Assalamualaikum w.b.t,
Sebelum apa-apa, biar saya perkenalkan diri ini dulu. Nama empunya ini ialah Anna. Tidak main nama sebenar. Tidak suka. Suka nama samaran. Senang. Orang tak kenal, kan? 'wink' 'wink'
Jadi untuk blog ini, saya ingat nak menjadikannya medium bagi mengepos novel yang julung-julung kalinya saya buat (chewahh) semasa cuti lepas SPM 2009. Cutinya 6 bulan tetapi buat cerita ini sebenarnya ambil masa sebulan sebab memang tensen nak habiskan ceritera nie cepat cepat. mungkin antara tak sabar nak habiskan ataupun dah tak larat sebab baru tahu betapa susahnyanak menulis novel! (salute kepada novelis2 yang berjaya menerbitkan buku mereka lebih2 lagi yang bertulisan kecil lagikan tebal.
Sepanjang menulis ini memang banyak betul dugaan n cabaran n onak n durinya.
Antaranya, ceritera ini ditulis secara diam2 daripada pengetahuan sesiapa, ibu bapa, mahupun keluarga mahupun semua orang. Memang susah betul nak cover. Jadi kebanyakan masa ditulis pada waktu pagi. bukan pagi tengah pagi malam tu, pagi yang siang sampai tengah hari. bila tengah hari tu macam orang bekerja kita pi checkout layan cerita jepun.
lagi satu dugaannya ialah komputer yang suka tunjuk pandai. orang eja ini pc eja itu. huh, ni akibatnya memiliki pc yang hebat daripa tuannya kononnya. humph, kalau tulis english takpelah, dia macam betulkan ejaan kan?
akhirnya, bila terlupa nak pakai cermin mata punyalah seksa nak menulis dah la power tinggi sampai ke 400 hang bayangkan.
eh, tak akhir lagi, baru teringat, akhir sekali hasil tulisan saya terdelete. masa tu memang frust tak terkata sampai dah tak larat nak menulis dah. tapi... manis hasilnya. alhamdulillah
jadi, silalah membaca ceritera saya yang tak seberapa nie. saya tau ceritera ini tak sebest novel yang lain tapi saya memohon komen atau kritikan untuk kebaikan pada masa datang. jasa anda amat saya hargai.
bismillahirrahmanirrahim...
No comments:
Post a Comment