak semestinya awak kena buat selalu. Asalkan awak terus memperbaiki kelemahan yang ada cupcakes awak, itu sudah cukup sebenarnya,” kata Daniel.
“Oh, ya ke? Pada pendapat saya, kalau kita suka akan sesuatu kita patut membuatnya,”
“Tetapi kalau macam itu, tiada improvement atay perkembangan yang akan berlaku. Cupcakes awak akan kelihatan static sahaja.
Iida terfikir sektika. Memang apa yang dikatakan oleh Daniel itu ada kebenaran. Dia juga perasan, dua benda yang dia selalu kerap lakukan ialah sama ada membuat cupcakes ataupun melukis corak cupcakes. Hanya itu sahaja yang dilakukannya berkali-kali dan dia tidak sedar yang dua perkara itu tidak cukup untuk merealisasikan impiannya.
“Daniel… Aku baru sedar sekarang…,” jelas Iida. Dia berasa sedih akan apa-apa yang dilakukannya. Rupanya sepanjang setahun ini, dia hanya melakukan dua perkara tersebut dan tidak sedar bahawa ia tidak mencukupi. Pasti insan yang berjaya yang lain melakukan pelbagai dan banyak ikhtiar dan itulah yang menyebabkan mereka berjaya mendapatkan apa yang diiginkan. Dan apa-apa yang dilakukannya ini hanya seolah-olah hangat-hangat tahi ayam. Tidak berusaha untuk menambahkan lagi usahanya.
“Eh, janganlah sedih. Kau itu baru 19 tahun, kak. 19 tahun. Masih panjang lagi kau punya perjalanan. Dan tidak terlambat lagi. Ini, aku ini, baru nak ambl pengurusan perniagaan,”
“Tidak, saya memang tidak sedarlah, Daniel,”
“Dan tidak terlambat untu memulakan kembali,”
Iida terdiam mendengar kata-kata itu. Memang benar. Masih belum terlambat untuk dia memulakan kembali langkahnya. Tiba-tiba dia teringat cupcakes pertama yang dibuatnya apabila cuti semester pertamanya. Dia menamakan cupcakes tersebut Basik supaya kita boleh beralih ke langkah pertama dan memulakan kembali.
“Oh, Daniel! Terima kasih. Kau selalu ada apabila aku dalam kesusahan ya? Engkaulah rakanku yang baik sejak tingkatan lima!” kata Iida.
“Well, you know me,” gurau Daniel. Iida terasa lucu dengan ayat yang diperkatakannya. Jarang sekali Daniel berbahasa seperti itu.
“Amboi, berbual panjang nampak,” kata Syukran. Iida melihat ke sisinya, kelihatan tiga orang rakannya sedang berdiri melihatnya berbual dengan Daniel. Bila mereka habis?
“Ha, ha. Seronok berbual sampai perut ini berkeroncong balik,” ujar Aisyah pula.
“10 minit menunggu…,” Yana pula menyampuk.
“Oh, kalian! Minta maaf banyak-banyak. Saya tidak sedar kalian ada di sebelah saya… Minta maaf… Oh, ya! Ini ialah Daniel, rakan saya di tempat tinggal saya. Daniel, ini pula rakannya saya. Perkenalkan, Syukran, Yana, dan Aisyah,” kata Iida sambil menunjukkan ke arah rakannya satu persatu.
“Hi!” kata mereka bertiga, Syukran, Aisyah, dan Yana.
“Hei,” kata Daniel. “Kalian lapar ya?” sambungnya. “Pergilah makan saya pun sebenarnya ingin menunaikan solat Zohor. Tiba-tiba terjumpa dengan Iida ini. Kalian bertiga jagalah dia baik-baik. Dia memang tidak pandai menguruskan diri sendiri…,”
“Ha, ha, ha. Betul ke, Yana?” tanya Aisyah.
“Semestinya tidak betul!” jawab Iida.
Akhirnya, mereka memohon untuk mengundurkan diri mereka untuk menuju ke Kafe Anggerik. Daniel juga berbuat demikian untuk masuk ke surau lelaki. Akhirnya mereka terpisah dan cuaca pada masa itu agak panas. Mereka bertiga berjalan pantas untuk menuju ke Kafe Anggerik bagi mengelakkan bahang matahari yang terik itu. Setelah beberapa minit, akhirnya mereka tiba juga di pintu depan Kafe Anggerik.
“kalian, minta doa! Mohon agar ada tempat duduk yang kosong,” kata Aisyah. Iida dan yang lain mengangguk dan mula memohon doa agar ada tempat kosong. Aisyah segera menolak tombol pintu itu untuk membuka pintu.
Seperti yang disangka, Kafe ini dipenuhi dengan orang. Aisyah melirik matanya kesekeliling untuk mencari tempat duduk yang kosong. Dia ternampak satu lalu segera berjalan menuju ke tempat tersebut.
“Kalian, boleh tidak order untuk saya?” kata Aisyah. “Saya nak jaga tempat ini takut orang lain akan ambilnya,”
“Boleh, awak nak apa?” kata Iida.
“Em, bagi saya… Chicken Chop dan Hot Milo,” kata Aisyah sambil mebaca yang terdapat di dinding kafe tersebut dan mengeluarkan not RM10. Iida mengambil not tersebut. “Terima kasih, ya?”
“Sama-sama,” Iida menuju ke kaunter untuk beratur dengan rakan-rakannya yang lain. Begitu ramai orang yang beratur dan suasana d kafe ini pula hingar bingar. Sementara itu, Iida mencari-cari akan juadah yang ingin di makannya. Apabila telah membuat keputusan, Iida hanya menyambung beratur sehingga tiba gilirannya.
Apabila sampai gilirannya, Iida berkata kepada pekerja kantin tersebut, “Chicken Chop, Bihun Sup, milo panas, dan air mineral,” Pekerja tersebut hanya mengangguk dengan pesanan Iida dan mengeluarkan dulang untuk Iida membawa pesanan yang akan disiapkan itu nanti.
Apabila sampai di kaunter dengan makanan dan minuman yang dipesan, mata Iida terlintas pada cupcakes coklat yang terjual di situ. Ia bersaiz kecil dan dijual pada harga RM2.50 satu. Suatu harga yang agak mahal. Di atasnya pula dihiasi dengan coklat dan di alirkan coklat putih di atasnya. Tanpa ragu-ragu, Iida aterus mengambil satu cupcakes tersebut.
Dia teringat akan kata-kata Daniel. Memang benar dia tidak bolehlah sekadar membuat cupcakes dan melukis cupcakes jikalau tiada sebarang penambahbaikan dilakukan.
Dia perlu juga merasa cupcakes yang diciptakan orang lain supaya dia dapat mengetahui kelemahan yang terdapat pada cupcakesnya. Selesai membayar untuk kesemua makanan yang dipesan. Iida meuju kembali ke tempat duduknya.
“Terima kasih, Iida,” kata Aisyah sambil mengambil juadah yang dipesannya.
“Sama-sama,” kata Iida. Dia segera duduk dan ingin mencuba terus cupcakes yang dibelinya tadi. Iida membka lipatan pada cupcakes tersebut. Rakan-rakannya yang lain mula makan apabila selesai membaca doa.
Selesai dibuka, Iida mula menggigit cupcakes tersebut. Kek tersebut sungguh lembut dan seumpama melebur pada lidahnya. Coklatnya pula wangi apabila terhidu oleh Iida. Seketika, barulah dia sedar, ada orang lain yang mampu membuat cupcakes lebih sedap daripada yang dibuatnya.
Perjalanan saya masih jauh. Itulah yang terfikir di kepala fikiran Iida apabila dia selesai makan cupcakes tersebut. Bihun sup yang dipesannya dimakan perlahan-lahan sambil memikirkan betapa cupcakes tersebut sedap. Biarpun manis, buat seketika, Iida tersedar setiap orang ada cupcakesnya yang tersendiri dan dia juga perlu berusaha untuk mencipta cupcakes yang menjadi identitinya yang tersendiri. Tidak mahu cupcakesnya seperti cupcakes biasa. Ingin membuat cupcake syang menjadi ingatan semua insan yang pernah merasainya. Dan cupcakes yang dimakannya tadi telah membuktikannya. Pasti pembuatnya seorang yang pakar dalam membuat cupcakes.
Sambil makan, mereka berempat tidak lupa untuk bersembang di antara satu sama lain. Mereka bersembang mengenai betapa mereka tidak sedar bahawa umur mereka semakin meningkat dan pekerjaan mereka pada masa hadapan. Mereka tidak tahu pekerjaan apakah yang sesuai dengan mereka di samping kelulusan yang akan digenggam mereka pada suatu hari nanti. Ia masih samar-samar dan sukar untuk dijangka tetapi mereka percaya, suatu hari nanti mereka mampu mengukir masa depan mereka yang tersendiri dengan corak yang tertentu.
Cupcakes 7 – Kebenaran
Setelah sebulan semester ketiga bermula, Iida mula menemui rentaknya dalam melakukan aktiviti-aktiviti hariannya. Jikalau pada hari pertamanya, hampir setiap masa dia kelam kabut dengan pelbagai aktiviti tetapi kini dia mampu menguruskan masa dengan baik. Pada waktu yang tertentu, dia akan bersiap sedia untuk ke aktiviti yang seterusnya.
Pada waktu senggang pula, dia akan berkumpul di pondok wakaf untuk membuat kerja kursus atau pun berbual dengan rakan-rakannya. Dan tidak lupa, kini perjumpaan mereka yang juga diadakan di salah sebuah kafe di dalam kampus UiTM telah ada ahli baru, Daniel. Dia baru masuk ke sini untuk semester pertama dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Dia terlibat dengan Prinsip Perakaunan.
Subjek Prinsip Perakaunan ialah subjek yang tidak digemari oleh Iida kerana dia selalu membuat kesilapan yang sipi-sipi sahaja tetapi mampu merosakkan keseluruhan akaun yang wujud. Semasa dia di sekolah, berapa kali dia perlu dibantu oleh rakan-rakannya untuk membuat kerja sekolah yang berkaitan dengan pengurusan akaun.
Rakan Iida yang lain juga mampu berkomunikasi dengan baik dengan Daniel. Seperti biasa, mereka pasti akan mengambil peluang untuk melihat kerja-kerja universiti yang perlu dilaksanakan oleh Daniel.
Iida juga tidak lepas untuk melihat akan kerja Daniel. Daniel melaksanakan tugasnya dengan sistematik. Dia kesan comot yang berada pada kertasnya. Namun, kadang-kadang rasa kasihan kepada Daniel kerana dia lelaki dalam kalangan perempuan. Mereka selalu bergurau kepadanya mengenai perkara ini tetapi tidak pula Daniel mengambil kisah.
Tidaklah dia kerap bersama-sama dengan mereka, ada kalanya Daniel tidak mengikuti perjumpaan mereka kerana bermain bola sepak dengan rakannya yang lain. Iida dan rakan-rakannya amat memahami akan perkara tersebut.
“Wah, Daniel itu baikkan orangnya? Dia tak rasa kekok ke bersama dengan kita?” tanya Syukran. Dia hairan melihat Daniel mampu bergaul dengan mereka tanpa rasa segan walaupun keseorangan. Abang Haikal pula jarang berjumpa dengan mereka begitu, dia pasti ditemani dengan rakannya juga.
“Sebab dia adalah anak lelaki seorang di dalam keluarganya. Awak bayangkan, lima orang perempuan berbanding dengan dua orang lelaki di dalam keluarganya. Apa yang kelakar saya dengar adik-beradiknya yang perempuan sampai ingatkan dia perempuan juga sampai bersolek!” kata Iida dalam teruja. Perkara selalu menjadi sesuatu yang lucu dalam diri Iida. Jarang dia mendengar anak lelaki tunggal menjadi tempat untuk si kakak-kakak membuli.
“Ya? Eh, kasihannya!” kata Aisyah. Yana pula tersenyum sahaja mendengar perkara ini. Iida turut tersengih kepada mereka. Jikalau Daniel ada di sini, dia pasti akan geram kepadanya tetapi tidak akan memarahinya.
“Daniel tidak suka kepada awak ke?” kata Aisyah lagi. “Awak kata awak kenal dia semenjak sekolah menengah lagi, takkan tak ada apa-apa?”
Iida terfikir seketika. Memang benar mereka saling mengenali semenjak sekolah menengah. Mereka juga rapat di antara satu sama lain, kebanyakan aktiviti berkumpulan pasti akan melibatkan mereka tetapi tidaklah sampai ada perasaan sebegitu melainkan… sebagai sahabat?
“Tidak. Saya tak rasa pun sebab kami ini dah selalu bersama nanti bosan pula!” kata Iida dengan riak berfikir.
“Ha, ha, kasihannya awak…,” kata Syukran.
“Mengharap?” kata Yana sepatah. Aduh, apabila dia berkata sesuatu pasti sesuatu yang serius, fikir Iida.
“Tidak, tidak, tidak!” kata Iida. Dia cuba mengalih topik, “Dah, jom sambung buat kerja,”
“Eh, yalah. Kita banyak bersembang pula tadi kerja satu apa pun tidak siap lagi,” kata Aisyah sambil menulis-nulis pada buku notanya.
Iida juga menyambung kerjanya. Buat masa ini, masalahnya bukannya kerana Daniel tetapi…
Entah kenapa, prestasinya semasa semester kedua menurun. Berada di universiti ini tidak pernah lagi dia memperoleh C- dalam peperiksaan. Dia amat terkejut dengan keputusan itu. Dia tidak rasa pula soalan yang diberi itu susah dan dia rasa dia buat yang terbaik.
Rakan-rakannya tidak tahu mengenai perkara ini. Malah, dalam kuiz yang memperuntukkan 20% markah untuk peperiksaan Matematik pada semester ini, dia hanya memperoleh 10%. Apabila dia menyemak jawapan yang ditulisnya pula, jalan kira yang dibuatnya memang tidak betul, tetapi apa yang membuatkan dia salah ialah silly mistakes. Banyak kesilapan tersebut berlaku dalam setiap soalan yang dibuatnya. Dan apabila kesilapan tersebut berlaku, secara tidak langsung ia akan member kesan sampingan ke atas soalan lain.
Bagaimana dia ingin berdepan dengan Encik Mahmud bin Jaafar esok? Pasti dia akan memanggilnya selepas kelas tamat dan akan berbincang dengannya mengenai keputusannya itu. Siapa yang tidak kenal Encik Mahmud bin Jaafar yang mengajar Matematik di dalam universiti ini. Dia seorang yang tegas dan dia selalu memastikan setiap pelajarnya mencapai skor sekurang-kurangnya B di dalam apa-apa ujian. Jikalau gagal untuk berbuat demikian, dia akan memanggil pelajar yang gagal mempamerkan keputusan yang diigininya untuk menjelaskan sebab-sebab pelajar tersebut gagal. Setakat ini lebih kurang 10 pelajar telah dipanggil dan tiada suatu pu daripada mereka yang ingin berkongsi pengalaman. Adakah menakutkan? Adakah happy happy? Tiada sesiapa yang tahu.
“Iida?” kata Yana, dia kelihatan pelik melihat Iida tidak menulis apa-apa mahupun membaca apa-apa. “Awak ada masalah?”
“Oh, tidak! Tidak mengapa, Cuma terfikir, soalan ini susah,” Iida cepat-cepat cuba menulis sesuatu pada kertas kajang itu, menulis kembali apa yang ditulis pada buku rujukannya.
Seperti yang dijangka, pada keesokan paginya, setelah Encik Mahmud bin Jaafar selesai mengajar Matematik, dia berkata, “Sesiapa yang memperoleh markah rendah daripada 16 dalam kuiz yang lepas dan juga selain daripada A ataupun B dalam peperiksaan semester lepas, sila bertemu dengan saya,” Beliau berhenti seketika dan memandang keliling bilik kelas itu. Tiba-tiba, Iida terasa bahawa pensayarah tersebut sedang memandang tajam ke arahnya. “Saya tahu siapa yang datang dan siapa yang tidak akan datang. Tiada paksaan kalau tidak mahu jumpa tetapi faham-fahamlah,” katanya sebelum melangkah keluar daripada bilik kelas tersebut.
Suasana bilik kelas yang tadinya sunyi sepi apabali suara Encik Mahmud berlegar-legar di dalamnya tadi, kini bertukar riuh rendah. Setiap pelajar saling memandang ke arah rakan mereka dan tertanya-tanya siapa yang dimaksudnkan oleh pensyarah tersebut tadi.
Iida terasa bebanan di bahunya. Dia adalah salah seorang yang perlu bersemuka dengan Encik Mahmud. Dia dalam kalangan lima orang yang lain. Apakah yang patut dijelaskan punca penurunannya? Cupcakes? Tidak mungkin, ia tiada kaitan langsung… Ataupun ya?
“Iida, awak salah seorang, bukan?” kata Rohaiza. Dia kelihatan bimbang akan Iida yang mula menunjukkan riak ketakutan. “Jangan risau, saya pasti Encik Mahmud tidak akan marah akan awak,” Rohaiza tersenyum. “Dia ingin setiap pelajar mendapat keputusan yang baik untuk masa depan para pelajar,”
“Takut, Rohaiza. Satu semester sahaja saya tunjukkan performance yang baik. Kemudian, tiba-tiba, kputusan saya menurun,”
“Normallah itu. Semester pertama memanglah senang. Sudah pun semester pertama, mesti mereka ringankan sikit,”
“Entahlah, Rohaiza… Saya rasa bersalah,”
Akhirnya, para pelajar di dalam bilik kelas tersebut mengemas-gemas meja mereka untuk beredar ke kelas lain dan ada juga yang tidak bergerak. Ia pasti orang yang Encik Mahmud ingin berjumpa. Masih ada tiga puluh minit sebelum kelas seterusnya. Memang Encik Mahmud sengaja melepaskan mereka setengah jam lebih awal supaya dia dapat bersemuka dengan para pelajarnya.Pasti pensyarah tersebut sedang menunggu para pelajar di dalam kafe. Rohaiza juga telah lama meninggallkan Iida kerana dia perlu pulang ke bilik dormnya sebentar untuk mengambil bahan-bahan untuk kelas seterusnya.
Iida dengan berat hatinya bangkit daripada tempat kerusinya dan keluar ke kelas setelah mengemas mejanya. Di belakangnya para pelajar yang lain mengikutinya. Mereka juga kelihatan takut.
Akhirnya, mereka tiba ke kantin dan beliau seakan-akan tahu bahawa pelajarnya telah tiba, “Saya nak Lokman dahulu, suruh Lokman masuk,” Iida memandang ke arah Lokman. Dia berjalan melepasi Iida dan memandang ke dalam bilik kafe yang dikhaskan untuk para pensayarah, “Assalamualaikum,” Lokman berdiri dihadapan pintu dan masuk ke dalamnya. Setelah lima minit, dia telah keluar. Pelajar lain pula masuk, Khairin, Alya, dan Junaidah. Oh, tidak! Janganlah dia menjadi orang terakhir pula. Kenapa mesti dia yang menjad orang terakhir untuk bersemuka? Mesti Encik Mahmud guna masa yang lama untuk berbincang dengan Iida selepas ini.
Ketiga-tiga pelajar yang masuk ke dalam bilik Encik Mahmud pula keluar setelah 10 minit. Iida beralih-alih melihat jam supaya dia dapat bersemuka sebentar sahaja dengan Encik Mahmud. “Baiklah, Iida, masuk,” Iida tersentak seketika apabila namanya dipanggil lalu berjalan memasuki biliknya.
Bilik itu kelihatan kemas dengan meja makan tersusun di dalamnya. Dan terdapat juga beberapa pensyarah lain yang sedang menikmati juadah pagi mereka. Kadang kala mereka mengalihkan pandangan mereka kepada Iida yang sedang menuju ke arah Encik Mahmud sebelum menyambung makan ataupun bersembang dengan rakan-rakannya mereka.
“Baiklah, Iida. Silakan duduk,” Encik Mahmud menunjukkan kerusi yang terdapat dihadapan meja makannya. Iida bergerak menuju ke kerusi tersebut dan duduk di atasnya. Beg galasnya di bawa ke depan supaya dia dapat duduk dengan selesa.
“Iida, saya agak terkejut dengan keputusan awak pada semester kedua dan kuiz baru-baru ini. Saya tidak tahu apa yang susah dalam soalan pada semester kedua malah awak juga mampu menjawab dengan baik. Langkah pertama pada setiap jawapan awak sudah betul tetapi apabila melihat kepada langkah yang seterusnya, saya perhatikan banyak kesilapan, silly mistakes,” kata Encik Mahmud.
“Saya minta maaf, Encik Mahmud. Bukanlah saya inginka keputusan yang sebegini,”
“Jangan minta maaf dengan saya. Buat apa awak nak kminta maaf atas keputusan yang diperoleh awak? Keputusan yang awak peroleh ini tidak ada kena mengena dengan saya malah kalau saya nak, saya boleh ambil tidak kisah, kerana saya telah mengajar awak dengan baik,”
Iida terasa sakit hati mendengar apa-apa yang dikatakan oleh Encik Mahmud. Memanglah keputusan ini untuk dia seorang jadi mengapa Encik Mahmud ini mahu masuk campur?
“Namun, saya tidak mahu salah seorang daripada pelajar saya yang kena repeat pengajian mereka di dalam universiti ini hanya kerana gagal mendapat markah lulus,”
“Encik Mahmud, saya minta maaf kerana gagal mendapat keputusan yang baik dan saya akan berusaha lebih lagi pada masa hadapan, insya-Allah,”
“Berusaha tetapi tiada kesedaran tiada gunanya juga. Ia akan menjadi sia-sia seperti menghitung bulu kambing,” kata Encik Mahmud sebelum meminum sedikit air kopi yang dipesannya. “Awak ada masalah ataupun apa-apa yang menganggu awak?”
“Tidak, encik. Tiada,”
“Ada taka pa-apa yang awak mula buat apabila bermulanya semester kedua?”
Iida termenung. Benda yang dia mula buat apabila semester kedua ialah cupcakes. Tidak mungkin benda itu membawa masalah kepadanya.
“Encik ini takkanlah cupcakes pula yang menyebabkan saya jadi macam ini,” kata Iida.
“Cupcakes? Kenapa dengan cupcakes?” Encik Mahmud mula bertanya.
“Tidak, saya menemui minat baru. Saya mula membuat cupcakes hampir setiap minggu dengan menggunakan kantin kampus. Dan saya berasa seronok,”
“Boleh awak berhenti membuatnya?”
“Berhenti? Mana mungkin, Encik Mahmud. Ini merupakan impian saya, saya ingin membuka sebuah kedai bakeri yang berasaskan cupcakes,”
“Tidak bolehkah awak henti sementara?”
“Semestinya tidak boleh, Encik Mahmud. Tidak mungkin saya nak berhentikannya,” Ia merupakan impian arwah bapa dan Ika, adik saya,”
“Iida…,”
“Jadi, saya minta maaf saya tidak boleh berhenti, saya memang minat akan cupcakes dan saya tidak dapat berpisah dengannya,” kata Iida. Dia segera bangkit. “Saya minta maaf, Encik Mahmud tetapi saya perlu undur sekarang. “Assalamualaikum,”
Encik Mahmud terkejut dengan reaksi Iida tadi. Dia terpandang meja seketika sambil memikirkan sesuatu. Kemudian. Dia mengambil sehelai kertas di dalam fail yang di bawanya tadi. Kertas tersebut merupakan biodata Iida Amna bte karim. Di dalam biodata tersebut, ternampak nombor kenalan yang terdekat dengannya. Encik Mahmud terus mengambil telefon bimbitnya dan mendail normbor ibunya.
“Assalamualaikum? Boleh saya dapatkan ibu Iida Amna bte Karim?” katanya.
“Ya, saya Encik Mahmud bin Jaafar. Pensyarah kepada pelajar yang bernama Iida Amna bte Karim. Sebenarnya saya…,”
Iida berjalan pantas kerana dia hampir lewat sehingga 10 minit untuk kelas seterusnya. Kelas seterusnya ialah di makmal biologi yang berada jauh dari kantin di mana dia berjumpa dengan Encik Mahmud tadi. Iida berjalan pantas supaya dia tidak terlalu lewat.
Setibanya Iida di makmal biologi itu, kedengaran suara pensyarah wanita sedang memberikan pengajaran. Iida ragu-ragu sama ada dia patut masuk atau pun tidak. Dia takut jikalau dia masuk, dia akan dimarahi. Namun, jikalau dia keluar daripada pengajaran kelas ini pula, dia akan tertinggal akan ilmu pengetahuan yang penting pada hari ini.
“Iida?” kedengaran suara daripada dalam memanggilnya. Kelihatan pensayarah wanita tersebut sedang memandangnya. Dia menghentikan pengajarannya. Para pelajar yang berada di dalamnya pula memandang ke arahnya. Iida hanya mampu tersenyum pantas ke arah mereka sebelum emandag semula ke arah pensyarahnya.
“Awak lewat Iida. Saya sudah hampir habiskan taklimat saya pada hari ini kerana kita akan membuat eksperimen. Namun, awak boleh menyertainya tetapi awak akan perlu membuatnya kembali keseorang pada masa lain kerana ini ialah kerja amali,” kata pensyarah itu.
“Oh, saya minta maaf kerana lewat, puan! Benarkan saya masuk? Saya janji saya akan buat eksperimen ini pada masa yang lain,”
“Baiklah, nanti habis kelas, saya akan aturkan jadual saya supaya saya boleh melihat awak melaksanakan eksperimen awak. Masuklah,” kata pensyarah itu.
“Terima kasih,” kata Iida dan melangkah masuk ke dalam makmal tersebut. Dia menacari-cari meja yang memerlukan seorang ahli untuk menyertainya. Akhirnya, dia berjaya menemui Rohaiza. Dia melambai-lambai ke arah Iida supaya dia datang ke kumpulannya. “Saya minta maaf , Rohaiza,”
“Tidak mengapa. Macam mana tadi?”
“Tak nak cakaplah,” Rohaiza tertawa kecil kerana nampaknya Iida juga tidak mahu berkata mengenainya. Iida hanya membisu kerana dia masih lagi geram dengan apa-apa yang dikatakan oleh Encik Mahmud. Tidak mungkin dia akan melepaskan cupcakes. Tidak mungkin. Adalah impiannya untuk membuka kedai cupcakes.
Pada petang itu, Iida berkumpul dengan rakan-rakannya di pondok wakaf seperti biasa. Mereka tidak melakukannya di kafe kerana Daniel telah memberitahu awal-awal bahawa dia tidak dapat menghadiri bersama-sama dalam perjumpaan ini.
Keempat-empat mereka berkumpul semula untuk membuat kerja mereka bersama-sama. Sambil itu, mereka selikan juga perbualan ringan untuk melepaskan tekanan.
“Tahu tak? Hari ini saya kena panggil dengan Encik Mahmud,” kata Iida.
“Encik Mahmud? Pensyarah Matematik yang awak cakap garang itu? Kenapa? Dia suka performance awak ke?” kata Syukran.
“Ha, ha. Bukan suka tetapi marah. Sebenarnya markah saya rendah sedikit semenjak akhir-akhir ini. Saya pun tak tahu kenapa dan dia suruhlah saya fikirkan sedikit punca-puncanya.
“Jadi, awak tahu tak keputusannya?” kata Yana.
“Em, saya adalah terfikir yang sejak saya jadi minat pada cupcakes. Namun, saya tidak rasa factor itu sahaja. Sebenarnya, ada factor lain seperti aktiviti-aktiviti persatuan juga. PBSM misalnya, kerja saya tetap banyak biarpun saya boleh menyerahkan tanggungjawab saya kepada naib setiausaha. Pemakanan?”
“Kenapa dengan pemakanan? Awak tidaklah nampak erlebih kurus atau gemuk. Biasa sahaja. OK, OK, Body Mass Index (BMI) awak berapa?” kata Aisyah yang kelihatan teruja sambil memegang kalkulator dan bersiap sedia untuk mengira BMI Iida.
“Ish, saya ini OK! BMI saya Cuma 25 macam itu,”
“Tidak, untuk seseorang mengenakan baju dengan cantik, BMI dia kena 20 ke bawah,” kata Aisyah.
“Itu untuk pakai baju. Ini ialah prestasi saya dalam peperiksaan, tiada kaitan dengan BMI kan?” kata Iida.
Mereka berempat berseloroh. Mereka memang gemar menghabiskan masa bersama-sama kerana mereka memang memahami di antara suatu sama lain. Kadang kala terasa lucu dank dang kala ada juga perkara sedih seperti kepada Yana.
Namun, Yana kelihatan semakin sihat semenjak akhir-akhir ini. Dia pasti telah dapat menghadapi cabaran yang melanda kepada perniagaan ibunya. Pasti masalah itu telah selesai namun dia tidak pernah mengatakan apa-apa.
Sambil itu, mereka meneruskan perbualan mereka. Mereka terlupa untuk menyelesaikan kerja universiti yang perlu mereka laksanakan. Sekali kala jikalau mereka tidak melaksanakan pun apa salahnya. Seperti yang menjadi kata-kata Aisyah, “kadang-kadang kena juga break the rules kalau tidak bosan,”
Sambil mereka bersembang, tiba-tiba ada seorang pelajar junior perempuan menuju ke arah mereka. Mereka berempat berhenti bersembang buat sementara. Tidak pernah pula terdapat junior perempuan yang ke arahnya.
“Assalamualaikum, kak… Saya Ayuni,” kata pelajar tersebut.
“Ya, Ayuni, kenapa?” tanya Syukran.
“Ada seorang pelajar lelaki tunggu seseorang daripada kakak di pintu depan. Dia suruh saya panggilkan seorang kakak nama Iida,”
“Iida? Tahu tak siapa lelaki itu?”
“Abang Daniel,”
Mereka berempat tertawa seketika. Mereka tidak sangka pula seorang junior memanggil seorang junior abang. Mungkin sebab dia kelihatan tua daripada junior ini.
“Baiklah, Ayuni. Akak ucapkan terima kasih,” kata Iida dan bangkit. Untuk apa agaknya Daniel memanggilnya? “Baiklah kalian, saya nak pergi jumpa Daniel sebentar. Kalau saya lambat sangat kalian baliklah dahulu ya?”
“Ok, ehem. Kami faham,” kata Aisyah.
“Faham apa?” tanya Iida.
“Tidak mengapa, pergilah,”
Iida mengucapkan salam kepada mereka dan menuju ke pintu pagar Kolej Anggerik ini. Nampaknya Daniel sedang bersandar pada pagar tersebut. Di tangannya ialah beg kertas yang berisikan sesuatu. Iida tersenyum seorang diri, “Daniel!”
“Ya, saya ibu kepada Iida Amna seperti yang dikatakan oleh Encik Mahmud tadi,” kata ibu Iida. Dia sedang menyiapkan kerjanya apabila salah seorang kerani syarikatnya memanggilnya mengatakan terdapat seseorang bernama Encik Mahmud bin Jaafar ingin berkata dengannya. Biarpun tidak kenal, sebagai pekerja untuk produk kecantikan, kemungkinan itu adalah salah seorang pelanggan. Namun, tidak tersangka pula bahawa ia adalah daripa pensyarah Iida.
“Puan, sebenarnya saya ingin memberitahu puan mengenai prestasi anak puan pada semester yang lepas. Puan tahu bukan keputusannya?” kata Encik Mahmud di sebelah talian.
“Ya, adakah Encik ingin mengatakan mengenai keputusan anak saya yang memperoleh markah C dalam Matematik? Saya mohon maaf banyak-banyak. Saya memang tidak sangka dia akan medapat keputusan yang sebegini. Dia telah berjanji dia akan buat yang baik pada sem depan,”
“Sebenarnya saya bukan menelefon puan mengenai itu. Sebenarnya saya ingin menanyakan mengenai cupcakes,”
“Cupcakes? Ha, ha, ha. Kenapa encik ingin berbincang mengenai cupcakes?”
“Sebenarnya, saya syak cupcakes adalah punca kemerosotan keputusannya,”
“Encik, janganlah encik bergurau. Mana mungkin cupcakes ini akan membuatkan prestasi anak saya merosot,”
“Tidak, saya takut anak puan obsess dengan cupcakes sehinggakan tumpuannya dalam pelajarannya terjejas. Malah saya mendapati keputusan dalam subjek yang lain sama juga merosot. Dari aspek kokurikulum pula, dia mula tidak melaksanakan tugasnya sebagai setiausaha dengan baik, dan setiap hari Jumaat dia akan meminjam dapur di kantin di sini untuk memasak cupcakes,”
“Encik, saya… Saya tidak faham apa-apa yang encik katakan. Saya tidak rasa cupcakes ini akan menyebabkan prestasinya merosot. Saya rasa ia hanya khayalan encik. Tidak mungkin kerana…,” ibu Iida terhenti seketika. Dia teringat bahawa cupcakes ini berkaitan dengan suaminya dan anaknya, Ika. Tidak mungkin… Tidak mungkin… Ibu Iida mula berasa sebak tetapi dia cuba menahannya. Dia tidak boleh menangis apabila ada orang yang akan mengetahui bahawa dia sedang mengalirkan air mata. Dia cuba menelan air liur supaya suaranya jelas.
“Encik, saya pasti encik tersilap dan saya memang pasti bahawa cupcakes… Cupcakes tiada kaitan dengan prestasi anak saya. Sila maafkan saya. Saya ada kerja sekarang. Saya akan menelefon encik pada masa yang lain. Sekian,” ibu Iida terus meletakkan telefon pada tempatnya. Dia memusingkan kerusinya supaya menghadap dinding supaya pandangannya tidak dilihat oleh pekerjanya.
Tidak mungkin trauma Iida datang kembali? Fikir ibu Iida. Disebabkan kematiannya yang disebabkan oleh cupcakes Amna. Dia berada dalam keadaan trauma sepanjang perkara tersebut berlaku. Namun, perkara tersebut hanya berlarutan selam dua bulan. Kemudian, Amna kembali seperti biasa. Tidak nampak seperti dibelenggu sebarang masalah mahupun mengenai cupcakes tersebut.
Ibu Iida menekup mukanya dengan tangannya. Bagaimana dia boleh tidak sedar akan pekara ini? Kenapa dia tidak sedar bahawa apabila Iida membuat cupcakes pada cuti semesternya di universiti itu menandakan traumanya telah kembali? Dia masih tidak dapat lupakan bagaimana Iida hampir setiap hari menangis perlahan lahan selama dua bulan sehingga air matanya kering. Ya Allah, tidak mungkin trauma itu kembali. Amna. Amna. Bagaimanakah keadaannya sekarang? Janganlah dia makin melarat. Kenapa dalam setahun ini dia tidak sedar bahawa Iida dalam keadaan trauma?
Ibu Iida mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Iida. Kelihatan tiada orang yang menjawab. Mungkin dia sedang belajar sekarang. Siapa lagi yang dia kenal? Dia cuba mencari-cari sebarang nombor yang dianggapnya berkait rapat dengan Amna. Dia tidak mahu Amna tiba-tiba melakukan perkara yang tidak elok dan lebih teruk, membahayakan dirinya dan orang sekeliling. Ish, tiada langsung! Dia ternampak nombor Ilyas dan dia teragak-agak sama ada ingin menelefon dia ataupun tidak. Tidak. Dia tidak boleh manganggunya. Dia pasti sedang sibuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menentukan masa depannya seperti Kakaknya. Menjadi seorang pakar bedah.
Tiba-tiba dia terpandang sekelas pada nama yang pernah dia kenal. Daniel. Siapakah dia ya? Seperti dia pernah dengar nama ini tetapi dia tidak ingat bila. Mungkin dia mengenali Iida? Dia mendail nombor tersebut dan menunggu seketika.
“Ya, Daniel di sini. Siapa ini?” kata suara di dalam talian tersebut.
“Saya ibu Iida. Adakah awak kenal dengan dia?”
“Ya, saya kenal. Dia kawan saya,”
“Di mana awak berada?”
“UiTM?”
“Tolong anak saya, Daniel. Anak saya dia kembali trauma,”
“Trauma? Trauma apa mak cik?”
“Terhadap pemergian arwah suami saya dan anaknya yang juga merupakan adik Iida, Ika…,”
Cupcakes 8 – Melupakan
“Daniel! Kenapa engkau nak jumpa aku?” tanya Iida. Dia memandang sahaja Daniel yang tersenyum tawar kepadanya. Seperti yang dijangkakan, Daniel membawa sebuah beg kertas dan apabila Iida melihat isi di dalamnya, dia ternampak buku yang bertajuk ‘Kek Cawan’ yang ditulis oleh salah seorang penulis tempatan yang tidak dikenali olehnya. “Buku itu… Kau pun minat cupcakes ke?”
“Tidaklah, aku ingat nak bagi kepada kau tadi,” jelas Daniel. Dia seperti memikirkan sesuatu. Dia seolah-olah ingin mengatakan sesuatu yang mungkin akan menyebabkan Iida sedih. “Tetapi, tiba-tiba, ada masalah sedikit dengan pinjaman di perpustakaan tempat aku pinjam ini jadi tidak boleh bagi kepada kau. Minta maaf,” kata Daniel sambil tunduk dan memandang ke arah kanan.
“Tidak mengapalah, Daniel,” kata Iida. “Aku pun rasa bersalah sebab kau asyik carikan buku yang aku nak sedangkan aku sendiri tidak buat apa-apa,” Dia terhenti seketika, menyusun ayat supaya Daniel tidak berasa bersalah akan hal ini. “Lepas ini, kau tidak perlu buat apa-apa lagi, ya? Biar saya yang buat sendiri,”
“Tidak boleh, mak engkau suruh aku tengokkan… Terlepas…,” Daniel terlepas kata. Dia tidak sepatutnya mengatakan bahawa ibu Iida menyuruhnya untuk mengawasi Iida kerana takut dia akan berbuat sesuatu yang pelik, lebih-lebih lagi apabila dia menahan perasaan dan traumanya setahun lamanya.
“Mama? Mama aku suruh buat? Kenapa?” Iida mula tertanya-tanya kenapa ibunya tetiba menyuruh Daniel untuk menjaganya terasa kelakar pula kerana dia sekarang telah berumur 19 tahun. Apabila ibu masih bimbangkan anaknya yang sepatutnya dibiarkan berdikari, terasa seperti masih kanak-kanak pula.
“Tidak, sebenarnya ibu kau telefon aku tadi. Cakap yang kau buat cupcakes sebab… Sebab…,”
“Bukan aku dah cakap kepada kau ke? Bahawa saya suka buat cupcakes jadi aku boleh buka kedai bakeri cupcakes suatu hari nanti. Arwah Ika memang suka akan cupcakes yang kakak dia buat ini,”
“Boleh tidak kau tanamkan impian tanpa pengaruh sesiapa? Impian bukanlah sesuatu yang terlintas kerana dipengaruhi orang lain tetapi atas keinginan dan minat sendiri. Itu bukanlah impian kau, itu umpama paksaan kepada diri kau, Iida,”
“Apa yang kau cakap ini?” Iida melihat kepada jam tangannya, “Oh, minta maaf, Daniel! Aku dah terlewat, aku kena kembali kepada rakan-rakan saya kerana kami sedang melakukan perbincangan. Kau pun dah lama tak join sama. Bila ada masa, datanglah ya? Selamat tinggal,”
“Sebentar, Iida!” teriak Daniel kepada Iida yang telah jauh daripadanya. Iida memaling ke arahnya kembali, “Tolong jangan buat cupcakes buat sementara waktu?”
“… Em, tak boleh janji kerana kalau aku ada mood itu, kena buat, setiap Jumaat,” kata Iida sebelum berlalu pergi. Dia terasa aneh dengan Daniel. Kenapa dia tiba-tiba bereaksi sebegitu. Patutkah dia menelefon ibunya?
“Puan Marlia?” tanya setiausaha syaraikat di mana ibu Iida bekerja. Ibu Iida kelihatan baik sekali. Dia berjaya menghilang kesan-kesannya menangis keseorangan tadi dengan solekan. Walaubagaimana pun, pasti tetap ada kesan-kesannya/.
“Ya, Julia. Kenapa?” tanya ibu Iida. Dia melemparkan senyuman agar kesan dia menangis tidak ternampak oleh para pekerjanya.
“Encik Lee ingin berjumpa dengan Puan Marlia di biliknya sekarang,”
“Saya? Baiklah, beritahu Encik Lee saya akan datang sebentar sahaja lagi. Saya perlu mengemas meja ini. Hari pun dah nak balik, bukan?” kata Puan Marlia. Setiausaha tersebut mengangguk lalu menutupi pintu bilik ibu Iida.
Ibu Iida termangu seketika. Dia perlu tidak menunjukkan sebarang kesan menangis terutamanya kepada bosnya nanti. Dia menarik nafas perlahan-lahan sebanyak lima kali sebelum bangkit untuk menuju ke bilik Encik Lee. Biliknya terletak di hujung hadapan bangunan tempatnya bekerja. Dan di sebalik dindingnya yang kosong itu sebenarnya ialah cermin untuk Encik Lee memantau gerak-geri pekerjanya. Dia akan memastikan setiap pekerjanya menyiapkan segala tugasan yang diberi. Dan di luarnya juga telah dibahagikan kepada beberapa bahagian, promosi, pengiklanan, dan yang lain-lain. Puan Marlia mengetuk pintu Encik Lee.
“Encik Lee? Ini saya, Puan Marlia,” kata ibu Iida.
“Ya, ya. Puan Marlia. Silakan masuk,” Puan Marlia memutar tombol pintu dan membuka pintunya. Kelihatan di didalam sisi kiri dan kanan ialah rak dengan buku tebal menghiasi setiap ruang yang ada. Apabila dia memalingkan dirinya pada dinding yang juga tempat di mana terdapat pintu masuk ialah cermin terlekat sepenuhnya pada dinding tersebut. Dan dia dapat melihat jelas keadaan di luar. Para pekerjanya sedang bersiap-siap untu mengemskan tempat mereka sebelum pulang. Terdapat juga pekerja yang sedang menyemak masa pulang dan datangnya.
“Puan Marlia,”
“Ya, saya,”
“Saya amat kagum dengan cara awak kerja untuk meningkatkan penjualan produk ini. Saya juga tidak sangka idea yang diberikan oleh isteri saya lima tahun lepas cemerlang sebegini. Dan salah seorang yang berjaya merealisasikannya ialah and, Puan Marlia. I am impressed with you,”
“Terima kasih, Encik Lee. Sebagai seorang pekerja saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik,”
“Sebenarnya, memandangkan penjualan ini mendapat keuntungan yang besar. Saya bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan ini di negara luar dan pilihan saya yang pertama ialah Australia. And I want you to be one of the team,”
“Oh, Encik Lee? Betulkah?” kata Puan marlia. Dia seolah-olah tidak percaya kerana sebab sebenar dia berusaha keras adalah supaya dia dapat melupakan seketika akan suaminya. Dia tidak mahu, pemergianya menjadi faktor dia gagal pada hari seterusnya.
“Ya, dan saya akan suruh secretary saya untuk membuat passport untuk keluarga anda sama. Anggaplah ini sebagai percutian anda. Actually I knew the reason you work hard for these years, Actually I knew the reason you work hard for these years, Puan Marlia,” kata Encik Lee.
“Oh, terima kasih, Encik Lee! Saya amat menghargai jasa tuan. Saya memang tidak pernah terfikir langsung,”
“Namun, saya minta maaf kerana anda akan perlu ke sana bulan depan,”
“Bulan depan? Bagaimana dengan anak-anak saya?”
“Saya minta maaf. Saya tidak dapat membantu…,”
“Oh, tidak. Saya yang patut meminta maaf. Saya seperti tidak mengenang budi encik Lee. Saya akan memikirkannya sendiri. Janganlah Encik Lee risau,”
“Saya mohon maaf lagi sekali kerana perkara di sana telah teratur dan tinggal untuk dilaksanakan. Saya minta maaf. Namun, saya tidak memaksa awak untuk menerimanya. Awak ada hak,”
“Ya, saya faham. Saya undur dahulu dan biarkan saya berfikir buat seketika,” kata Puan Marlia sambil memohon kepada Encik Lee untuk kembali ke biliknya. Daripada cermin kelihatan, tinggal beberapa pekerja sahaja di luar. Yang lain nampaknya telah meninggalkan tempat kerja.
Puan Marlia menuju ke biliknya dan duduk di atas kerusi pejabat. Bagaimana dengan anak-anaknya? Ilyas sedang menduduki SPM manakala Iida masih dalam pengajiannya. Puan Marlia terfikir seketika. Dia termenung lama memikirkan akan jalan penyelesaian. Kerja-kerja yang tertangguh tadi dibiarkan sahaja di atas meja. Dia bercadang untuk menyiapkannya pada masa lain sahaja. Akhirnya, Puan Marlia bercadang untuk pulang awak sahaja pada hari itu. Dua perkara yang berlaku kepadanya pada hari ini. Satu berita gembira dan lagi satu berita yang tidak elok.
Puan Marlia menuju ke tempat letak keretanya di luar bangunan tersebut. Dia akan perluke Australia pada bulan depan yakni dia mempunyai masa sebulan untuk meneyelesaikan masalah ini. Dia perlu membuat keputusan yang tepat tanpa menjejaskan pihak-pihak yang terlibat.
Sepanjang pemanduan, tiada radio dibuka malah yang melingkari kereta Alzanya ialah produk syarikatnya dan bunyi enjin kereta. Dia perlu pantas berfikir kerana selepas ini pasti ada banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.
Apabila tiba ke rumah pada pukul 7.30 petang itu, Puan Marlia menuju ke biliknya untuk mandi dan makan makanan malam. Setelah menunaikan solat Isyak apabila terdengarnya azan berkumandang dia membuka komputer ribanya untuk menyiapkan kerjanya. Tiba-tiba, Puan Maria terlintas untuk membuka internet.
Puan Marlia melihat mengenai kaunselor ataupun pakar penasihat mahupun psikiatris. Mungkin dia boleh ambil peluan ini untuk merawat trauma Amna. Dia risau jikalau traumanya mungkin akan hilang tetapi akan datang kembali pada masa akan datang dan siapa tahu, mungkin akan lebih teruk.
Puan Marlia melihat pada nama-nama yang terdapat di situ. Kebanyakannya orang putih yang bekerja di situ. Puan Marlia bercadang untuk mencari warga tempatan sahaj kerana ia pasti lebih mudah dan senang untuk berkomunikasi.
Tiba-tiba, Puan Marlia terlintas pada nama yang menarik perhatiannya, Dr. Akmal Aaron, psychiatristof University of Adelaide, Australia, e-mail – xxxxxxxxxx, no. (uni) – xxxxxxxxxx.
Puan Marlia telah menemui seseorang yang boleh menolong Iida untuk menghilangkan traumanya. Bukanlah untuk melupakan arwah yang tersayang tetapi…
Keesokannya, Iida ingin ke kantin untuk menikamati sarapan pagi yang belum disentuhnya kerana terlewat bangun. Daniel malarangnya untuk membuat cupcakes pada hari Jumaat ini. Tidak mengapalah, dia juga perlu jimat akan duitnya. Duitnya tinggal sedikit sahaja sedangkan dia patut membelanjakannya untuk setahun. Sekarang dia perlu mengikat teruk. Dia tidak mahu membebankan ibunya.
Setelah selesai kelas pada waktu petang pula, Iida menuju pula ke perjumpaan PBSMnya di salah sebuah bangunan lama di UiTM. Mereka melakukan kawad sahaja hari ini dan Iida juga berpeluang untuk menjadi komander dalam latihan tersebut. Suaranya tidak kuat tetapi dia bersyukur kerana pelajar yang lain masih mampu memahami arahannya dengan baik.
Setelah setengah jam mengetuai kawad kaki, Abang Haikal tiba ke tempat mereka berkawad. Iida menghentikan latihan tersebut bagi menghormati Abang Haikal selaku tuan pengerusi PBSM ini. Tuan pengerusi tersebut memberikan taklimat mengenai program kebajikan yang akan dijalankan pada keesokan harinya dan meminta semua ahli yang trlibat untuk datang tepat pada masanya. Iida menyalin apa-apa maklumat yang penting untuk diisikan ke dalam laporannya pada hari ini. Fail yang menempatkan laporan tersebut juga telah tebal kerana mereka hampir setiap minggu pasti ada dua atau tiga kali perjumpaan yang berlaku.
Sementara Iida menulis laporan yang seperti diari harian itu, tiba-tiba Abang Haikal memanggil Iida. Iida menghentikan karangannya dan melihat kepada Abang Haikal kelihatan rakannya, Yana dan Aisyah berada di belakang para ahli PBSM. Mereka semua berpaling kepada mereka bertiga. Nampaknya mereka ada sesuatu yang ingin beritahu.
“Kenapa kalian jumpa saya? Kalau tidak, jarang langsung,” tanya Iida. Abnag Haikal meneruskan taklimatnya dan mengarahnya tidak perlu menyalin apa-apa lagi.
“Tadi kami nak keluar daripada kolej, nampak ibu awak. Dia cakap dia sedang menunggu awak di sana. Rasa macam urgent sahaja,” kata Yana.
“Ya ke? Sebenarnya jarang mak saya datang melawat pada waktu sebegini,”
“Itulah, kamipun pelik. Itu yang kami ingatkan urgent,” kata Aisyah.
Iida mengucapkan terima kasih kepada mereka berdu akerana memberitahunya sebelum merka beredar untuk membuat larian bersendirian. Iida menuju ke Abang Haikal untuk pulang awal daripada perjumpaan hari ini. Abang Haikal hanya mengangguk sahaja dan memohon dia menyerahkan sahaja laporan kepada naib setiausaha.
Iida berlalu pergi meninggalkan perjumpaan PBSMnya. Dia berlari-lari anak menuju ke kolejnya di mana ibunya sedang menantikannya. Harap-harap dia tidak lewat. Akhirnya apabila dia menghampiri Kolej Anggerik itu, kelihatan kerana Alza milik ibunya berada di depan pintu pagar besar. Iida mula berlari menuju ke ibunya.
“Mama?” kata Iida sambil mengetuk-getuk pintu kereta ibunya. Ibunya yang sedang membaca kertas pada tangannya mendongak kepadanya dan tersenyum dan memberikan isyara supaya masuk ke dalam kereta. Iida mengangguk dan memasuki kereta ibunya.
“Kenapa mama datang?” tanya Iida. “Mama tidak kerja ke?”
“Mama cuti hari ini sebenarnya, Amna. Rindu Amna. Lama mama tidak lihat muka anak Mama yang comel ini,”
“Ha, ha, ha. Mama ini. Oh, ya! Kenapa mama panggil Daniel? Kenapa tak telefon Amna sahaja?”
“Oh, minta maaf! Mama sahaja nak telefon nombor tersebut sebab mama tiada kenalan nama itu. Rupanya Daniel itu kawan Amna. Jadi mama suruhlah tengok-tengokkan Amna,”
“Oh, begitu. Ingatkan mama macam ada masalah nak beritahu sampaikan tidak mampu berkata sendiri kepada Amna,”
“Maafkan mama ya? Baiklah mama nak bawa Amna makan di mana ya? Mama belanja,”
“Ya ke? Eh, dah lama tak makan sama-sama dengan Mama di restoran. Amna tahu satu restoran yang ada makanan best. Amna pernah makan di sana dengan rakan-rakan Amna dahulu,”
“Ok, Amna tunjukkan jalan ya?”
Iida menunjukkan jalan kepada ibunya untuk menuju ke restoran yang diperkatakan oleh Iida. Kadang kala, mereka ada juga bersembang. Mereka ketawa, terkejut, dan tersenyum sama-sama. Telah lama mereka tidak berada dalam suasana sebegini lebih-lebih lagi setelah pemergian mereka. Dan kalau Ilyas ada di sini, pasti suasana lagi meriah walaupun Ilyas banyak mendiamkan diri sahaja.
“Eh, mama! Mama! Sini, sini,” teriak Iida. Puan Marlia hanya tersenyum melihat restoran yang dikatakan oleh Amna. Restoran itu kelihatan cantik dan menenangkan. Dia meletakkan keetanya di tempat letak kereta yang berdekatan. Iida keluar daripada kereta tersebut setelah ibunya mematikan enjin keretanya.
“Baiklah, Amna. Pilihlah apa-apa makanan yang Amna nak ya?” kata ibunya.
“Ya, mama. Terima kasih,” Ida melihat kepada makanan yan terdapat pada menu tersebut. Kebanyakannya makanan Timur dan makanan Barat pula tidak mempunyai banyak sangat pilihannya. Airnya pula kelihatan cantik pada rekaan namanya. Unik nama-nama yang ditulis.
Sedang Iida mencari-cari makanan yang sesuai. Seorang pelayan telah tiba ke meja mereka duduk untuk mengambil pesanan mereka.
“Bagi saya Nasi Goreng Kari dan air bandung ya, Amna nak apa?”
“Saya nak Fish and Chips dan jus epal,”
Pelayan itu mengangguk dan menyalin pilihan yang dipesan dan berlalu pergi dari meja Iida dan ibunya.
“Jadi,mama. Kenapa mama datang ke sini?”
“Mama sebenarnya ada berita baik untuk Amna,”
“Wah, betulkah? Agaknya apa ya?”
“Cuba Amna teka,”
“Em, mama naik gaji?” kata Iida. Ibunya hanya menggelengkan kepalanya.
“Mama… Dapat … hadiah BSN?” kata Iida.
Puan Marlia hana ketawa kecil mendengarnya sebelum menggeleng. Memang setiap bulan dia akan beliau wang BSN dengan mengharapkan dirinya mendapat salah satu tempat.
“Tak taula Mama. Semua salah,”
“Mama sebenarnya dapat tawaran kerja di Australia!!!” Iida membulatkan matanya. Dia tidak percaya akan apa-apa yang mendengarnya. Dia amat gembira dengan ibunya.
“Mum, I am so proud of you!!” kata Iida.
“Ini ialah berkat doa Amna dan Ilyas, tahu?” Alhamdulillah, bulan depan kita akan pergi,”
“Kita? Mama, takkan Amna kena ikut? Amna tak habis belajar lagi. Ilyas pun nak SPM,”
“Mama ingat nak Amna berhenti studi di sini dan further study di sana sahaja. Mama dah beritahu Ilyas dan dia cakap dia akan datang ke sana selepas di atamat SPM,”
“Mama… Amna suka belajar di sini dan Amna ada peluang untuk buat cupcakes seperti yang Amna mahu,” kata Iida merayu kepada ibunya. Dia ingatkan ibunya seorang sahaja yang akan pergi ke sana.
“Amna, dengar sini. Kalau Amna pergi sana, Amna boleh rawat trauma Amna…,”
“Trauma? Trauma apa yang mama katakan ini?”
“Amna… Apa yang buatkan Amna nak buat cupcakes selalu ialah kerana hanya cara ini sahaja bagi Amna untukmengingati papa dan Ika…,”
“Tak adalah mama. Ini ialah impian Amna, Ika sendiri kata bahawa dia teringin melihat Amna membuka sebuah kedai bakeri cupcakes…,”
“Amna…,”
“Mana ada Amna trauma… Tiada… Tiada trauma. Amna tidak trauma,” kata Iida. Tiba-tiba dia terasa mengantuk. Pandangan ibunya kelihatan kabur dan tidak jelas sedangkan dia tidak rabun. Dia memejam celikkan matanya berkali-kali. Tangan kanannya diangkat diletakkan ke atas kepalanya yag kecil. Seteleh itu, Iida terasa seperti ingin pitam.
“Amna? Amna? Amna?....” kedengaran suara ibunya yang semakin perlahan. Sebelum dia sedar, pandangannya telah hitam.
***
Bunyi ‘bip’ jelas kedengaran mengikut turutannya. Terasa seperti ada benda yang melingkari tangannya. Dia cuba membuka matanya tetapi tersa berat. Dipaksanya juga, menggunakan segala kudrat yang ada untuk melihat dunia yang dia alami sekarang. Kedengaran suara kanak-kanak memanggilnya.
“Kak Amna… Kak Amna…,”
Iida terpegun, itu ialah suara Ika. Dia cuba mengerakkan tangannya untuk mencari-cari punca suara itu. “Ika… Ika… Mana awak?”
“Amna! Amna!” kini suara wanita pula kedengaran. Kali ini suara iu kelihatan serak-serak seperti sedang menangis.
“Kak Amna…,”
“Mama… Ika?” mata Iida mula terbuka sedikit demi sedikit. Kelihatan di hadapannya ialah ibunya dan adiknya, Ilyas.
“Mama? Kenapa Amna ada di sini?” Iida mula sedar. Dia melihat sekeliling. Terdapat doktor dan jururawat sedang melihatnya.
“Amna, awak pengsan beberapa hari selepas kejadian di restoran itu… Maafkan mama… Mama tidak sepatutnya buat macam itu kenapa Amna… Mama tidak sangka Amna terjejas sehingga sebegini… Ilyas pula bimbangkan awak. Itulah dia memohon kebenaran untuk pulang melihat keadaan Amna…,”
Iida memejamkan matanya. Kepalanya masih terasa sakit di sebelah kiri. Jadi, benarlah apa-apa yang berlaku. Mimpi tadi ialah kebenarannya…
“Mama…,” Iida berkata sepatah. “Jikalau betul Amna sebenarnya trauma… Bolehkah ia sembuh?”
“Amna… Ya, ya. Ia akan sembuh. Amna akan tidak dapat dipengaruhinya… Dan mama dah jumpa doktor yang dapat merawat Amna nanti di Australia. Semasa di Australia nanti kita rawatkannya ya?”
“Baik, mama. Terima kasih…,” sekali lagi, Iida terlena dalam tidurnya. Biarlah dia rehat buat seketika.
Seminggu selepas itu. Iida berupaya kembali ke universitinya seperti biasa. Namun, kali ini dia bukanlah ke sana untuk meneruskan pengajiannya. Dia akan memohon permohonan untuk menangguhkan pengajiannya. Tidak pernah terfikir untuk berhenti terus. Cukuplah sekdar dia menangguhkan dahuku pengajiannya. Insya-Allah selepas dia pulang pada suatu hari nanti. Dia akan mengumpul kudrat untuk meneruskan pelajarannya. Masa itu dia akn menjadi kuat kerana dia tahu pada masa itu, hanya tinggal dia seorang sahaja di sini. Ibu dan Ilyas pasti berada di tempat lain yang lebih jauh.
Setelah mengemukakan permohonannya menangguhkan pengajian dan menguruskan hal-hal yang lain. Iida menuju ke bilik pensyarah Matematiknya, Encik Mahmud bin Jaafar. Kelihatan dia sedang berbual dengan seseorang dan apabla melihat Iida dia terus meminta diri untuk menamatkan perbualan tersebut.
“Assalamualaikum, encik,”
“Waalaikumusalam. Apa khabar Iida?”
“Alhamdulillah saya sihat. Di sini saya ingin memohon maaf jikalau saya ada menyusahkan encik selama ini. Mungkin saya ada buat perangai saya minta maaf. Saya akan berlepas ke Australia dalam beberapa minggu… atau tahun selepas ini dan… Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan encik,”
“Saya mendoakan awak dapat menyelesaikan segala masalah yang awak hadapi,”
“Ya, terima kasih, tuan,” kata Iida dan berlalu dari situ. Jikalau Encik Mahmud bin Jaafar tidak sedar akan perkara ini, mungkin dia akan masih bergelut dengan trauma ini? Iida berhenti melangkah. Dia terlupa untuk memberikan sesuatu kepada Encik Mahmud.
“Encik!” kata Iida. Encik Mahmud melihat kepadanya apabila dia ingin menghadap pada komputer.
“Ini ialah cupcakes yang saya buat. Harap-harap encik terima,”
“Terima kasih. Ingat juga awak nak berikan kepada saya?” jenakanya.
“Ha, ha. Ya, terima kasih!”
“IIDA!” jerit rakan-rakannya. Mereka berada di pintu pagar depan kolej Anggerik. Dan yang ada bersama dengan mereka dan tunggu di perhentian bas ialah Daniel dan Abang Haikal.
“Kalian?”
“Iida, kenapa tidak mahu beritahu kita awak nak pergi Australia? Taknak kita kirim cenderamata ya??” kata Aisyah. Dia kelihatan risau sambil memegang kedua-dua belah tangan Iida.
“Saya minta maaf, Aisyah…,”
“Tidak baik tahu. Tetiba sahaja Abang Haikal beritahu awak tak jad setiausaha sebab nak pergi negara orang,” kata Syukran pula. Abang Haikal yang berada di belakangnya hanya menggeleng .
“Sebab apa awak nak pergi sana?” kata Yana pula.
“Em, adalah hal yang tidak boleh saya beritahu,”
“Ala, dia mesti nak tengok cupcakes di luar sana itu,” kata Daniel menyampuk. Rakan-rakannya terkejut dengan apa dikatakannya.
“Betul?” kata Yana yang seolah-olah tidak percaya.
“Err… Lebih kurang. Mungkin,”
“Apalah awak ini…,” kata Aisyah. “Jadi awak lepas ini terus pergi?”
“Ya, saya perlu pulang nak pack pakaian… Saya minta maaf. Ini ialah kali terakhir kita bertemu. Saya akan rindu kalian…”
“Wah, Iida jangan lupa hubung dengan kita ya? Hantar surat ke, e-mail, gambar, ataupun cenderamata ke,” Syukran girang mengatakannya.
“Ya, baik…,” balas Iida. Daniel pula kini berjalan ke arahnya.
“Nah, ini buku cupcakes. Sebenarnya aku yang beli buku ini untuk kau, harap engkau bacanya di sana. Jangan pula tinggal di sini,”
“Oh, yak e? Wah, terima kasih Daniel! Aku terharu betul. Mesti banyak awak belanja,”
“Tidaklah banyak sangat,”
“Jaga diri kau masing-masing ya?” kata Iida kepada Daniel kemudian memalingkan kepalanya kepada Abang Haikal. “Abang Haikal, terima kasih kerana datang ke sini. Terima kasih juga kerana melantik saya sebagai setiausaha. Banyak pengalaman yang saya perolehi,” Abang Haikal hanya mengangguk.
“Kalau tidak, saya ingat nak bagi kepada awak jawatan ini apabila saya ‘bersara’,”
“Ruginya… Tak apalah. Mungkin pada masa lain pula ya. Syukran, Yana, dan Aisyah, awak banyak menolong saya dan merupakan sahabat baik yang pernah saya miliki… Terima kasih banyak-banyak.
“Jaga diri ya,”
“Baik Yana,”
Akhirnya sebuah teksi tiba kepada Iida untuk mengambilnya pulang ke rumah.
“Kalian jaga diri ya???” kata Iida dari dalam teksi.
“Ya, dan terima kasih untuk cupcakes ini!” kata Aisyah.
“Assalamualaikum!”
Belum sempat Iida mendengar balasan salam daripada rakannya, teksi telah jauh meninggalkan mereka, Iida teringin menyuruh oemandu ini berhenti tetapi dibiarkan sahaja. Kita akan bertemu lagi. Itulah yang difikirkan oleh Amna. Di atas kertasnya ialah e-mail rakan-rakannya tadi. Namaknya jenuh dia ingin membalas e-mail nanti. Di dalam beg galasnya pula, buku putih mengenai cupcakes tetap dipegangnya.
“Papa… Ika…,” Iida berkata-kata perlahan. “Amna tidak boleh janji Amna boleh lupakan papa dan Amna. Tetapi dengan dugaan ini, Amna akan menjadi kuat dan lebih tabah dan cekal lagi. Dan tidak akan berputus asa. Tidak akan lagi,”
Pulang ke rumah, kedengaran bunyi bising di dalam rumah Iida. Iida mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi tersebut dan mengambil segala bagasi yang dikemasnya tadi ke luar rumah. Dia berjalan masuk ke dalam rumah.
“Mama? Kenapa bising ini?”
“Amna, mama tidak boleh bawa semua baju mama. Aunty Suzie kata… Mama kena pilih. Tapi kita kan nak duduk lama?”
“Isk, Lia. Baju ini tidak expired. Awak basuh boleh pakai lagi!” kata Aunty Suzie.
“Ya, mak. Nanti kita boleh beli di sana. Malah yang lebih cantik daripada ini pun ada!” kata Iida.
“Eh, betul juga, bukan?” kata Puan Marlia. Dia merupakan adik kepada Aunty Suzie jadi apabila mereka berdua bertemu pasti kecoh rumah kerana kali ini Aunty Suzie perlu menjadi seorang kakak yang tegas manakala ibu Iida menjadi seorang yang manja.
Iida tidak sabar untuk ke Australia. Dia akan berlepas minggu depan dan akan diikuti oleh Ilyas sebulan selepas itu. Dia juga akan berubat untuk memulihkan traumanya, Kasihan pula melihat ibunya yang terpaksa bersusah paya mencari psikiatris untuk memulihkan kesakitannya dan dia berdoa dia dapat menjadi seorang yang tabah selepas ini. Insya-Allah.
Epilogue – Beginning
Kedai itu terasa agak sunyi. Sunyi kerana tiada sesiapa pun di dalamnya. Namun, kedai ini telah terhias cantik. Warna krim dijadikan warna dindingnya dengan kontra coklat di dinding hadapan pintu kedai tersebut. Kedai ini sejuk dengan pemasangan penyaman hawa seperti kedai yang lain. Bukanlah seperti yang berwarna putih itu, tetapi seperti di hotel-hotel yang pernah kita lihat. Suhu bilik tersebut kini ialah 24’C.
Di sisi kedai tersebut terdapat rak yang tersusun kemas. Terdapat dua tingkat pada setiap lapan rak yang ada di sini. Ditengahnya pula terdapat meja bulat yang masih lagi kosong tidak mempunyai apa-apa di atasnya,
Pada setiap tetingkat yang ada terdapat empat dulang yang berwarna putih teratur di setiap ruang yang ada pada setiap tingkap tersebut. Dan di hadapan dulang tersebut terdapat sekeping kertas keras dan tertulis nama-namanya yang tersendiri seperti Basik, Memoria, Impian dan banyak lagi. Namun, di atas dulang tersebut masih tidak terdapat apa-apa, kosong.
Tiba-tiba pintu yang berada pada dinding yang berwarna coklat itu dikuak buka dan seorang wanita bertudung merah jambu keluar. Dia memakai blaus yang bercorakkan warna country. Dia keluar kerana ingatkan ada seseorang yang masuk ke dalam kedai ini. Dia memandang ke kiri dan kanan kedai tersebut untuk meihat jikalau ada sesiapa. Tiada. Mungkin hanya khayalan dia sahaja.
Pandangannya kini bukan lagi tertumpu kepada pencarian kelibat yang mungkin termasuk ke dalam kedainya tetapi kepada ruang kedainya sendiri. Dia melihat sekeliling berkali-kali dengan sebuah senyuman terukir pada bibirnya.
Dia telah menetap selama sepuluh tahun di negara asing dan akhirnya bulan lepas dia dapat pulang ke tanah air ini. Walau bagaimanapun, ibu dan adiknya masing-masing tidak mampu ikut kerana mereka ada perkara sendiri yang perlu diselesaikan di Australia. Ibunya masih lagi giat mempromosikan produk kecantikan syarikatnya ang kini mula mendapat nama dalam kalangan masyarakat di situ manakala adiknya kini sedang mengikuti pengajian perubatan di sana yang akan membolehkannya menjadi seorang pakar bedah suatu hari nanti. Mungkin dalam setahun lagi dia akan menamatkan pengajiannya.
Semenjak berada di sana dia terasa amat tenang. Dia terasa seolah-olah dia tidak mempunyai sebarang masalah lagi. Biarpun duduk di sana, pada setiap tahun, mereka akan datang ke Malaysia selama dua atau tiga hari untuk melawat kubur arwah papanya dan Ika. Jikalau sebelum dia ke sini, mereka hanya sekali sahaja pergi ke sana. Pada masa itu kami masih dalam frasa menyesuaikan diri. Dua tahun tidak bukup untuk kami melupakan segala kenangan yang ada. Bukan lupa, tetapi dikenangkan.
Kini, dia akan mula tinggal di sini. Ibu dan adiknya tetap akan melawatnya, mereka berjanji. Namun, tidak pasti bila. Mungkin pada akhir tahun kerana pada masa itu sahaja yang adiknya cuti.
Namun, melihat kepada umurnya yang tua, kini berusia 29 tahun, dia teringat kembali janjinya pada sepuluh tahun lalu kepada rakan-rakannya. Rasa malu mula membelenggu diri. Agak-agaknya mereka masih ingatkan dia? Mereka mampu saling berhubung di antara satu sama lain tetapi tiba-tiba hubungan itu terputus ditengah jalan. Kini, telah lima tahun mereka tidak berhubung. Iida juga gagal untuk memberitahu mereka mengenai pembukaan kedai yang akan berlangsung pada minggu depan. Sekarang, Iida sedang dalam proses untuk menyiapkan segalanya yang masih berbaki.
Sebelum dia datang ke sini, dia ada menghantar e-mail kepada enam orang rakannya di sini memberitahunya mengenai kedai ini. Buat masa sekarang dia adalah keseorangan dan dia memerlukan sokongan bagi membolehkannya berjalan ke hadapan.
Sedang Iida berfikir, pintu masuk ke kedainya dibuka. Iida yang sedang termangu memalingkan kepalanya untuk melihat sesiapa yang datang. Adakah ia pekerja daripada syarikat yang menjualkan kedai ini kepadanya?
Dia amat bersyukur kerana sepanjang berada di sana selama 10 tahun, dia diberi peluang oleh ibunya untuk bekerja di syarikat tempatnya bekerja. Dari situ, dia mendapat gaji secara bulanan dan mencukupi untuknya membeli kedai ini pada harga yang berpatutan.
Apabila Iida berpaling, dia terkejut untuk melihat seseorang yang datang ke sini. Bukan seorang… Ada empat orang kesemuanya dan Iida masih ingat akan mereka.
Syukran, Aisyah, Yana, dan juga Daniel. Mereka nampak berubah langsung dan sehinggakan wajah mereka sepuluh tahun lalu hampir tiada pada riak muka mereka. Kita telah dewasa…
Syukran dan Aisyah masing-masing memakai baju kurung. Syukran memakai baju kurung cotton ungu manakala Aisyah memakai baju sutera yang berwarna hitam. Yana pula memakai jubah seluar merah cair dan bersulamkan labuci yang berkilauan. Dan Daniel, dia formal. Seperti pekerja korporat. Adakah dia telah berjaya membuka sebuah perpustakaan awam?
“Kalian…,” kata Iida. Dia berjalan ke arah mereka yang masih berdiri di pintu masuk. “Ya Allah, tidak sangka saya akan bertemu dengan kalian… Memanglah kita akan bertemu tetapi tidaklah cepat sebegini!” Iida memeluk setiap rakannya bermula dengan Syukran, Aisyah, dan Yana. Daniel? Ha, ha, mana boleh.
“Ya, awak berubah, Iida. Awak nampak cantik!” kata Aisyah. Matanya kelihatan berair melihat Iida. Iida hanya ketawa sahaja dengan kata-katanya. Macam mana dia boleh cantik? Dia tidak mengenakan sebarang solekan melainkan pengincu bibir sahaja.
“Apa-apa sahaja, saya pakai lipstick sahaja,” balas Iida.
“Awak kenapa tidak balas e-mail kami? Sejak lima tahun lepas kita terputus perhubungan. Awak tahu tidak betapa bimbangnya saya? Saya takut apa-apa terjadi kepada awak. Sudahlah awak berada di bumi asing,” kata Syukran. Dia kini berkaca mata tanpa bingkai dan ia menampakkan wajahnya comel. Jikalau dia tidak memakai kaca mata, dia akan kelihatan matang sebenarnya.
“Saya pun tidak tahu tetapi macam mana kalian tahu saya berada di sini?”
“Ada spy agaknya,” kata Yana.
“Huh?” kata Iida tidak percaya kemudian mereka semua ketawa. Tiada sesiapa yang tahu punca sebenar mereka boleh mendapat e-mail yang dihantar oleh Iida mengenai kedai ini. Namun, pentingkah ia? Kini, mereka telah bertemu.
“Apa yang berlaku sepanjang ini, Iida?” Daniel mula mengeluarkan suaranya. Suaranya telah serak-serak basah dan tidak lagi kelihatan main-main seperti sebelum ini.
Iida hanya melemparkan senyuman kepada Daniel, “Marilah masuk ke belakang. Ada meja besar di sana. Kita boleh bersembang di sana,” kata Iida sambil menunjukkan arahnya. Sebelum itu, dia menuju ke pintu depan dan menguncinya supaya tiada sesiapa akan masuk. Kedai ini belum lagi dibuka. “Mari,”
Iida membuka pintu ke belakang di dalamnya terdapat sebuah dapaur yang terbuka. Yang paling ketara boleh dilihat ialah terdapat tiga ketuhar besar di dalamnya. Dan bau-bau wangi seperti di kedai bakeri yang sebenar jelas. Di tengahnya ialah meja makan yang terdapat mangkuk berisikan buah-buahan seperti epal, anggur, oren, dan pisang.
“Marilah duduk di sini,” kata Iida. “Saya buat air sebentar,”
“Macam mana kalian boleh masih berkomunikasi di antara satu sama lain?” kata Iida. Dia tidak sangka bahawa mereka berempat boleh datang bersama-sama.
“Internet, Iida. Sekarang dunia tanpa sempadan. Degan internet, biarpun kita duduk berjauh batu, kita dapat berhubung. Tetapi agaknya Australia dan Malaysia terlalu jauh?” kata Yana menyindir. Mereka berempat berhubung melalui laman sosial yang memang terkenal sejak sepuluh tahun ini dan mereka tidak lupa untuk mengikuti arus ini. Namun yang anehnya, Iida tidak dapat dihubung.
Iida hanya ketawa kecil mendengarnya. Dia tiba-tiba terasa kasihan pula kepada rakannya. Mungkin kalau jauh sebegitu, tidak boleh berhubung sebenarnya. “Minta maaf ya? Tetapi kita dah bertemu sekarang, bukan?” kata Iida sambil menyuakan Earl Grey pada meja. Yana menolong Iida dengan membawa cawan dan pelapiknya menyusun disetiap rakan-rakannya.
“OKlah, baik jangan ungkit, nanti tidak kenang budi pula,” kata Syukran yang mula menghirup teh yang telah dituangkan oleh Iida tadi. “Jadi awak macam mana? Kami nak dengar cerita awak dari A sampai Z,”
“Banyak itu, mungkin ambil bertahun-tahun macam sepuluh tahun!” kata Iida.
“Pendekkanlah, Iida,” kata Daniel. Biarpun dia keliatan tegas tetapi daripada suaranya dia memang ingin tahu. Iida melihat atas seketika dan mula mengatur perbicaraannya yang akan mengambil masa lama.
“Seperti mana yang awak telah tahu, saya dan ibu saya telah berlepas ke Australia dua tiga minggu selepas itu. Ilyas, adik saya tidak ikut saya kerana dia menghadapi SPM masa itu, selepas sebulan baru dia datang untuk tinggal bersama-sama dengan kami,”
“Apa khabar adik awak? Masih renggang?” kata Aisyah.
Iida menggelengkan kepalanya, “Tidak, kami sudah kembali baik. Rupanya dia ingat akan perkara itu, sebab itulah dia bantah apabila saya membuat cupcakes …,” kata Iida. Rakan-rakannya sebenarnya tidak tahu bahawa pemergian arwah papa dan Ika membuatkannya melakukan cupcakes. Dia sebenarnya dibayangi perasaan bersalah yang diingatnya telah hilang.
“Berbalik kepada cerita tadi, lepas kami bertiga ada di sana. Ibu saya memulakan kerjanya untuk membina produk kecantikan berasaskan syarikat tempatnya bekerja. Itu adalah sebab pertama ibu saya ke sana,”
“Ibu saya diberi peluang untuk mereka ideanya sendiri dan kemudian dia terfikirkan satu nama yang dia suka. Seperti mana yang awak tahu, ibu saya suka aksara ‘I’. Sehinggakan nama kami semua bermula dengan ‘I’. Jadi nama produk di sana ialah I’s,”
“Eh, saya pernah baca artikel pasal produk itu di internet tetapi saya tidak ingat apa ‘I’ itu,” kata Syukran.
“I’s mewakili perkataan Inggeris yang boleh dikaitkan dengan kecantikan. Ada sepuluh kalau tidak silap saya, Illuminate, Immaculate, Impression, Incessant, Indulgence, Ingenious, Inspiration, Intimate, Invigorous, dan lagi satu… Saya tidak pasti tetapi kesemuanya berkait dengan kecantikan,”
“Alhamdulillah, cadangan ibu saya diterima oleh bosnya dan kini telah berkembang. Mereka yang mencubanya akan dapat mengalami seperti yang ada dalm perkataan Inggeris tersebut,”
“Saya nak cuba tetapi di sini tiada ya?” tanya Yana.
“Em, sini tiada kerana produk itu atas nama lain di sini. Kalian cuba sahaja produk tersebut. Hasilnya tetap sama. Hanya yang berlainan ialah nama komersialnya,” kata Iida. “tetapi… Sejak hari itu, ibu saya memang sibuk. Namun, dia tetap tidak mengabaikan kami. Pada waktu malam, dia masih ada di rumah,”
“Hm…” Aisyah mengangguk tanda faham akan penjelasan Iida.
“Awak pula macam mana?” kata Daniel kepada Iida. Iida terdiam seketika, dia perlu menyusun ayat supaya kisah dia merawat dirinya dengan ahli psikiatris menjadi rahsia.
“Sebentar, sekarang mengenai adik saya pula, Ilyas selepas mendapat keputusan SPMnya, dia terus ditawarkan pengajian A-Level di Australia dan kini dalam pengajian dalam bidang surgeri dan insya-Allah akan menjadi seorang pakar pedah yang cemerlang. Dan saya pula, ialah apa yang awak lihat sekarang,”
Iida tersenyum melihat rakan-rakannya yang hairan dengan jawapannya.
“Saya tetap berusaha mengumpul duit dan Alhamdulillah, kedai ini saya yang beli,” kata Iida sambil melihat ke atas. “Kalian pula macam mana? Sudah kahwin? Kerja? Dapat anak?”
“Oh, awak belum kahwin?” tanya Syukran
“Tidak, masih solo agaknya,” kata Iida.
“Tidak mengapa kami beritahu?”
“Amboi, saya telah beritahu kisah saya, tidak mungkin kalian tak nak beritahu beritahu kalian pula. Tidak adil…,”
“Baik, baik. Saya surirumah sahaja…,” kata Syukran malu-malu.
“Kepada Abang Haikal ke?”
“Eh, sudah lama saya tidak dengar nama itu,” kata Syukran. “Tidaklah dengan orang lain,”
“Kenapa???” tanya Iida. Dia ingatkan Syukran dan Abang Haikal akan berkahwin dahulu.
“Tiada jodoh agaknya,” Syukran mengeluh. “Eh, apa yang saya cakap ini? Saya sudah kahwin dan ada anak dua orang sudah!”
“Ya ke? Wah, tahniah, Syukran!” kata Iida. “ Awak pula macam mana Aisyah?”
“Say dapat kerja engineer di Tenaga Nasionak Berhad dan masih bujang macam awak. Tiada orang ingin berkahwin dengan seseorang macam ini,”
“ Tidak, Aisyah. Saya percaya jodoh awak akan datang pada suatu hari nanti, Insya-Allah!”
“Terima kasih, Iida, Yang lain pun kata macam itu kepada saya. Lagipun, saya selalu keluar negara. Jadi tiada masa sangat,” kata Aisyah sebelum menjeling ke arah Iida. “Tidak mahu tahu ke berita mereka berdua?”
“Oh…,” Iida berkata perlahan. “Eh, berdua? Yana dan Daniel? Apa yang terjadi kepada awak berdua?”
“Ha, ha,” Yana ketawa malu dan kemudian mengangkat jari kananya. Sebiji cincin bertatahkan berlian ada pada jari manisnya. Dan baru Iida sedar. Dari tadi, yana dan Daniel duduk bersebelahan dari tadi.
“Oh, Yana! Tahniah,” kata Iida. “Saya tidak sangka awak berdua dah menjadi suami isteri!” Aisyah dan Syukran hanya tersengih. Mereka juga tidak menyangka, tetiba mereka mendapat surat jemputan mereka berdua.
“Daniel banyak membantu saya memulihkan kembali perniagaan tudung mak saya, dan sekarang saya amat terhutang budi dengan Daniel,” kata Yana dan memandang ke arah Daniel.
“Daniel, awak pula? Adakah awak dapat membuka sebuah perpustakaan? Saya ingin pinjam buku cupcakes,” kata Iida.
“Awak dah pernah pergilah,” kata Daniel.
Iida tertanya-tanya. Dia pernah pergi ke perpustakaan Daniel? Di mana? Iida cuba ingat kembali sama ada Daniel ada perpustakaan melainkan… Di kawasan perumahannya itu?
“Yang di perumahan saya itu… Perpustakaan awak?” tanya Iida. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa-apa yang diperkatakan oleh Daniel sebelum dia mengangguk perlahan-lahan.
“Kenapa tidak beritahu saya? Daniel, saya ingatkan orang olain dan saya dengar awak kerja di sana, bukannya pemilik!”
“Ha,ha. Tipu agaknya,” kata Daniel.
“How could you?”
“Ah, Ok, Ok! Iida sabar, sabar,” kata Yana.
Iida kemudian ketawa kecil. “Daniel, awak ini kelakarlah. Saya tidak sangka awak telah mampu membuka sebuah perpustakaan,”
“Ya, dan saya ingat nak meluaskannya. Saya nak bina perpustakaan seperti di Jepun, ada kafe siber, ada majalah, komik, televisyen, dan macam-macam lagi,” Daniel berkata dengan seronok. “Minggu depan selepas pembukaan kedai cupcakes awak, saya dan Yana akan ke Tokyo, Jepun untuk mengutip pengetahuan lagi mengenai perniagaan sebegini. Saya percaya ia akan mendapat tempat di sini pada suatu hari nanti,”
“Wah, Daniel! Saya mendoakan kejayaan awak! Dan memang jemputlah ke pembukaan kedai ini nanti. Saya juga telah jumpa beberapa orang pekerja. Dan kedai ini bukan sahaja menjual cupcakes tetapi roti, kek, dan manisan seperti kedai bakeri yang lain. Inilah impian saya!” kata Iida. Dia memang telah merancang untuk membuka kedai bakeri di sebuah pusat membeli-belah yang kini sedang meningkat naik. Pda setiap hujung minggu, ramai pelanggan yang datang untuk mmebeli belah di sini dan bagi Iida ini ialah peluang yang baik untuk dia membuka kedai bakeri.
Daniel memandang Iida. “Bukan kerana arwah anda?”
“Tidak, inilah impian saya,” jelas Iida dengan penuh keyakinan matanya kini penuh dengan kebahagiaannya. Arwah papa dan Ika, ini ialah impian saya. Saya berharap impian ini dapat dikongsi dengan arwah papa dan Ika.
“Baguslah, Iida. Saya gembira dengan awak,” kata Daniel.
“Terima kasih, Daniel. Awak banyak menolong saya selama ini. Malah buk cupcakes yang awak berikan kepada saya tetap saya simpan simpan sekarang. Ia amat berharga dan seumpama pembakar semangat saya.
“Jadi, Iida, awak nak melanjutkan pelajaran ke yang tertangguh itu?” kata Yana. Dia masih ingat bahawa Iida menghentikan pengajiannya pada semester ketiga kerana ingin mengikuti ibunya ke Australia. Namun, nalurinya sebagai seorang rakan mengatakan bahawa dia ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan nampaknya Iida belum tersedia untuk memberitahunya. Yana tidak mahu memaksa Yana untuk memberitahu mereka. Kadang kala ada rahsia yang patut dibiarkan rahsia sahaja.
Iida terfikir kembali, “Tidak. Saya rasa sudah tua untuk menyambung pengajian. Walau bagaimanapun, saya akan mengambil kelas-kelas bakeri kalau ada. Jadi mungkin saya tidak akan mendapat diploma tetapi sijil pembelajaran saya di kelas-kelas tersebut. Saya mohon maaf. Rasa tidak percaya saya tiada apa-apa sijil daripada universiti.
“Iida, pendidikan tidak terhad di universiti. Ada banyak lagi tempat yang ada ilmu. Janganlah awak anggap apabila awak tiada di penghargaan daripada universiti bermakna anda seorang yang tida berjaya di sini ya?” kata Syukran yang mula kelihatan sedih terhadap Iida dan cuba untuk meningkatkan motivasinya.
“Em, tetapi apa yang penting, saya sekarang telah mampu memiliki sebuah kedai bakeri. Ia umpama impian menjadi kenyataan.
“ We are happy for you, Iida,” kata Aisyah.
“Thank you,”
Benar, Iida berasa gembira kini kerana dia berjaya membuka sebuah kedai bakeri seperti yang telah diimpikan. Dia berharap perniagaan ini akan berjalan dengan jayanya. Pada mjlis pembukaan minggu depan, dia juga akan membuat pembacaan doa untuk kedai ini dan tidak lupa, majlis tahlil untuk arwah papa dan Ika. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.
-Tamat-